Bab 6

1.3K 14 0
                                    

   Hannah memang terkejut bila mendapati semua ahli keluarga yang hadir memakai pakaian yang dibanggakan Uwais. Pak Ngah dan Tuk Ayah siap pakai jubah pulak tu? itu belum dikira dengan  Maira  dan anak-anaknya yang pakai baju kurung  warna sedondon.
“Along? biar betul !! apsal pakai baju macam nak pergi anugerah skrin? salah channel ke apa? “ Baihaqi, adiknya yang bongsu  sememangnya mulut celupar  takde insurans itu menyoal dari jarak 2 meter. Mahunya satu rumah tu tak dengar suara Putera yang kuat mengalahkan petir.Muka Hannah sudah memerah.Arghhh!! kenapa jadi macam ni pulak? dia toleh pada Uwais.Lelaki itu buat tak tahu saja,siap ppergi bersalam dengan bapa-bapa saudaranya.
         Hannah masih tak bersuara .Semua mata seakan berpakat memandangnya.Mastura yang muncul bersama Mak Usu Sara turut ternganga.Amboi…bukan main lagi Mastura,siap pakai tudung ? apa dah jadi dengan goumet dinner yang selalu diadakan sebelum ni?
“Along? apasal pakai nightdress ni?” tanya Mastura dengan suara berbisik sebaik berdiri di sisinya.
“Manalah Along tahu,biasa kan Tuk Ayah buat gourmet dinner..ni apa kes pulak? semua pakai macam nak buat kenduri doa selamat aja? takkan kau nak bertunang kut?”
“Bertunang tu dah semestinya tapi bukan malam ni..coming soon..takdelah! saje Tuk Ayah tukar angin…dia kata lebih baik kita tukar gaya barat kepada tradisi..lagipun, Abang Long yang cadangkan semua ni..kalau nak tahu…ade lagi surprise yang lain..
     Hannah kerut dahi. Abang Long ?
“Siapa pulak Abang Long tu? memandai-mandai aja..”
“Along ni,suami sendiri yang bagi cadangan pun tak tahu..dah la Along,baik pergi tukar baju..Tuk Ayah dah pandang semacam tu..nasib baik ahli keluarga kita aja..kalau ada orang kampung yang datang macamana?
      Hannah tak tunggu lama.Dia segera menghampiri Uwais yang sedang berbicara dengan Mak Usu Sara. Adik bongsu arwah papanya.
“Sayang….sini kejap…” gamitnya.
“Amboi..tak boleh Mak Usu nak bermesra sekejap dengan suami dia..hah,Uwais..isteri kamu dah panggil tu hah..” Dia sedaya upaya mengukir senyuman manis bila diusik begitu.Sayang  sangatlah!
   Uwais terkejut juga bila dipanggil “sayang” tadi.Itulah nada paling lembut yang pernah dituturkan Hannah padanya.Tapi sayang…semua itu sekadar lakonan…hipokrit!
“Kenapa?”
“Nak ajak awak bergaduh..tapi kat bilik ya sayang…”sindirnya dengan suara seakan berbisik.Dia menarik tangan Uwais supaya mengekorinya ke bilik.
“Bilik bukan tempat orang bergaduhlah…nak pulak bagi orang yang baru kahwin macam kita ni”
Uwais senyum nakal tapi Hannah sekadar menjeling.Disgusting!

“Kenapa awak tak cakap kat saya?” soal Hannah sebaik saja pintu bilik ditutup.
“cakap apa?” Uwais tayang muka selamba.Muka seakan tidak bersalah itu menambahkan lagi geram di hati Hannah.
“Awak memang sengaja kan? oh, saya tahu,awak seronok bila tengok saya dapat malu kan? you are so mean!!” bantal kecil di atas katil spontan  dibaling ke arah Uwais.Sebal hatinya bila lelaki itu berjaya mengelakkan diri.Makin sakit hati bila Uwais senyum seakan menghantar isyarat “ padan muka  kau Hannah!”.
“Eleh,cakap orang putih konon…pasal sikap berlagak awak tu la yang awak sampai termalukan diri sendiri..pernah dengar tak simpulan bahasa “bodoh sombong?” ..mesti tak pernah kan? macam perangai awak ni lah, dah salah sendiri lepas tu menyalahkan orang lain..”
“Ieee…awak tahu tak kenapa saya benci sangat kat awak? “
“Tahu…sebab saya selalu nampak lebih pandai daripada awak kan? “
“For god sake, awaklah lelaki paling menyakitkan hati yang pernah saya jumpa..sekarang lebih baik awak keluar dari bilik ni,saya meluat tengok muka awak!!”
     Uwais jungkit bahu.Dia memegang tombol pintu.Berpaling seketika memandang Hannah yang duduk di birai katil dalam keadaan masih marah padanya.
“Cepat tukar baju tu,kejap lagi nak solat pulak..” sempat pula dia berpesan.
“Keluarlah!!” jerit Hannah.Uwais merenung tajam ke arah Hannah.Riak wajahnya seakan menahan satu perasaan marah bila ditengking isterinya sebegitu.Uwais menarik nafas seketika.Ikutkan marah apa saja perkataan dan perbuatan yang tidak baik akan dilakukan sesiapa saja. Anggap aja yang dia tak sengaja Uwais…pujuk hatinya.
      Uwais keluar dari bilik.Hannah segera bangun dan membuka almari pakaian.Dia mencari-cari kalau masih ada pakaian lamanya di dalam almari itu.Seingatnya,dia memang tidak memiliki banyak baju kurung,lagipun sejak umurnya 16 tahun dia dihantar belajar ke luar negara bahkan setelah kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan,dia jarang pulang sekalipun berhari raya..biasanya,Tuk Ayah sendiri akan membawa adik-adiknya melawat dirinya di UK..
     Akhirnya Hannah menarik laci di bahagian paling bawah.Dia terkedu bila melihat masih ada pakaian lama arwah ibu yang pernah disimpannya di situ.Ditarik satu daripada lipatan pakaian di situ.Baju kurung bercorak batik warna biru laut diciumnya kejap. I really miss you mama…setitik airmatanya mengalir.Kerinduan itu lebih menyakitkan berbanding kebenciannya pada Uwais.Rindu yang hanya tinggal rindu..kenapa nasibnya begitu malang? tiada iba bapa untuk menyayanginya lagi…tiada juga lelaki yang ikhlas sayangkannya…
       Sayup-sayup dia mendengar laungan azan dari luar bilik.Suara merdu panggilan menghadap ilahi itu menyentuh jauh ke sudut hatinya.Siapa ya? seakan menghilangkan segala kesedihan yang menyinggah.Tanpa berlengah Hannah segera menukar pakaiannya.Dia memilih baju batik rona biru itu.Dia perlu segera berkumpul bersama ahli keluarga yang lain untuk menunaikan solat sekalipun kewajipan itu jarang-jarang dia tunaikan..
         Sampai di ruang tamu dia lihat semuanya sudah bersedia membuat saf.Hannah memakai telekung dan kemudian duduk di sebelah Atikah..adik sepupunya.
“Along,dengar tak azan tadi?” bisik Atikah
“Dengar…sedap suara tu,siapa yang azan?
“Abang Uwais..Bertuah akak..suara dia  sedap mengalun azan,dah tu..boleh jadi imam lagi..mesti akak seronok kat rumah kan dapat berjemaah dengan suami  tiap-tiap hari..”puji Atikah.
“Syhhh..orang dah mula solat…” Hannah sempat menilik di barisan saf lelaki.Dia nampak susuk tubuh memakai baju melayu berwarna biru di mihrab imam..memang dia!
  Suara bacaan surah Al-Fatihah kedengaran..  Sekali lagi dia dipagut rasa shahdu yang sama seperti ketika mendengar azan tadi hingga menghilangkan rasa marahnya yang tadinya membuak.



SUAMI YANG KUBENCIWhere stories live. Discover now