Resah

134 3 0
                                    

Hari ni aku bergelumang dengan resah
Kelmarin juga
Rentak jiwa tidak selari dengan kemahuan minda
Aku kalah dengan paksaan
Atau aku kalah dengan pujukan?

Entah

Masih resah biarpun sudah ku lontarkan segalanya
Masih resah biarpun aku menghirup udara seketika
Masih resah biarpun jiwa telah terima
Masih resah kerana aku tahu
Aku hilang sesuatu

Rentakan jiwa seakan menghentam dan menghiris semahunya
Seolah aku tiada pilihan untuk bertemu dengan tenang

Barangkali aku harus bangun terus dari mimpi-mimpi ini
Terus menuju destinasi yang ku lakar sendiri
Membawa jiwa lara tapi telah ku ubati sendiri
Dan di penghujungnya
Aku cuma mahu

Resah ini pergi

Puisi Buku BiruWhere stories live. Discover now