Mawar tersengih sendiri. Mengikut saja apa arahan Hansen. Tiada apa yang sangat mendamaikan hati selain dari melihat raut muka Hansen yang sentiasa merenung penuh kasih.

"Terima kasih Hansen. Kalau tak ada awak semalam, saya tak tahulah apa dah jadi dekat saya."Luah Mawar. Sugul dan redup retina matanya bertautan dengan mata Hansen.

Hansen keronyok dahi. Semalam bukankah Hayden yang bawa Mawar balik? Tidak patut juga Hayden tak beritahu Mawar? Namun, diskusi itu baik dia simpan saja dalam relung hati.

"Hayden tak patut buat kau macam tu. Sangat-sangat tak patut." Hansen labuhkan punggung di birai katil manakala tubuh Mawar dibelangkangkan. Pelipis dipicit berserta keluhan dalam keluar dari bibirnya.

"You must to do something."

"Saya tak boleh buat apa-apa."Ucap Mawar. Mendalam.

"Habis tu? Kau nak dia terus buli kau seumur hidup kau? Jangan jadi perempuan lemah, Mawar. Kau kena paksa dia untuk ceraikan kau. Kalau kau hidup bebas macam dulu."

"Tapi, Hayden akan buat apa saja untuk hukum saya. Saya, Luke dan termasuk awak sendiri. Saya tak nak awak terlibat dalam masalah kami. Saya kenal awak. Arwah Rossa sendiri pernah cakap dekat saya yang awak adalah lelaki baik dan sangat memahami dia. Awak selalu dengar masalah dia dan melindungi dia bila Hayden ada urusan luar negara."

"Thanks, Hansen. Kalau awak nak tahu,arwah Rossa selalu ceritakan pasal awak dekat saya. Dia lebih menganggumi awak dari Hayden."Sambung wanita itu kembali. Mawar sentuh lembut bahu bidang Hansen.

Hansen diam seribu bahasa. Gelas air kosong diatas meja dicapai.

"Tak apalah. Asalkan kau dah selamat. Lepas ni, aku akan cuba lindung kau dari Hayden."

Mawar menyimpulkan seulas senyuman. Memang benar kata Rossa, Hansen lelaki yang penuh dengan kelembutan dan sangat senang untuk dipercayai. Gelas air kosong dalam tangan Hansen diambil.

"Saya segan dengan awak."

"Why?"

"Sebab awak sangat charming. Comel dan sweet person. Untung bakal isteri awak nanti."Puji Mawar. Mendengar ulasannya, tawa Hansen meledak.

"Mana ada. Aku biasa saja pun. Perempuan manalah nak dekat aku ni. Tak berharta macam Hayden. Muka pun tak lah se-handsome suami kau."

"Tapi saya suka awak dari Hayden."

"Suka? Suka yang macammana? Yang suka cinta tu ke?" Teka Hansen.

"Ish, bukanlah. Maksud saya, suka tengok cara awak. Awak baik dengan saya. Awak juga baik dengan arwah kakak saya."Terang Mawar.

"Puan Mawar?"Mak Nab paparkan wajahnya di depan pintu. Setelah itu, Mak Nab letak dulang sarapan pagi di atas meja.

"Maaf Tuan Hansen kalau Mak Nab ganggu kamu berdua. Tuan Haidar sedang menunggu Tuan Hansen di bawah. Katanya ada hal yang nak dibincangkan dengan tuan."

"Okey."Hansen mengangguk kecil. Bangkit dari tempat duduk.

"Jumpa awak nanti Hansen."Mawar titipkan sebaris ayat setelah melihat Hansen masih tidak beranjak dari kedudukan asal tempatnya berdiri.

Mekar senyuman lelaki itu. "Jumpa kau nanti. Jangan lupa makan habis sarapan tu dan ubat yang aku dah sediakan ni."

Mawar pamerkan satu anggukan tanda faham dan menurut perintah kehendak Hansen. Sebaik tubuh Hansen langsung pergi, Mawar palingkan muka kepada Mak Nab semula dan mengujar seulas soalan kepada Mak Nab.

"Mak Nab, Tuan Hayden pergi mana? Nathan ada di villa? Saya tak ada nampak Nathan. Selalunya, dia akan masuk ke sini."

"Tuan Hayden tak ada dekat villa. Rasanya keluar. Pagi tadi Mak Nab tengok dia keluar awal pagi. Kira-kira selepas subuh macam tu."

"Nathan ikut dia? Mereka pergi mana? Ada bawa barang tak? Contohnya ,beg atau—"Mawar terkedu bila Mak Nab pantas memintas percakapannya.

"Ya, dia pergi dengan Nathan. Mereka ada bawa beg. Mungkin bercuti ke luar negara."

Perempuan itu mengeluh dalam. Kenapa Hayden tidak memaklumkan sebarang kenyataan sebelum bertolak? Mawar rasa terhina. Hayden terlalu mengambil remeh tentang dirinya. Kemana Hayden dengan Nathan? Ataupun mereka bercuti bersama Noora, bakal isteri Hayden tidak lama lagi. Bermacam andaian memompa saraf benak Mawar. Hayden kejam dan tidak berhati perut!

"Mereka tak ada maklumkan apa-apa dekat saya. Takpalah. Saya tak penting bagi mereka."

Mak Nab mengambil tempat duduk di sebelah Mawar.

"Kenapa Puan Mawar cakap macam ni? Mak Nab rasa mereka pergi bercuti sebab hari tu Mak Nab dengar Hayden nak tengok ladang anggur di Perancis. Kalau Puan tak penting bagi Tuan Hayden, Tuan Hayden tak akan bersusah-payah semalam."

Mawar renung muka Mak Nab dalam. Hayden bersusah-payah? Sejak bila Hayden mahu bersusah-payah untuk dirinya?

"Bersusah-payah? Maksud Mak Nab?"

"Semalam Puan Mawar pengsan. Tak sedarkan diri. Mak Nab tengok Tuan Hayden yang bawa Puan Mawar balik ke sini."

"Hayden bawa saya balik ke sini? Tapi, saya tengok Hansen yang selamatkn saya semalam. Tak mungkin Hayden bawa saya balik."Mawar menyangkal habis-habisan kata-kata Mak Nab.

"Hansen apanya? Semalam Mak Nab tengok dengan mata kepala Mak Nab sendiri. Tuan Hayden yang cempung kau masuk bilik. Dia yang keluarkan kau dari kereta. Mak Nab adalah tolong sikit-sikit. Lepas tu, dia suruh Mak Nab masuk bilik."

Mawar diam tetapi hatinya tiba-tiba diserang kepanasan tika ini. Berombak sedikit kasar nafasnya. Kalau Hayden ada di depan muka sekarang ini, sudah lama penamparnya hinggap pada muka lelaki itu.

Selepas tega meninggalkannya di tepi jalan dan hampir dirogol empat orang pemabuk,Hayden tanpa rasa bersalah menghulurkan bantuan? Jantan dayus! Mawar nekad. Dia perlu bersemuka dengan Hayden berkaitan perkara ini nanti.

*****
01.10.2021
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα