5

3.9K 89 0
                                    

Perlahan tangannya mengenggam tangan pesakit itu. Perasaan sebak mulai timbul di lubuk hatinya. Air mata kelakiannya jatuh setitik demi setitik. Dia mencium lembut tangan itu. Sesekali matanya mengerling pada mesin degupan jantung di sebelah kiri pesakit. Degupan pesakit itu normal dan tiada yang agak kritikal namun hatinya masih berdebar-debar.

"Ara.." Panggilnya lembut. Kata doktor, kita boleh berbicara dengan pesakit walaupun pesakit tidak sedar. Mungkin dengan apa yang kita bualkan, dia mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan dan menentang segala kesakitan.

"Saya kasihankan awak. Awak baru je nak merasa jadi seorang ibu tapi awak..."

Dia mengusap pipinya dan memandang ke arah wajah pucat pesakit. Tudung yang tersarung di atas kepala pesakit itu membuatkan dia rasa serba salah. Perlahan dia meletakkan tangan pesakit di sisi pinggangnya.

"Saya minta maaf, Ara."

Dia buntu. Jika lama lagi dia berada di situ, pasti air matanya akan terus mengalir dan pelbagai perasaan akan menerjah ke hatinya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk pergi dari kamar itu. Niatnya ke sini untuk melihat perkembangan pesakit itu namun langsung tiada perubahan.

Perlahan tangannya menutup pintu dan menoleh ke belakang.

"Izz!" Jerit gadis yang berada di belakangnya. Dia menghadiahkan senyuman buat gadis itu.

"Maya, apa khabar?" Soal Hilman. Maya memandang ke arah kerusi di sebelah kamar yang baru sahaja Hilman keluar tadi. Dia terus melabuhkan punggungnya dan diikuti oleh Hilman.

"Alhamdulillah, saya sihat. Awak buat apa dekat bilik Ayra?" Soal Maya. Setahu dia, dia belum bagitahu sesiapa tentang Ayra termasuk Mikhail sendiri. Dan bagaimana Hilman boleh tahu ?

Hilman diam. Dia tidak menjawab soalan Maya. Dia sekadar menguntumkan senyuman. Dikeluarkan telefonnya dan dihulurkan kepada Maya. "Kawan saya ialah Doktor Ameer. Dialah doktor yang merawat Ayra. Mungkin dia tahu saya kenal Ayra. Lagipun Ayra kan junior dia jugak?"

Maya mengangguk. Dia belum ada masa lagi untuk berjumpa dengan Doktor Ameer. Dia juga tiada masa yang lapang untuk melawat Ayra. Banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum hujung minggu ini.

Buah tangan yang berada di sebelahnya, diletakkan di atas riba. "Izz, saya masuk dulu ye? Saya nak melawat Ayra sekejap."

Hilman mengangguk dan membiarkan Maya pergi ke kamar itu. Hilman juga bangun dan bergerak pulang.

Kini, Ayra Sophia mempunyai pelawat yang baru. Maya melabuhkan punggungnya di sisiku. Dia mengenggam tangan aku dan diusap perlahan.

"Ara, bangunlah. Dah lama kau terbaring macam ni. Aku rindu sangat dekat kau. Ni, aku bawakan buah tangan untuk kau. Ada epal, rambutan dan ada lagi buah yang kau suka."

Bipp..bipp. Aku memberikan respons yang positif. Air mataku jatuh membasahi pipi.

"Aku tahu kau sakit tapi kau kena bangun. Kau tak boleh terus tidur macam ni. Aku ada benda nak bagitahu kau. Sabar eh, Ara. Kau mengandung 2 bulan tapi Allah masih tak izinkan kau untuk menimang cahaya mata. Kau gugur, Ara."

Suara Maya mulai sebak. Dilapnya air mataku. Dia tahu, aku dapat mendengar segala butir bicaranya.

"Aku tak sangka kau akan terlibat dalam kemalangan petang tu. Setahu aku, kau tak suka keluar bila Mikhail dah balik. Aku nak kau bangun, Ara. Ceritakan dekat aku macam mana kau boleh kemalangan? Ye, memang ada saksi. Tapi saksi tu tak ceritakan semua. Dia cuma bagitahu kau pengsan dalam kereta tapi kereta tu masih bergerak dan kereta kau hilang kawalan lalu tersadai di lereng bukit."

Maya bercerita lagi. Tanganku dicium lembut. Kesan lebam di bibirku dipandang lemah.

"Bibir kau kenapa, Ara? Setahu aku, kau cuma parah di bahagian badan, bahagian kaki serta tangan dan sedikit gegaran di otak kau. Bibir kau kenapa? Please, Ara. Bangun demi aku. Bangun demi arwah anak kau. Please, Ara!"

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now