Bab 1

3.8K 51 1
                                    

Prolog

Badannya masih terasa sakit. Dia berbaring di atas jalan tar belakang lorong kedai lama. Matanya terpejam rapat menahan kesakitan. Tak tahu apa salahnya tiba-tiba dia dibelasah oleh empat orang lelaki. Umurnya masih panjang, mujur Hisyam datang menolong bila ternampak dia ditendang bertalu-talu.

"Perlahan la sikit... Sakit!" Jimin bersuara. Hisyam hanya membisu.

"Siapa yang pukul kau sampai macam ni?" tanya Hisyam.

"Aku tak kenal sekor pun... Tiba-tiba tarik aku masa aku tunggu kau," jawab Jimin. Dia mengelap bibir yang berdarah.

"Celaka betul... Empat lawan satu. Bila aku sampai, pandai pula depa lari. Haram jadah! Jom kita pi balai polis. Jangan bagi depa terlepas. Aku geram ni."

Hisyam memapah Jimin naik ke atas motor. Destinasi mereka ke balai polis. Jimin menyandar kepala di belakang bahu Hisyam. Dia cuba mengingat peristiwa yang berlaku tadi. Hanya satu yang sempat telinganya merakam.

"Ingat... Last warning! Jangan kacau isteri aku. Lagi sekali aku nampak kau kacau Hanim, aku bunuh kau!" ucap lelaki tinggi dan tegap itu. Sumpah, Jimin tak pernah kenal lelaki itu. Tentang Hanim, itu yang mengelirukan dia sekarang.


Bab 1

Telefon bimbitnya dicampak perlahan ke atas meja. Dia menghela nafas panjang. Pesanan ringkas daripada Pak Lang Zabidi mula mengganggu tiap tingkahnya. Shazrimin cuba menenangkan perasaan sendiri. Baru cuba untuk melelapkan mata sekejap, bunyi deringan telefon menghambat suasana sepi. Pantas telefon di atas meja dicapai untuk mematikan deringan. Nama pemanggil tertera di skrin.

"Helo... Assalamualaikum, tok. Tok sihat? Ada apa tok telefon ni? Rindu kat Jimin ka?" Cucu kesayangan mula mengatur kata.

"Hmmm... Waalaikumussalam. Memang rindu sangat pun. Bila hang nak balik jenguk aku? Ni... Tok nak suruh hang balik mai sini... Ada kenduri kahwin. Anak Pak Ucop menikah."

Okey. Jimin dah boleh agak apa dalam fikiran tok. Dari dulu tok memang minat jadi matchmaker di kampung. Kali ni dah berapa helah dah tok guna. Akhirnya sama aje... Jimin tak minat nak kenal mana-mana perempuan. Stop!

"Jimin tak janji... Banyak kerja ni."

"Kerja sampai mati pun memang tak pernah habis. Susah sangat ka hang nak minta cuti? Aku ni tak tau berapa lama nak hidup. Hang memang tak sayang kat aku." Kali ni tok pula pasang perangkap pula.

Hati Jimin keras macam batu dengan perempuan lain. Kalau dengan tok a. k. a Sariah Senawi, hati Jimin akan berubah. Barulah sesuai jadi cucu kesayangan.

Jimin mula menggaru kepala yang tak gatal. Dia sayang sangat dengan tok. Jimin hanya ada tok dan hanya Jimin boleh hadap kerenah tok.

"Okey, okey... Nanti Jimin mohon cuti. Bila kenduri tu, Sabtu ni ka, tok?"

"Bertuah punya cucu... Hang bos situ... Minta cuti apanya? Hang tutup la sat seminggu..."

"Eh, tok... Hisyam kan partner juga... Jimin kena bagi tahu dia dulu... Mana boleh suka hati nak tutup... Business kami baru nak rancak. Takpa... La ni juga Jimin bincang dengan Hisyam. Tok jaga diri, na? Apa-apa nanti, Jimin telefon tok. Assalamualaikum."

"Ha... Macam itu la cucu aku... Dengar kata. Hang cepat-cepat bagi tahu budak Hisyam tu." Tok terus mematikan panggilan. Rasa puas boleh bercakap sendiri dengan Jimin. Tok yakin sangat walaupun berat hati cucunya nak balik ke kampung, Jimin mesti akan balik demi dia. Tok takkan putus asa mencari jodoh untuk Jimin.

"Padan muka."

Hisyam tersenyum. Jimin diam. Satu lagi situasi yang kerap berlaku di dalam pejabat. Jimin mengeluh perlahan. Pasti Hisyam sudah mendengar segalanya dan Hisyam sendiri sangat faham perangai tok.

Single Terlalu Lama!Where stories live. Discover now