Bab 5

1.3K 15 0
                                    

“Nak pergi tak nak ni? “ Uwais sudah berada di muka pintu utama.Hannah masih duduk di sofa, seakan berat untuk keluar dari rumah.
“Memanglah nak pergi tapi kalau awak pakai baju Melayu ni,memalukan saya tahu tak?” mata Hannah merenung baju Melayu yang dipakainya.Muka cemberut Hannah juga sudah cukup membuktikan betapa tidak sukanya Hannah bila baju itu jadi pilihan bukan Sut Versace yang dibawa khas oleh PA Hannah petang tadi.
“Nak malu apa pulak? bukan saya tak pakai baju pun…”
“Susahlah kalau bercakap dengan orang kampung ni..” Hannah bangun dan mengambil kasut tumit tinggi 4 inci dari dalam rak.
“Memang saya ni orang kampung,konservertif pada pandangan awak kan? tapi..saya rasa baju saya ni lebih sedap mata orang memandang daripada pakai baju mahal tapi terdedah sana sini..” Uwais mengerling pakaian yang dipakai Hannah malam itu.Agak terdedah di bahagian dada dan lengannya  sedangkan di bahagian kakinya pula sampai mencecah lantai..
“Don’t you dare to teasing me okey..suka hati sayalah nak pakai baju macamana pun,bukan saya beli baju ni pakai duit awak..”
“Kalau saya semua tak boleh,tapi kalau awak boleh pulak nak kritik pakaian saya ya? “
“Itu sebab pakaian awak tak sesuai dan memalukan”
“Memalukan? awak sedar tak ini pakaian kebanggaan budaya kita orang Melayu? sepatutnya awak tu pakai baju kurung atau kebaya,bukannya pakai nightdress yang dedah sana sini..siapa yang sepatutnya     malu ?awak atau saya Hannah?”
“Arghhh…saya malas nak bertengkar dengan awak lagi,suka hati awaklah….”
“Bukan saya yang mulakan…”
“Whatever!”
Mereka keluar dari rumah.Di garaj,Hannah sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta Audinya.Namun bila Uwais juga membuka pintu kereta mini cooper ,Hannah tak jadi masuk.
“Awak nak bawa kereta buruk tu ke? tak payah nak buat lawak tambahan..saya dah cukup malu dengan pakaian awak tu tak payah nak peningkan kepala saya lagi..kita pergi dengan kereta saya”
“Saya tak nak…kalau di pejabat awak,itu hak awak nak mengarah sesiapa aja..tapi di rumah, awak takde kuasa pun nak arahkan saya sesuka hati awak Hannah..saya ni suami awak bukan pekerja awak..dan sekarang,saya nak pergi dengan kereta saya ni..buruk ke tidak, saya tetap nak pergi dengan kereta saya”
“Awak ni kenapa Uwais? memang sengaja nak cari pasal ya?”
“Saya tak paksa,awak boleh pergi dengan kereta cantik awak tu..tapi kalau Tuk Ayah tanya kenapa kita datang berasingan,awak jawablah sendiri…kata pasangan bahagia kan?”
Dum! Hannah menutup kuat pintu keretanya.Memang dia sudah bengang tahap sampai tak mampu lagi nak bersuara.Dia masuk ke dalam kereta Uwais yang sudah dihidupkan enjinnya.Keduanya diam sahaja.Uwais tahu Hannah sedang menahan marahnya.
“Pakai tali pinggang keselamatan tu..”tegur Uwais.
Hannah cuba menarik tali pinggang di sisinya tapi puas ditarik,tali itu seakan terlekat.
“Awak tengok..nak pakai tali pun susah..kereta buruk macam ni,buang aja dalam sungai lagi baik” dengus Hannah.Dia sudah malas menarik tali itu setelah disentak tapi masih tak boleh ditarik juga.Uwais menggeleng dengan gelagat Hannah.
     Dia sedikit mendekat dengan Hannah.Dengan lagak tenang dan perlahan,Uwais menarik tali pinggang itu tanpa sebarang masalah lalu dilekatkan  pada penyangkutnya.
“Lain kali,bila buat sesuatu jangan dalam keadaan marah…nanti kerja senang pun boleh jadi susah..”
Uwais bersuara perlahan.Hannah sedikit termakan juga dengan teguran itu.Kalau dia fikirkan balik,apalah sangat nak dimarahkan hanya kerana sepasang baju..tapi bila memikirkan isu itu melibatkan airmukanya,dia masih tidak boleh terima perkataan “tidak” daripada Uwais.
“Saya tak perlukan nasihat awaklah…cepatlah drive tu, dengan kereta awak ni,entah berapa lama baru boleh sampai..”
“Sabar dulu boleh tak? kita belum baca doa lagi..”
“Doa apa pulak?” Hannah mengeluh untuk kesekian kali.Tambah menyakitkan hati bila Uwais masih boleh tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya.
“Naik kenderaan..”
Hannah tak tahu apa yang patut dia cakap lagi.Mahu tak mahu dia ikut menadah tangan bila Uwais sudah mula membacakan doa..macamanalah aku boleh setuju nikah dengan dia ni?
               Hampir pukul  7.30 malam,mereka tiba di rumah banglo milik Tan Sri Idris.Hannah melihat terdapat beberapa biji kereta mewah dipakirkan di halaman.Dia tahu hampir kesemua ahli keluarganya sudah pun sampai.Dia segera turun dari kereta.Mulanya dia berniat mahu mendahului Uwais,malas dia nak beriringan dengan lelaki itu..buat malu aja..tapi dibatalkan niatnya bila memikirkan apa pula kata mereka yang hadir nanti..
“Kenapa?” tanya Uwais bila Hannah masih berdiri di sisi kereta.
“Tunggu awaklah..”Hannah tanpa berlengah menarik tangan Uwais.Digenggan jemari Uwais persis pasangan suami isteri yang saling menyintai.Mereka jalan seiringan.
“Pandai betul awak berlakon kan?” bisik Uwais.
“Shut up..”  Hannah mengerling sambil melangkah masuk ke dalam rumah.Sebaik saja mereka masuk,pegangan tangan Hannah terlepas dan dia benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihatnya..OMG!!!! 


SUAMI YANG KUBENCIWhere stories live. Discover now