The Begining
Dulu-dulu, aku asal kalau lalu area stulang laut je, setidaknya aku akan peruntukkan lebih kurang 5 saat untuk menjeling ke arah seberang laut, Singapura. Selalu akan ada rasa ingin tahu, what the fuck kah yang ada di Negara sana. Selalu aku tertanya sendiri, banyak kah bezanya dengan Negara aku sendiri Malaysia ni. Dan juga pertanyaan jenis bangang yang selalu di kepala aku - bila nak tenggelam agaknya Negara temasek ni. Ya. Aku selalu fikir macam tu bila melihat kelibat Singapura. Bukanlah aku nak sengaja fikir macam tu, Cuma masalah aku dimomokkan dengan cerita yang pulau singapura ni anytime boleh tenggelam sebab tanah singapura ni umpama Gasing. Kalau kau tengok gasing tu hujungnya kan paku, nak kena berpusing baru kita boleh nampak gasing tu seolah berdiri stabil. kalau tak berpusing? Gasing tak lagi menawan. Kerana tak berpusing. Apa kejadah aku merepek ni?
Taklah, maksud aku, cuba bayangkan kalau tanah singapura yang belah dalam lautnya tu, hujunggggggg sekalinya tu macam paku gasing? Sekarang ni nampak stabil sebab dia macam floating je tu.. sebab air laut -- Bila orang takde ilmu cuba berbicara. Pokoknya, begitulah aku. Melihat Negara sana dengan penuh tanda tanya. Apatah lagi mengenangkan teori "sepuluh orang dari warga Johor Bahru, Sembilan point lima darinya dah pernah masuk singapura", dan aku adalah dari kalangan "point lima" bakinya. Celaka juga teori tu. Buat diri aku rasa ketinggalan terukkkkk.
Sebenarnya tak perlu masuk Singapura pun aku dah boleh tahu apa sangat je lah yang ada sana. Mesti takde pape sangat pun, ok. Aku develop pemikiran acah- acah tahu ni base on rakyat mereka yang berduyun-duyun ke Johor Bahru ni. Membuktikan even diorang kaya mana sekalipun tetap cari yang murah which is dekat Johor. Membuktikan kuasa membeli lebih focus dekat Johor. Kemudian juga dekat Singapura sana ape kejadah yang dekat Malaysia ni lalui sepanjang tahun musimnya, sama je dekat sana. Belum lagi Singapura aku dengar ada salji. Awan dan langit juga sama je macam dekat Permas Jaya, Senibong sana tu. Belom lagi Singapura ada Awan Bergulung macam Awan Morning Glory dekat Queensland Australia tu. Sama jugak awan dia. Kalau tak muka pakcik Kepsi, muka Santa clause. Kekadang kalau panjang sikit macam rupa jenazah pun ada bentuk awan tu. Well the point is, nothing much Singapore boleh offer untuk menarik perhatian aku, sehinggalah aku berada dalam situasi getir dimana aku memerlukan tindakan pantas untuk memastikan aku selamat menempuhi situasi itu. Dan ya, seperti mana yang kau orang fikir, Singapura boleh offer aku...
... A good money.
Faktor yang menyebabkan akhirnya aku kalah dan tewas dimana aku merelakan diri aku dihentak-henyak oleh badai lautan manusia atas kesesakan lalu lintas jalan raya hanya semata untuk pergi dan balik kerja. Seperti yang aku cakap, lautan manusia, bermaksud beratus ribu manusia- yang berulang alik- pagi dan petang- juga malam ke esok paginya- setiap fucking hari- tak kira musim raya ke musim tengkujuh ke, setiap fucking hari- hanya untuk satu tujuan yang murni dan suci, iaitu kerja. Begitulah dunia, berputaran, dimana kalau dulu aku selalu tertanya-tanya, apa dah tak cukup makan engkau dekat tanah sendiri? Apa mewah sangat kau dekat sana? Berbaloi ke hadap jem rabak tiap pagi buta? Balik dah lewat malam ada masa ke dengan keluarga? Gila duit sangat ke kau semua? - tiap kali melihat suasana jem rabak di sempadan johor singapura, dan akhirnya sekarang telah aku diberikan segala jawapannya untuk semua yang pernah aku tanyakan. Ternyata, takkan ada seorang pun yang mampu fahami diri kau, sehinggalah mereka mengalaminya sendiri, dan ayat faham itu bukanlah diciptakan untuk kau guna sedapkan hati orang.
Dan begitulah, kami terus meredah jem disetiap hari demi hari, hanya untuk kerja.
Rezeki memang ada dimana mana, itu bukan lagi sebuah persoalan. Tidak boleh dinafikan. Jadi, soalan seperti Kenapa Singapura? Itu terkadang membingungkan.
ESTÁS LEYENDO
Aku, Bloodsaka & Survival
De TodoDisini, kau akan dipersembahkan dengan kisah-kisah yang bakal menjadi dongeng kerana tiada apa yang mampu menyokong cerita-ceritanya apabila bukti untuk setiap cerita tu adalah penulis semata-mata. Disini, adalah hamparan kisah-kisah manusia yang me...
