BAB 9

110 4 0
                                    

KEDAI makan Kak Surya dipenuhi orang ramai. Awal pagi begini, tak banyak kedai makan yang sudah dibuka seperti kedai Kak Surya. Ini membuatkan penduduk kota menjadikan kedai ini sebagai tempat mereka bersarapan sebelum terus bergerak ke tempat kerja. Tidak putus-putus orang datang ke kedai yang menyediakan pelbagai juadah ini. Rezeki tuan kedai.

Sarah yang sedari tadi berada di kedai ini langsung tidak menghiraukan orang ramai yang berbagai ragam. Dia duduk berseorangan di meja yang terletak di sudut paling jauh di dalam kedai itu. Cuba mencari ketenangan yang hampir pasti tidak mampu menjelmakan diri saat ini.

Sesekali Sarah melihat jam di tangan. Sudah hampir setengah jam dia menanti. Hatinya mula terasa ingin mengamuk kerana janji yang ditabur tidak ditepati. Rasa marah cuba dikawal. Entah kenapa, semenjak kejadian semalam, emosi dirinya dirasakan tidak stabil.

"Sorry weh! Aku sangkut dalam jammed tadi," terjah seorang perempuan ke meja Sarah tanpa sebarang salam. Perempuan berbaju kebaya dan tidak bertudung itu kelihatan bergaya dengan cermin mata hitam yang dipakai. Kecantikannya tak terkalahkan oleh Sarah. Cantik sehingga mengumpan pandangan beberapa pelanggan lelaki di kedai itu. Perempuan itu menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Sarah.

"Kau lambat," cebik Sarah. Merajuk.

"Alah, kan aku kata aku sangkut kat jalan tadi. Janganlah marah sayang," kata Nadia memujuk.

Sarah tidak mampu merajuk lama apabila berhadapan dengan kawan baiknya yang seorang ini. Dia dan Nadia ibarat adik-beradik kandung. Saling menyayangi bak kakak dan adik. Sehinggakan mereka pernah digelar belangkas kerana keakraban mereka semasa di sekolah dahulu. Hanya selepas bekerja dan berkeluarga sahaja mereka terpisah. Hanya sesekali bertemu sebegini.

"Jadi, apa sebab kau ajak aku jumpa ni? Any problem?" soal Nadia apabila melihat Sarah seperti tidak bermaya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku kepada kawan baiknya itu.

"Emm, aku tak tahulah nak mula dari mana Nad," balas Sarah serba salah. Sedari tadi dia hanya tunduk memandang cawan teh tariknya.

"Hei, kenapa ni? Ni aku kut, kawan baik kau. Tak payah nak malu-malu dengan aku. Rahsia kau, rahsia aku jugak kan?" pujuk Nadia sambil mencapai tangan Sarah. Diusap lembut sebagai tanda dia sentiasa bersama kawan dunia akhiratnya itu.

Sarah tersenyum nipis dalam suram. Bahagia kerana punya kawan yang baik seperti Nadia.

"Jadi, apa yang jadi sebenarnya? Apa masalah kau?" soal Nadia semula.

"Emm, aku... aku kena kacau semalam," luah Sarah. Dia sendiri tidak pasti dengan kebenaran pernyataannya itu. Tapi, apa lagi kemungkinan yang ada?

"Apa? Kacau? Siapa kacau kau? Samseng mana? Lelaki gatal mana?" soal Nadia gelabah.

Sarah terdiam sendiri. Masih teragak-agak. Sehinggalah akhirnya dia bertekad.

"Aku kena kacau dengan jin, Nad..."

Serta-merta melopong mulut Nadia.

"BERAPA orang tak cukup ni?" soal Ustaz Rahman kepada anak-anak pelajarnya. Bimbang masih ada yang tidur di khemah tak dikejutkan kawan.

"Ustaz! Ikmal tak ada!" jerit seorang pelajar yang berada di dalam barisan.

"Dia pergi mana?"

"Entahlah ustaz. Tadi solat subuh dia ada. Dia ke tandas kut," kata pelajar itu lagi.

"Tak ada orang teman dia ke?"

Sepi.

"Hmm, kan ustaz dah pesan. Kalau nak pergi mana-mana, kena berteman. Kamu sekarang dekat hutan. Kawasan orang. Tempat keras! Tak boleh berani-berani sangat," nasihat Ustaz Rahman. Dia faham sangat kerenah pelajar bila berada di kem ini. Ada saja hal yang dibuatnya.

TUMPANGWhere stories live. Discover now