Bab 7

2.2K 33 9
                                    

Bila kamu senang..datanglah selalu ke sini Uwais.Tuk Ayah ni pun kadang-kadang rasa bosan juga bila duduk sorang-sorang..Mastura dengan Putera sekolah,Maira dengan Atikah pun hari minggu saja datang ke sini..cucu-cucu yang lain tinggal jauh.

Bila usia dah senja macam ni,rindu pulak nak bermesra dengan cucu-cicit..”

bicara Tan Sri Idris dibalas dengan anggukan.Usai solat mereka semua duduk di meja makan untuk menikmati makan malam.

“Hah..hidangan kita malam ni istimewa tau? Tuk ayah tempah khas dari hotel Swiss  Garden,tapi masakan kampung..Ikan bakar dari Ana Ikan Bakar pun ada…”

Putera mencelah.Matanya sudah membulat memandang hidangan di atas meja.

“Wow…ikan bakar dengan petai…dah lama Mastura nak rasa ni..”

Hannah menyiku Mastura yang duduk di sebelahnya.

“What?”

“Are you mad? benda tu berbau la..”bisik Hannah.

Dia rasa nak menjerit melihat hidangan di atas meja..ikan terubuk dan ikan siakap bakar kelihatan masih berasap.Baru dihantar barangkali.Ada juga hidangan makanan laut seperti ketam dan udang.

“Yang ni,khas untuk Uwais.Ikan patin masak tempoyak..betul tak?” Mak Ngah Suri baru saja meletakkan semangkuk besar gulai itu.

“Hah,yang ini..Suri masak ke?” tanya Pak Ngah Halim pula.

“Iyalah bang..saya buat khas untuk menantu kita ni hah..”

“Terima Kasih Mak Ngah…susah-susah aja…” Uwais berbahasa.

“Apa pulak susah..bukan selalu..lagipun,Mak Ngah exited pasal inilah first time kita buat makan malam keluarga macam ni..biasa tu, ala French la,Italian..mexican..muak jugak..kan bang?

“Betul tu..Hah,Sara? boleh makan ke makanan ni semua,kalau tak sesuai…don’t worry,sebab abang ada order spangetti dengan pasta..”

“Ish..apasal tanya Sara pulak? Sara dengan anak-anak tak kisah bang…kami ni pun orang Malaysia jugak..”
Mak Usu Sara menjawab.

Hannah sekadar mendengar.Apasal aku rasa macam diorang ni sindir aku jek?

“Sudahlah…kalau sibuk bercakap aja,nanti sejuk pulak makanan ni..hah,Putera..kamu baca doa makan..”

“Err..saya ke Tuk?” Putera buat-buat terkejut hinggakan adik-adik sepupunya yang masih kecil ketawa melihat gelagatnya.

“Ish budak ni…main-main pulak dia…”

Putera menyengeh saja.Dia segera menadah tangan.Begitu juga yang lain..selesai baca doa mereka menikmati makan malam itu dengan penuh selera kecuali…

“Sayang? kenapa tak makan? “

tanya Uwais dengan suara penuh romantik.Hannah memandangnya.Uwais senyum walaupun ketika itu pandangan Hannah seperti mahu menelannya.Senang untuk dia faham pandangan itu membawa isyarat “ Don’t called me sayang!”

“Ah..ah…kenapa Hannah? kamu tak selera dengan lauk-pauk kampung ni ke? kan ada seafood tu..” tegur Tan Sri Idris.

“Takdelah Tuk Ayah…Hannah dah kenyang..”

“Owh…”

“Kenyang ke diet? tanya Putera.Hannah geram pula dengan perangai putera yang dah sebijik macam abang iparnya..aku sumbat mulut dengan crab baru tahu..kenapalah korang tak perasan yang aku tak boleh bau “tempoyak”? dah tu…letak mangkuk tu betul-betul depan aku…gulai ikan sungai pulak tu..ieeeeee…

SUAMI YANG KUBENCIWhere stories live. Discover now