Sabar

52 2 0
                                    

Mungkin sahaja kesabaran ku
Tentang kita itu agak tipis
Mungkin sahaja kesabaran ku
Tentang rahsia jiwa mu itu agak nipis
Mungkin sahaja sebenarnya
Kesabaran aku itu telah tiada

Aku merencanakan sebuah jalan cerita yang cukup indah
Plotnya bersih
Lakonannya mantap
Belum lagi skrip-skrip hebat yang aku karang
Begini ya, bahagia dalam khayalan ku.

Lalu aku terlupa
Ya
Tentang Tuhan
Penyempurna segalanya
Pencipta
Pemilik
Agung
Satu

Yang aku telah dustai
Demi cheritera karangan ku.

Jadi aku selak helaian lama
Kamus dunia yang kononnya
Jalannya perlu ikut corak ku
Hakikatnya, aku cuma si pewarna
Sedangkan DIA yang memberi ruang dari mula aku mengenal warna

Itu aku belajar
Sabar
Sabar
Sabar

Ada sesuatu yang perlu aku sabarkan

Puisi Buku BiruWhere stories live. Discover now