Bab 11

784 17 0
                                    

Hazim duduk memperincikan laporan kesihatan anggota yang menemuinya tadi. Adam menghampiri dan menghulurkan cawan kertas berisi teh panas.

"Abang Zim okey?" usik Adam.

Sejak balik dari majlis perkahwinan Sharimin beberapa hari lepas, dia tak habis-habis mengusik Hazim. Ada rahsia yang hanya mereka berdua kongsi bersama.

Hazim menjeling tak suka. Dah tahu apa yang bakal diucapkan Adam padanya.

"Janganlah marah, Abang Zim. Minggu depan Adik Oshin tu dah terbang ke Jerman. Tak ada apa-apa perkembangan ke?"

Pen diletakkan ke atas meja. Cawan teh panas diambil dan dibawa ke bibir. Satu cicip, dua cicip dan nafas ditarik sebelum dihela perlahan.

"Sudah dua puluh empat jam mesej aku berstatus blue tick aje."

Adam mentertawakan Hazim. Itulah, dah masuk tiga puluhan baru nak belajar bercinta. Memang kena bertabahlah hendaknya. Nak pula, pergi kejar budak tengah naik macam Oshin. Padan sangatlah!

"Kau tulis apa? Jangan kau straightforward sangat, Zim. Mahu terkejut budak tu. Silap-silap takut nak balas." Adam terus duduk di sebelah Hazim.

Hazim diam. Telefon bimbit dikeluarkan dan disua pada Adam.

Salam, Oshin. Abang suka Shin dah lama. Abang rasa dah sampai masa untuk abang pinang Shin jadi isteri abang. Boleh kan, Oshin Eleena Hassan? - Hazim.

Jatuh rahang Adam. Dipandang pada Hazim yang selamba aje riak wajahnya. Biar betul?

"Kau hantar mesej ni kat Oshin?"

"Haah."

Hazim meneguk habis teh yang diberikan Adam tadi dan cawan kertas terus dibaling masuk tong sampah di hujung meja. Kaki melangkah ke kabinet belakang untuk mengambil borang yang perlu diisinya untuk melengkapkan fail anggotanya ini.

"Oiii... Aku cakap dengan kau ni, Zim. Kau hantar mesej ni ke kat Oshin?" soal Adam sekali lagi.

"Ya, Doktor Adam. Aku hantar mesej tu kat Oshin. Nampak tak blue tick kat situ? Maksudnya, dia dah baca pun mesej aku tu."

Adam terus tarik kerusi. Duduk sambil memicit dahi yang berdenyut secara tiba-tiba.

"Patut pun kau dapat blue tick aje. Mukadimah kau ganas sangat. Sepatutnya kau tanyalah khabar dia dulu ke. Lepas tu tanya tentang aktiviti dia. Dah lama sikit, kau tanyalah persiapan dia nak ke Jerman tu. Bila dah nampak selesa, barulah kau masuk jarum sikit-sikit. Ini tidak. Terus bagi tahu nak masuk meminang. Tahulah kau tu syok kat dia dah lama," tegur Adam. Dia pun baru nak bercinta tapi tidaklah terjah melulu macam Si Hazim ni. Protokol bercinta tu out terus!

"Aku mana ada masa nak layan mesej ni lama-lama, Dam. Balik rumah dah tengah malam. Takkan aku nak kacau masa tidur dia pula? Macam tak ada masa aje aku nak pelan-pelan macam yang kau cakap tu."

Hazim membela diri. Sebelum dihantar mesej tu, dia dah fikir panjang lebar kesannya. Bila Oshin dah beri maklum balas, senang dia nak cakap pada Mak Mah terus. Masuk meminang. Titik!

"Kau ni memang sungguh-sungguh ke, Zim? Habis tu Shitah macam mana?"

Terhenti jari Hazim menulis laporan. Nafas dihela lepas.

"Kenapa dengan Shitah?"

"Wei, orang buta pun nampaklah yang Shitah tu ada hati kat kau."

"Aku tak pernah cakap apa-apa pun fasal hati aku kat dia."

"Kau tak cakap I like you ke. Aku suka kau ke. Tak ada?"

"Ya. Tak ada. Dia kawan baik aku macam kau juga. Bezanya dia perempuan dan kau tu lelaki. Itu aje."

Senyumlah BidadarikuWhere stories live. Discover now