Prolog

16.4K 290 6
                                    

Dia menghampiri kamar itu. Setelah mendapat panggilan dari pihak hospital, dia bergegas mengunjung ke situ. Matanya meliar-liar mencari sosok tubuh seseorang yang masih bertakhta di hatinya.

Hampir sahaja badannya rebah menyembah lantai apabila melihat sosok tubuh itu terbaring lurus dengan ditutupi kain putih dari kaki sehingga hujung rambut. Tak mungkin. Dia menggelengkan kepalanya. Matanya juga mulai bergenang.

Seakan-akan dirasuk syaitan, dia menghampiri sekujur tubuh itu. Dia ingin memaksa tubuh itu bangun dan bercakap dengannya. Seakan lupa pada ajaran agama, hatinya masih mengatakan isterinya masih hidup, masih bernyawa! Mesin itu semuanya tipu!

Tak sempat dia ingin menggoncangkan tubuh itu, kedengaran tangisan bayi di arah belakangnya. Siapa pula? Mungkinkah itu tangisan bayi yang sentiasa dilayarkan di kaca televisyen?

Dengan gerakan refleks, badannya dipusingkan 180°. Kelihatan sebuah tempat tidur bayi di situ. Lantas dia menuju ke situ tanpa sebarang pertanyaan.

Bayi itu merengek-rengek dan terus menangis. Senyuman gembira terukir sejenak dibibirnya. Zuriat penyambung keturunannya telah dilahirkan di dunia ini. Benarlah kata-kata pihak yang menelefonnya, dia telah dikurniakan seorang zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.

"Alhamdulillah, Ya Allah." Lafaz syukur itu dipanjatkan setinggi-tingginya. Tak pernah disangka dia akan mendapat zuriat dalam masa terdekat ini.

Bayi yang masih menangis itu, diambilnya dan digendong penuh kasih sayang. Anugerah yang dihadiahkan itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Bibirnya dilabuhkan di dahi puteranya itu. Setelah itu, kedua-dua pipinya yang masih kemerah-merahan dicium lembut.

Badannya dihadapkan ke hadapan dan digendongkan lebih atas sedikit. Mulutnya disuakan di telinga puteranya. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan seruan azan buat puteranya yang baru sahaja mengenal dunia.

Titisan jernih yang keluar dari iras matanya, dikesat perlahan. Tangisan kegembiraan itu seharusnya dikongsi bersama-sama namun kehendak Ilahi lain pula. Tangisan itu dikongsi dengan tangisan kesedihan atas pemergian si 'dia'.

"Anak abah..."

Kata-katanya terhenti. Memorinya mengulang tayang.

"Mikhaif Safuwan.. Anak abah." Ucapnya diiringi dengan hilaian tawa.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now