35

2K 48 2
                                    

35

Hani POV

“Makan cik...”

Jururawat yang diupah oleh Airit ditugaskan untuk menyuapkan aku makan.

Malangnya, selepas berapa kali percubaan melepaskan diri. Airit tidak lagi mahu memberi kepercayaan dengan aku untuk menyuap makanan dengan tangan aku sendiri. 

Aku mengunyah makanan perlahan-lahan sambil berfikir cara melepaskan diri. Kalau ikutkan hati aku yang geram dan benci mahu melihat wajah Airit sekarang, memang aku mogok lapar. Tapi bila fikirkan kandungan aku, aku terpaksa juga menelan semuanya dengan hati yang tidak ikhlas. Jururawat yang sedang menjaga aku kelihatan gelisah. Mungkin dia juga terpaksa berkerja dengan Airit. Mungkin... Deringan telefon Airit memecah kesunyian. Airit kelihatan panik selepas menjawab panggilan tersebut.

Okay... saya pergi sana kejap lagi.”

Airit memasukkan telefon ke dalam poket seluarnya. Dahinya berkerut kerana memikirkan sesuatu.

“Lama lagi ke nak siap?”

Aku tahu soalan itu diajukan kepada jururawat di hadapan aku sekarang. Airit tidak pernah membiarkan sesiapa berada di dalam bilik tempat aku dikurung tanpa dikawal selia oleh dia sendiri. Airit yang memegang kunci bilik ini.

“Em... lama lagi ni. Saya kena periksa luka di tangan cik ni lagi.”

Jawab jururawat itu tanpa membalas renungan Airit.

“Cepat selesaikan kerja awak lepas tu keluar dari sini.”

Airit berjalan ke muka pintu kemudian kedengaran suaranya memanggil nama seseorang. Mungkin salah satu dari pekerjanya.

“Jaga bilik ni. Lepas je Katie keluar, kau kunci bilik ni. Kalau jadi apa-apa waktu kau jaga bilik ni... AWAS!”

Katie. Mungkin jururawat di depan aku sekarang ini. Langkah kaki Airit semakin kedengaran semakin jauh. Katie meletakkan pinggan di meja sisi katil kemudian memandang ke arah pintu seperti memastikan sesuatu.

“Bagi nombor telefon ahli keluarga cik..”

Bisik Katie perlahan sambil berpura-pura memeriksa luka ditangan aku yang masih terikat di kepala katil. Mungkin takut lelaki yang berjaga di hadapan pintu itu terdengar.

“0..1.4 330 198..0”

Katie menulis nombor yang aku sebut di lengannya kemudian menyembunyikan tulisan itu di sebalik lengan baju. Katie mengangguk perlahan kemudian menyelesaikan kerja-kerjanya. Harap Katie dapat membantu aku.

Katie Pov

Aku cuba sedaya upaya mengawal ekspresi muka aku dan bertenang. Bila memohon jawatan jururawat peribadi yang diiklankan di akhbar tempoh hari, aku sama sekali tidak menyangka yang aku akan terlibat dalam adegan penculikan seperti ini. Airit bijak. Sebelum Hani dipindahkan ke sini, dia memastikan tiada komunikasi dengan dunia luar yang boleh dibuat dari rumah agam ini kecuali Pak Man. Pak Man yang bertanggungjawab untuk keluar membeli barang keperluan. Mungkin kerana sudah lama berkhidmat dengan keluarga Airit, jadi Airit senang memberi kepercayaan dengan Pak Man. Susah menjadi anak orang kaya yang mempunyai sumber duit yang berlebihan ni. Seluruh ruang rumah dipasangkan pengawal keselamatan.

“Hah.. Katie, Ada barang yang kurang yang nak dibeli?”

Panjang umur Pak Man. Sebenarnya aku dan Pak Man sudah merancang  untuk menyelamatkan Hani. Namun Pak Man tidak sanggup untuk mengkhianati anak majikannya itu. Biarlah keluarga Hani yang meminta bantuan dari polis. Sebab itulah aku meminta nombor telefon ahli keluarga Hani sebentar tadi.

“Ada Pak Man.. Sekejap ya, saya ambil senarai barang di dalam bilik.”

Aku menulis nombor telefon itu di atas kertas yang mempunyai senarai barang yang aku sudah sedia tulis semalam. Aku berjalan kembali ke dapur kemudian menyerahkan senarai barang itu kepada Pak Man. Jantung aku seperti mahu berhenti bila ada tangan lain yang mengambil kertas yang aku hulurkan itu. Radi. ‘Orang Kanan’ Airit.

“Apa ni?”

Aku cuba membuat muka selamba dan menarik kertas itu dari tangan Radi dan menyerahkannya kepada Pak man.

“Senarai baranglah.. takkan surat cinta untuk Pak man pula..”

Jawab aku dengan selamba. Radi mengerut dahi.

“Sayur kacang sampai 9 ikat. Kau nak buat kenduri ke apa?”

Tanya Radi curiga. Aku masih cuba membuat muka selamba.

“Kalau kau je yang tumpang makan dekat sini, 9 ikat pun tak cukup.. Perut apa tah..”

Bidas aku dengan cepat. Ya, Aku jururawat yang multipurpose. Airit bijak sebab tidak mengambil banyak kakitangan di dalam rumah agam ini. Mungkin dia takut bila dah banyak kaki dan tangan, banyak pula mulut yang tak reti diam.

Radi sempat memberi pandangan curiga sebelum meninggalkan aku dan Pak Man yang masih panik dengan kedatangan Radi secara tiba-tiba tadi. Mujur Radi agak slow sikit otaknya. Bolehlah kena  klentong..

Hajar : Tinggal beberapa bab lagi.. yeah! vote n comment.. :)

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now