Kali Pertama

80 1 0
                                    

barangkali ada banyak lagi

perkara yang kita perlu

ambil kira

seperti kali pertama kita

bersua muka

ataupun pada

waktu kita berebut meja

mungkin juga pada ketika

kita saling menyalahi

ruangan apa yang masih belum kita terokai


jujur aku terlalu rindu

dan aku teringin sekali

untuk kita

semeja semula

seperti kali pertama

dan mengamit memori palsu

yang pernah tercipta


di bayang resah aku cuba

mahu gariskan semula

antara realiti dan ilusi

berpayungkan kenangan juga bait bait cerita

yang pernah terlorek di mana-mana

kertas putih juga alam maya

yang sebenarnya

kali pertama

kita mengenali

sesama kita


Puisi Buku BiruWhere stories live. Discover now