"Tuanku berada di taman. Permaisuri didatangi oleh Raja Noir, dari Kerajaan Roze," beritahu si pembantu lelaki.

Kyril mengangguk.

"Bawa beta ke sana."

"Baiklah, tuanku."

Kyril berjalan membuntuti langkah si pembantu.

Apabila tiba di kawasan taman yang dikatakan, ternyata Diera berada di situ ditemani oleh Noir.

Melihat saja pada keadaan itu, Kyril tahu bahawa ibunya tidak selesa dengan kedatangan tetamu tidak diundang itu.

Kyril mengambil keputusan untuk menghampiri mereka berdua.

"Selamat petang, bonda." Kyril menyapa.

Perbualan Diera dan Noir terhenti.

Diera segera memandang wajah Kyril.

Perasaan galau di dalam diri terus menghilang setelah melihat wajah Kyril.

Kyril yang perasan dengan cara pandangan Diera terus mengenyitkan matanya.

"Selamat petang juga untuk tuanku. Maaf mengganggu perbualan tuanku berdua."

"Eh! Tak apa putera Kyril. Lagipun kami hanya membincangkan tentang perkahwinan kami saja," kata Raja Noir.

"Perkahwinan? Sejak bila bonda setuju?" Kyril tiba-tiba duduk di meja itu bersama mereka.

Tujuan di hati sekadar mahu menemani si ibu dan menenangkan perasaan wanita kesayangannya itu.

Tetapi, Raja Noir tiba-tiba berasa tidak selesa pula dengan kehadiran putera kerajaan itu. Baginya, kedatangan remaja itu sekadar mengganggu perancangannya.

Kyril memandang raja Noir.

"Bonda saya tak beritahu apa-apa pun tentang perkahwinan. Setahu saya, bonda tak terima mana-mana lamaran pun. Termasuklah lamaran dari tuanku sendiri. Jadi, macam mana tuanku boleh cakap ini adalah perbincangan tentang perkahwinan?"  Nada suara lelaki muda itu berbaur tegas dan serius.

"Ya, permaisuri Diera masih belum menerima lamaran beta. Tapi, tak salahkan kalau kami merancangnya dulu?" Raa Noir cuba menyembunyikan perasaannya.

Kyril menggeleng.

"Pelik cara tuanku ni. Setahu saya, perbincang hanya dilakukan setelah pihak perempuan terima saja, kan? Maaflah kalau saya silap, sebab saya pun tak berpunya lagi." Kyril tertawa sendiri mendengar kata-katanya.

Raja Noir tersenyum janggal.

"Betullah tu, putera Kyril."

Kyril tersenyum memandang wajah raja Noir.

"Oh ya! Bonda, Ky ada belikan bunga untuk bonda masa dalam perjalanan tadi." Kyril menghulurkan jambangan bunga ros putih dan dihulurkan pada Diera.

"Terima kasih, Ky. Buat susah je." Diera tersenyum senang.

"Tak susah pun. Ky senang dapat tengok bonda tersenyum macam ni."

Kyril menongkat dagu sambil memandang tepat ke arah Diera yang tersenyum manis.

Melihat kemesraan dua beranak itu membuatkan Raja Noir rasa terasing. Dia mengambil keputusan untuk membatalkan perancangannya buat sementara. Semuanya disebabkan oleh kemunculan Kyril yang tidak diduga.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now