6

3.1K 64 1
                                    

Safran POV

Aku terbangun dari tidur bila terdengar pintu tertutup. Mengelip-ngelip mata seketika sementara otak mula berkerja semula. Aku mengeliat kecil bila mula tersedar. Nota di tepi bantal aku aku baca seketika. Dia dah balik asrama. Patutlah rumah terasa tenang sahaja pagi ni. Aku bergerak ke dapur mula tersenyum suka bila melihat ada makanan yang sudah terhidang di atas meja. Bagus juga si pendek ni siapkan semua sebelum pulang ke asrama. Kalau tidak terpaksalah aku bersiap lagi untuk mencari makanan di luar.

Aku teringat pergaduhan kami semalam sebelum masuk ke bilik tidur. Hani mula membebel dan mula berkata tidak.tidak.tidak walaupun aku belum habis bercakap mengenai hal itu. Huh! Aku tak sangka Hani tu seorang yang membosankan. Tak boleh adakan parti kat rumah lagi? Aku cuma menjemput orang kelab hoki dan kawan-kawan rapat itu pun membuat Hani mahu melenting. Macam sahaja aku menyuruhnya menyiapkan semuanya untuk parti itu. Dia pun akan dijemput. Tapi bukan sebagai tuan rumah. Apa yang buat dia tak senang hati. Bukan parti liar pun. Kalau taknak rumah bersepah, panggillah cleaner agency . Senang. Tak payah nak membebel-bebel.

Selesai makan, aku meletakkan pinggan di dalam singki. Malas mahu mencuci. Mungkin nanti. Hajat hati mahu mengambil jus oren di dalam peti ais terhenti apabila ada nota sebesar buku melekat di hadapan peti ais.

-oh.. no.no.no.. Cuci pinggan lepas Makan!-

Aku mengoyakkan nota itu kemudian membuangnya di dalam tong sampah dengan rasa bengang. Dan aku bertambah bengan bila satu lagi nota kecil melekat di pintu peti ais. Si pendek ni bangun pukul berapa sampaikan dia sempat buat nota ni.

-Seriously! Just put the dishes in dishwasher.. And let that machine do the job Lazybones!-

Aku meramas rambut dengan kuat. Geram dengan nota itu.

“Fine!”

Walaupun Hani tiada di dalam rumah untuk membebel, aku meletakkan juga pinggan-pinggan yang aku letakkan di dalam singki ke dalam mesin pencuci pinggan-mangkuk-gelas-apa-apa jelah- itu. Aku tak mahu nanti muncul lagi nota-nota yang menyakitkan hati.

Baru teringat yang hari ni sudah masuk 3 hari aku tidak menelefon Sarah. Rasanya dah cukup masa untuk membuat aku tak begitu berharap dengan dia. Dan dia juga tak telefon aku. Tapi aku rasa Sarah lain sikit dari semua perempuan yang pernah aku ajak keluar. Dan tentunya Hani bukan termasuk dalam kategori itu. Hani bukan lain sikit dari yang lain. Tapi dia lebih banyak lain dari biasanya. Dan dia bukan perempuan yang pernah aku ajak keluar. Dan takkan pernah jadi. Aku mendail nombor telefon Sarah. Harap dia masih ingat dengan aku. Sebenarnya aku lebih berharap dia masih tergila-gilakan aku. Lama telefon dibiarkan berdering. Aku menunggu dengan penuh harapan. Kalau dia tak angkat telefon, mahunya aku malu setahun.

“Hello.”

Aku tersenyum lebar bila mendengar suara yang serak-serak basah menjawab panggilan. Wow.. seksinya suara dia pagi-pagi ni. Mesti aku mengganggu tidur dia. Mesti dia seksi bila tidurkan. Ah.. aku mula fikir bukan-bukan. Mesti kesan dari silent treatment semalam. Aku memang bodoh sebab menolak tuah. Orang dah suruh pindah kat atas katil. Ah! Tak payah fikirlah.

“umm .. Sarah.”

Bila aku menyebut saja namanya, terdengar bunyi seperti tengah tersesak nafas. Okay ke tidak minah ni.

“Sarah.. you okay?”

Terdengar bunyi terjatuh. Aku mengerut dahi bila Sarah mula menjerit kecil. Sleep walking ke minah ni.

“Umm..”

Aku mengaru kepala. Salah masa ke aku menelefon ni?.

“Safran?”

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now