Bab 2

3.5K 100 3
                                    

Selepas kahwin, dekat lima bulan juga Lin dan Wan tak balik kampung. Raya puasa hari tu pun tak balik juga. Raya kat London katanya. Biasalah, bila lagi nak pergi makan angin ke luar negara? Duit tengah ada.

Tak tahulah sebab seronok sangat melayari bahtera rumah tangga sampai terlupa balik kampung atau mungkin sengaja tak mahu balik kampung sebab takut jumpa aku, atau boleh juga dia fikir aku akan bomohkan Wan kalau mereka balik selalu. Silap banyaklah aku nak berbomoh bagai.

Dari aku bomohkan Wan, baik aku buat pelaris ikan pekasam aku. Tapi belum lagi fikir nak buat perkara mengarut tu. Aku yakin pada rezeki yang sudah Allah tetapkan buat aku. Kerja keras dan berdoa. Insya-Allah, aku akan jadi orang kaya. Atau orang yang kaya-raya.

Aku sebenarnya tak ada masalah dengan mereka berdua tapi dalam grup WhatsApp sekolah masing-masing perli aku, jadi aku keluar grup. Tak lama selepas tu, Lias pun keluar.

Paling aku tak tahan, Lin dan Wani selalu perli kata grup WhatsApp busuk. Busuk bau ikan pekasam. Itulah alasan kenapa aku tak boleh berada dalam grup tu. Bila aku keluar grup, mesti grup sudah tidak berbau lagi.

Elok juga aku keluar, tak adalah aku nak hadap gambar Lin dengan Wan setiap hari. Apa saja aktiviti masukkan dalam grup. Serupa budak-budak baru nak up saja. Gambar pula buat mengundang fitnah dan dosa. Gambar Wan tidur dengan tak pakai baju pun masuk dalam grup. Bodoh punya manusia.

Tak mengapa, kutuklah aku tapi aku akan buktikan yang aku akan berjaya. Bila aku dah berjaya nanti, barulah mereka terbeliak.

Apa jadi dalam grup selepas tu, aku pun tak tahu. Lagipun aku mana ada masa nak layan grup bagai. Kerja aku pun banyak.

Tengah siang ikan, ada sebuah kereta berwarna putih berhenti di halaman rumah. Aku pandang kereta yang berkilat. Keluar seorang yang kalau boleh aku tak nak jumpa. Tadi Lias ada bagi tahu dia nampak ada kereta baru di depan rumah mak Lin. Tak sangka Lin baru beli kereta.

"Assalamualaikum."

Dia bagi salam. Badan langsing pakai baju T-shirt lengan pendek dengan seluar jean ketat nampak gaya serupa model. Tudung bawal warna kelabu penuh dengan batu Swarovski. Tudung saja mahu beratus, tak pun beribu.

Aku pakai tudung pasar malam saja, tak sampai sepuluh ringit pun. Dia mampu, tak kesahlah. Hak masing-masing. Yang tak bagusnya kalau beli sekadar nak tayang pada orang semata-mata.

"Waalaikumussalam." Terpaksa jawab, kalau tak jawab berdosa pula. Percayalah, Lin datang sekadar nak sakitkan hati aku dan nak tayang apa yang sepatutnya dia tayang.

Dah faham sangat perangai kawan aku yang seorang ini. Dulu sahabat, tapi itu dulu. Sekarang cukuplah sekadar kawan biasa. Kalau sahabat, tak sanggup rampas teman lelaki kawan baik sendiri.

Ah! Zaman sekarang bukan setakat kekasih, suami pun biasa orang rampas. Tak ada hal la. Dunia akhir zaman. Manusia perangai pelik-pelik.

"Lama tak balik?"

"Sibuk. Kerja banyak. Kita orang ni kerja makan gaji. Mana boleh cuti sesuka hati macam kau. Kau lainlah." Ada nada menyindir pada bicara Lin. Kalau tak menyindir memang tak sah. Bukan namanya Lin juga kalau tidak menyakiti hati aku. Bahagia agaknya dapat sakitkan hati aku.

"Alhamdulillah." Aku tetap siang ikan.

"Sampai bila kau nak buat kerja macam ni? Oh, aku lupa. Kau mana ada kelulusan pun kalau nak kerja macam kawan-kawan yang lain."

Angin dari arah bendang memberi sedikit kedinginan untuk hati aku yang mula panas membahang. Boleh saja aku baling dengan ikan lampam yang sedang aku siang ni, tapi apa keuntungan aku boleh dapat dari perbuatan aku tu?

Cik Yah Dan Encik LiasWhere stories live. Discover now