30

4.3K 77 4
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pengantin perempuan yang sedang ralit ditacapkan mukanya tersenyum riang sambil memandang wajahku. Aku sekadar duduk di atas kerusi sambil mengelus lembut perutku yang kini sedikit membuncit. Aku cukup bahagia hari ini walaupun suamiku tidak turut serta dalam majlis ini.

Seperti yang dijanjikan, Mikhail pulang ke rumah Ellyda dan membahagikan masanya buat isteri keduanya pula. Aku tidak kisah walau sedikit hatiku terluka. Kalau dahulu Mikha tidak jatuh cinta dengannya, Mikha tidak perlu bersusah payah ke sini dan ke sana. Tetapi, aturan takdir itu berjalan sesuai rencana Allah jadi aku tidak punya hak untuk mempertikaikan.

"Bukan nak tolong aku. Sibuk dengan perut dia." Lamunanku terhenti dek suara lantang dari pengantin perempuan.

Wah! Ingatkan nak kahwin berubahlah sikit mulut tu. Tapi, makin lancang pula ye.

"Maya, sedar diri sikit boleh? Dah nak jadi bini orang, perangai kau Masya Allah."

Maya hanya ketawa sambil membiarkan mukanya ditacap. Aku tahu dia bergurau dan aku tak kesah pun. Lagi pula, aku tak mahu merosakkan suasana gembira ini dengan fikiranku yang terbeban dengan masalah poligami.

"Anak aku lagi penting dari kau sebenarnya. Ikutkan tak nak pun datang, tapi anak aku pujuk aku semalam. Dia kata, kasihan dekat ibu Maya tiada siapa nak tengok majlis dia."

Ibu. Ya, Maya pernah memberitahu aku bahawa dia ingin anak-anaknya memanggilnya ibu. Tak tahu kenapa, tapi dia lebih suka panggilan itu berbanding yang lain. Dan permintaannya untuk anak aku juga memanggilnya dia ibu.

"Ewah, berangan tinggi. Anak kau baru berapa bulan. Ada yang kena hentak dengan kayu ni kang."

Aku menjelingnya. "Aku hasut anak aku nanti jangan panggil kau ibu. Nak?"

Lantas Maya mencebikkan bibirnya dan tidak sampai berapa saat Maya dimarahi oleh juru mekapnya. Padan muka!

"Ayra Sophia, please don't disturb her."

HAHAHAHHA sekali aku yang kena. Aku mengangguk lembut seraya berjalan keluar dari bilik itu. Saja ingin menjengah ke ruang tamu yang tidak lama lagi bakal menyaksikan Farish dan Maya bersatu. Dari tingkat atas, aku dapat melihat susunan kedudukan ijab kabul pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang agak romantik. Sengaja je Maya ni. Sengaja nak bagi Farish gementar.

Dia menyusun kedudukan pengantin lelaki menghadap pengantin perempuan. Pergh, memang gagap Farish nanti. Kejam kau, Maya.

Setelah itu, aku menjengah ke pelaminan yang hanya berdekatan di tempat ijab kabul. Cantik dan berhiaskan agak ringkas. Terdapat bunga-bunga di sekitar pelamin dan pelaminnya yang berhiaskan rotan itu sangat cantik dilihat. Pandai Maya membuat pilihannya. In shaa Allah, perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat.

"Kau nak puji dalam hati je ke? Ni orang yang pilih tema ni tak nak puji ke?" Ujar Maya seraya menarik bahuku agar menghadapnya.

"Dah sudah makeup ke? Kang aku kena marah lagi pulak kacau kau." Sebenarnya, aku tak sentap pun dengan juru mekap tu tadi. Tapi, aku saja nak Maya pujuk aku. Lepasni, dah nak bermanja pun kena fikir masa Maya pula.

Terus dicuit hidungku. "Alololo mak buyung merajuk pulak ye. Aku dah habis makeup dah. Tu yang aku cari kau ni. Kau tak payah nak gatal-gatal nak pergi jalan-jalan. Duduk je diam-diam. Aku tak nak kau penat. Ni majlis aku so biar aku je penat. Okay?"

Aku mengangguk tanda mengiyakan sahaja katanya. Malas nak bertekak sebab tahu takkan menang. Maya mana nak mengalah dengan aku. Jadi, aku turuti sahaja katanya.

"Kak Maya, abang Farish dah sampai." Terus sahaja Maya memasuki biliknya semula. Tak shabar lettu.

***

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now