"Arian, saya bukan nak kecewakan awak. Bukan juga nak hancurkan harapan awak. Tapi saya terpaksa tolak pinangan awak tu. Saya selesa kita sebagai kawan bukan pasangan."

Kawan.

Cukup rapuh jiwa lelakinya. Dia jelas jelas ditolak.

"Beritahu saya, Nawra. Apa yang memaksa awak. Ibu? Saya boleh datang jumpa ibu awak Nawra. Andai itu dapat buatkan kita bersama. Saya sanggup."

"Tak, Arian. Hati saya tak mampu dipaksa. Saya tak nak rosakkan persahabatan kita. Awak masih sahabat saya. Tapi untuk jadi lebih dari itu, maaf. Saya tak mampu terima. Hati, cinta dan perasaan saya bukan pada awak." Pecah juga esakan Nawra. Dia takut sekiranya dia akan kehilangan Arian sebagai sahabatnya. Persahabatan mereka selama 15 tahun jelas bermakna buatnya.

Arian termanggu sendiri.

"Saya..." Arian seolah kehabisan kosa kata. Jiwanya dihentak rasa pilu. Sungguh menyesakkan.

"Saya minta maaf sebab buat awak rasa terpaksa dengan semua ni. Saya ingatkan bila rasa kasih dan sayang saya dah tumpah dekat awak, awak akan ada perasaan yang sama dekat saya. Tapi saya silap. Maaf sebab buatkan awak terseksa atas tindakan melulu saya." Suara Arian kedengaran rendah dari biasa. Jelas lelaki itu tersakiti dengan penolakn Nawra.

"Arian..."

"Tak. Awak tak perlu minta maaf." Arian segera memotong. Walau hakikatnya hatinya hancur berderai saat ini.

"Saya sibuk sikit, Nawra. Got to go." Tidak betah bertahan segera panggilan itu Arian putuskan. Telefon di letakkan kembali ke atas meja. Lemah tubuhnya duduk di atas kerusi. Terlalu sakit sehinggakan air matanya mengalir. Ada luka namun tak berdarah.

"Kenapa, Ya Allah? Hati ni sakit sangat." Arian cengkam rambutnya.

Saat aksara hilang dari bibir, sukma curahkan semuanya pada Yang-Esa dan pada akhirnya hanya air mata yang menjadi saksi bertapa hancurnya sekeping hati.

"Aku silap. I should just love you in silent. So, I will never get any rejection." Jemarinya menarik kasar laci meja. Objek tajam di dalam laci itu segera dicapai. Sekian lama parut itu tidak merosakkan tubuhnya, hari ini pasti akan terlakarnya parut baharu di tubuhnya.

"Aku tak sangka dulu kau hentikan aku dari terus rosakkan kulit sendiri. Tapi sekarang parut itu kembali disebabkan kau." Serentak itu Arian larikan objek tajam itu pada pergelanggan tangannya. Tidak terlalu dalam namun cukup memberi kepuasan dalam dirinya. Di ulang berkali kali di ikuti air mata yang tidak berpenghujung.


Maaf, saya tak rasa saya dapat teruskan Kerana Cinta due to past storyline. So, here we go! New Kerana Cinta. Insyaallah, better than before. But! Ending masih sama tau! Boleh tengok spoiler dekat tiktok saya! @nsyqilla

Kerana CintaWhere stories live. Discover now