15

3.8K 67 9
                                    

Ellyda melangkah masuk ke bilik Mikhail. Sudah beberapa minggu, mereka tidak bertemu. Hanya call dan whatsapp sahaja. Itu pun dalam beberapa minit dan kemudiannya, Mikhail terpaksa matikan call. Busy sangat ke?

"Hai sayang!" Sapa Ellyda apabila melihat buah hatinya sedang ralit bekerja. Riak wajah Mikhail berubah 360°.

"You buat apa dekat sini? I ada suruh datang ke?" Soalnya bertubi-tubi. Ellyda menggeleng lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Salah ke kalau I datang sini nak tengok buah hati I? I rindukan you, Mikha. Lately ni, you asyik busy je sampai tak ada masa nak jumpa I. So, biarlah I yang datang jumpa you."

Mikhail meraup wajahnya. Dia mendengus geram. "Sorry sebab lately ni I busy. Tapi I rasa, you tak perlu kot datang ke sini. Kita boleh jumpa waktu lunch or so ever."

"You lupa? Dulu waktu I ajak you jumpa lunch hour, tapi you kata you lunch dekat rumah sebab isteri you dah masak. Now, I pasti yang you akan balik juga nanti." Ellyda tersenyum sinis sambil bermain dengan rambutnya.

Mikhail akui apa yang dikatakan Ellyda itu benar belaka. Sejak kebelakangan ini, dia sering menghabiskan masa bersama isterinya. Mungkin sebab dia rasa, isterinya yang paling utama tika ini. Salahnya juga kerana terlalu leka sehinggakan hatinya mampu dimasuki orang lain selain Ayra Sophia. Nak menyesal pun tak guna, hatinya tetap dimiliki dua orang wanita sekaligus.

Tamaknya.

"So, you nak I buat apa? Tunggu you call I, tunggu you chat I? I tunggu hari-hari, Mikha. Setiap masa I tunggu you, tapi I juga yang kena call dulu. I think, you nak buang I."

Buang? Buat masa ini, tidak pernah terdetik di hatinya untuk membuang sesiapa. Sama ada Ayra mahupun Ellyda, dua-dua dia sayang.

"Tolonglah, Elly. I tak pernah terlintas pun nak buang you atau tinggalkan you. Just, I betul-betul busy. I hope you understand about that." Ujar Mikhail perlahan. Digerakkan kerusinya ke kiri dan ke kanan untuk mengambil fail.

Sudah beberapa minggu, kerjanya tertangguh. Alasannya, isterinya masih lagi di bawah rawatan doktor dan dia sebagai suami harus memberikan bimbingan dan semangat buat isterinya. Kalau tidak dia, siapa lagi yang akan menemani Ayra?

"Okay, you busy. I faham yang you busy. Tapi, takkan busy sampai tak boleh nak luangkan masa untuk I? Kalau dulu, you selalu je ada masa dengan I, tapi sekarang layan I macam nak tak nak je. What's wrong, Mikhail?"

"Kenapa you susah nak faham? I banyak kerja nak buat. Kalau boss nampak I bersembang dengan you, bukan you je kena halau, I pun kena halau sekali. You suka tengok I kena pecat?"

"Baguslah you kena halau, so you tak perlu kerja. You boleh spend time dengan I hari ni. Lagipun, I free sekarang ni. You boleh dat-"

"Stop it, Elly!" Jerkah Mikhail secara tiba-tiba. Ellyda yang sedang ralit berbicara, terdiam sama. Perlahan-lahan, air matanya jatuh membasahi pipi.

Lantas Mikhail bangun lalu meraup rambutnya ke belakang. Dadanya berombak naik. Kemarahannya kini tiba di kemuncaknya. "I dah kata, I busy tapi you degil. You nak teguhkan juga pendirian you. You nak juga ajak I keluar walaupun I dah penat cakap, I'm busy but you don't care. Now, you sendiri cabar I tapi you diam? Asal diam? Cakaplah lagi, cakap lagi sampai hasrat you tercapai." Sindir Mikha sambil merenung tajam ke arah Ellyda.

Egonya semakin tercalar dengan perilaku Ellyda. Bukannya Ellyda tidak mengenali dirinya, malah Ellydalah yang sering memujuk rayu hatinya agar bersikap lembut apabila berbicara.

"Please, I betul-betul busy. I harap you faham and please get out from here. I'm promise, kalau nanti I tak busy, I call you and you boleh cakap apa yang you pendam."

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now