21

2.5K 50 1
                                    

Author : Sorry for the 'delay'.... Baru siapkan tesis dan cuti baru officially bermula.. Anak buah baru menghabiskan masa seminggu d sini (sabah).<-- (dia ingat macam naik bas ekspress je. nak ulang alik dari perak pegi cni) Saya tak dpt fokus dengan menulis bila ada geng untuk tengok kartun,.  (Eya.. menghabiskan masa seminggu dengan menonton kartun je) Bila anak buah dah balik baru buka komputer dan cuba paksa tangan untuk menaip. :) .. so.. enjoy.. read n comment n vote, tq.

4 jam sebelum Hani pengsan. 9 pagi. 

 Bab 29

                Safran pov

               

                “Mana kawan you tu?”

               

                Aku mengerut dahi bila mendengar pertanyaan Que. Ketika ini aku, Que dan Sarah lepak di kerusi taman kolej. Hari terakhir sebelum cuti semester. Kalau ikutkan memang aku dah ponteng awal macam Hani. Dua hari awal tu dia buat cuti sendiri. Tapi sebab banyak lagi tugasan yang belum siap, aku terpaksalah jadi pelajar yang baik sikit. Berbalik kepada tadi. Aku pelik dengan Que. Lepas je Sarah duduk di sebelah aku, macam banyak soalan yang dia ajukan mesti mengenai Hani. Walaupun secara ‘berselindung’ dan ‘berlapis’ tp aku rasa Que ni macam ada perasaan lain je dengan Hani. Aku menarik nafas panjang. Lain terus rasa hati aku ni.

                “Kawan I yang mana?”

               

                Tanya Sarah semula. Sebenarnya aku pun tertanya-tanya di mana budak pendek tu pergi bercuti. Cemburu juga dengan dia sebab dapat bercuti panjang sedangkan aku ada latihan intensif hoki untuk seminggu. Dan cuma tinggal seminggu lagi untuk bercuti. Itupun kalau Coach Gramz tak cemburu dengan hidup aku yang penuh dengan keceriaan ni. Tolak, campur, bahagi, dan darab.. agak-agak tinggal dua, tiga hari jelah baki cuti aku.

                “Yang selalu dengan you tu..”

                Jawab Que. Aku Cuma mendiamkan diri. Sehingga sekarang tiada siapa pun tahu tentang hubungan aku dengan Hani. Que yang jadi kawan baik aku selama bertahun-tahun pun tak tahu. Pernikahan aku dan Hani hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Ibu bapa aku dan Hani rancang nak buat persandingan selepas kami habis belajar. Maksudnya ada dua semester lagi aku dan Hani boleh berlakon macam orang asing sebelum seluruh kolej terbeliak mata dan terkejut bila kami edarkan kad kahwin. Itupun kalau aku nak jemput diorang semua ni.

                “wah... Jauh dia pergi bercuti..”

                Okay..  aku dah tertinggal kereta api. Dia bercuti di mana?

                “Mungkinlah.. sebab I cuma jumpa hotel’s brochure di atas meja belajar dia. Dia terlupa nak simpanlah tu.”

               

                Dan aku bayar percutian yang aku sendiri tak tahu di mana. Secara sarkastiknya otak aku berfikir tanpa berkata apa-apa secara lisannya. Cuma di dalam hati. Setelah lama terdiam. Que seperti memikirkan sesuatu dan Sarah terus menatap telefonnya, aku tahu yang Sarah  takkan ulang semula tentang destinasi percutian Hani..(Peringatan: yang aku bayar). Jadi aku bertanya semula dengan membuat muka seperti tak kisah.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now