Bab 3

1.8K 18 1
                                    

BEBERAPA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN UWAIS UKASYAH & HANNAH MARIAM

“Apalah nasib mak ni beranakkan kau Uwais oi…ingatkan ada anak jantan sorang,bolehlah jadi tempat mak berpaut,ini tak…kau lagi nak cekik leher mak ni..”
“Tak baik mak cakap macam tu..anak tu rezeki Allah mak..”
“Pandai pulak kau bercakap ya? apasal kau tak jadi lawyer aja?ini tak..jadi penjual burger,kalau laku takpelah jugak..orang kampung ni Uwais,tau makan sayur kampung dengan lauk ikan sungai aja..abis sedap pun makan pucuk ubi dengan sambal belacan..kau pulak nak suruh diorang tu makan burger? dah tu…modal berniaga pun kau pinjam dengan lintah darat…ieee…geram betul aku” Sarimah menyiat-nyiat kulit kelapa tua yang dikupasnya.Membayangkan rambut anak lelakinya itu yang ditarik-tariknya.
    Uwais telan liur.Apalah mak aku ni,mana ada orang kampung kita makan pucuk ubi dengan sambal belacan? yang selalu makan menu tu kat dalam rumah kita aja mak..tapi ayat itu hanya sekadar melewati ruang hatinya saja.Maunya berani dia jawab macam tu? silap-silap parang kat tangan maknya tu melayang tanpa disangka-sangka.Mak aku ni bukan calang-calang keturunan…cucu cicit Tok Gajah tu…
“Jawablah! kenapa kau pinjam dengan lintah darat tu?”
Uwais hampir terloncat bila dijerkah begitu.
“Err..dah tu, takkan nak pinjam dengan lintah sungai mak..” Uwais ketap bibir.Apa ke sengal sangat jawapan tu yang terkeluar.Sarimah selesai mengupas kelapa.Cadangnya nak buat gulai ikan salai dengan rebung.
“Kau ni kan,kalau ikutkan hati..mak gulaikan kau dengan rebung..gantikan ikan salai yang mak beli kat pasar tu…yang aku hairan tu,belajar sampai universiti tapi kerja setakat jual burger aja? manalah orang kampung ni tak gelakkan kau…Belajar bisnes konon..jual la kayu balak ke,kereta ke..buka restoran mewah ke,ini tak…gerai burger??..”
“Mak ni,bukan nak doakan anak..lagi dikutuk pulak..”
“Habis,kau nak mak puji? buka gerai burger macam tu pun kau pinjam dengan Along… Paling tak mulakanlah dengan cara yang betul..” Sarimah menggeleng kepala.
“Hari tu orang mintak pinjam duit mak tak nak bagi..”
“Duit pencen arwah ayah kau tu,mak nak buat belanja sekolah adik kau…patutnya,kau ni pergilah cari kerja kat bandar tu hah…takkanlah takde langsung…”
“Susah nak dapat mak…lagipun,orang punya pointer cukup makan aja mak..”
“Pointer kau cukup makan? habis,kau nak makan apa? hah..malam ni,kau makan habis burger kau yang tak laku tu..satu lagi,hutang Along tu…kau pandai-pandai bayar sendiri..mak tak nak campur. Bisnes konon!”
    Uwais garu kepala.Ahh…matilah aku kali ni! kalau geng Ajak Galah tu jumpa aku mintak duit macamana? pening kepalanya.Masuk ni dah dua bulan dia gagal membayar hutang lintah darat.Bukanlah banyak pun dia pinjam..Cuma seribu ringgit sahaja tapi…macamana boleh jadi 3 ribu pun dia tak tahu.Memang cekik darah punya lintah!
         Elaun dia mengajar kelas tuisyen di bandar pun masih belum diperoleh lagi.Bukanlah banyak mana pun,cuma  600 ringgit sebulan. Tapi,dengan duit itulah dia buat duit pusingan modal dan diberikan pada maknya sedikit.Mujurlah dia duduk di kawasan kampung,kos sara hidup tak begitu tinggi.Kenapalah susah sangat dia nak dapat kerja? mintak kerja yang setaraf,kualiti tak mencapai standart…bila dia mintak kerja kerani,konon dia ada degree tak boleh kerja serendah tu…nak mintak kerja pam minyak pun kena bersaing dengan budak lepasan SPM..mahal betul rezeki kau Uwais oi…
“Uwais? apa tercongok lagi kat bawah pokok kelapa tu? pergi ambil adik kau dari sekolah!” Arah maknya.Dari dalam rumah pun maknya mampu mencapai tahap suara loud speaker..memang dasyat mak aku ni..
“Ye lah mak..orang nak pergilah ni..”
Uwais menghampiri kereta mini cooper peninggalan arwah ayahnya.Walaupun kereta tu dah lama tapi masih berkilau catnya,selalu polish tu…
     Enjin dihidupkan,tapi hanya separuh nafas deruan saja..selebihnya bunyi macam batuk-batuk manja.Uwais kerut dahi,dia membulatkan mata meneliti takat minyak..memang sah!
“Habis minyak la pulak….” Uwais mengeluh.Entah dari mana dia melihat lambang ringgit berterbangan di ruang matanya.

           
           Uwais  mencari kelibat adiknya dalam kalangan pelajar yang berpusu keluar dari kawasan sekolah.Dia setia duduk di atas motosikal EX-5 miliknya.Sesekali matanya mengerling pada seorang perempuan yang sedang leka dengan laptop.Perempuan itu santai duduk di kerusi batu yang diletakkan di situ.Tunggu adik dia agaknya….Fikir Uwais.Dia ralik memerhatikan kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari situ.Siapa agaknya gadis cantik itu? tak pernah dia nampak sebelum ni..
       Mata mereka kebetulan berlaga.Uwais mengukir senyum ikhlas tapi langsung tak berbalas bahkan hanya jelingan yang diterima.Wajah perempuan itu mencuka.Alahai…dia tak suka aku pandang dia kut…
“Abang..apsal datang jemput Anis naik motor? abang kan tahu,Anis gayat kalau naik motor?”
Adiknya Anis  mula mengeluh sebaik saja muncul di depannya.
“Sorrylah dik…minyak kereta habis,abang takde duitlah nak beli sekarang..takpe,adik pegang abang kemas-kemas ya? tak pun..adik pejam mata..kejap aja,masa adik buka mata nanti..kita dah sampai rumah..” pujuknya.Dia tahu Anis tak suka naik motosikal kerana gayat..lagipun,semasa adiknya itu masih di zaman kanak-kanak,Anis pernah jatuh dari motosikal sewaktu pulang dari sekolah bersama arwah ayahnya.Sejak hari tu, arwah ayah membeli kereta kerana tak mahu Anis tidak selesa setiap kali pergi dan balik dari sekolah.
“Janji tak bawa laju ya?”
“Iya..abang ni bukannya Mat rempit..”
Jawapan itu buat Anis ketawa.
“Tapi,kenapa abang nampak macam Mat Rempit erk? Cuma..tua skit jek..kira macam Mat Rempit pencen..”
“Dah,tak payah nak merepek..naik cepat..”
Anis masih ketawa ketika dia menghidupkan enjin motosikalnya.



      Seperti yang dia janjikan,motosikal itu ditunggang dengan kelajuan perlahan sahaja.Dia dapat rasakan betapa kemasnya pegangan tangan Anis di bahunya.
“Anis pejam mata tak? usiknya.
“Mestilah…takut! kalau buka mata nanti,rasa macam nak jatuh tau..”
“Elok jugak adik abang ni takut naik motosikal..nanti takdelah ikut budak lelaki naik motor..”
“Ish,abang ni..ke situ pulak..”
Dia terasa Anis memukul perlahan bahunya.Uwais ketawa kecil.Matanya memerhatikan cermin pandang belakang, darahnya menyirap bila secara mendadak sebuah kereta yang dipandu laju muncul dari arah belakang.
Pin!!! pin!!
Uwais hilang kawalan bila kereta itu mendekat dengan cara agak menghimpit.Maklum saja,jalan kampung itu agak kecil sedikit.
   Motosikal Uwais terbabas ke tepi jalan.Dia dapat dengar jeritan Anis sebelum motosikal itu terjatuh.Mujurlah di atas rumput hijau.
“Anis!!” Uwais segera membantu Anis yang sudah terduduk.Mujurlah kaki adiknya itu tidak tersepit.
“Aduh…apasal abang boleh terbabas ni?” marah Anis.Uwais memandang ke arah jalan.Dia pasti kereta itu sudah pergi jauh tapi beberapa ketika kemudian kereta mewah itu muncul semula.Uwais kaget bila seorang remaja berbaju sekolah seperti adiknya turun dari kereta itu.
“Anis..are you okey?”
“Mastura…awak buat apa kat sini?” Anisah hairan bila rakan sekelasnya itu datang mendapatkannya.
“Minta maaf Anis, kakak saya tak sengaja tadi..”
“Tak sengaja apanya? bawa kereta macam nak berlumba aja? ini jalan kampung la wei,bukan litar lumba..”marah Uwais.Dia membantu adiknya bangun.
“Maaf bang..kakak saya nak cepat tadi..” Mastura kelihatan serba salah.
“Maaf..maaf..kalau jadi apa-apa kat adik saya tadi macamana? siapa nak bertanggungjawab?”
“Teruk sangat ke cedera adik awak tu?” Uwais yang baru menongkat motosikal berpaling pada yang empunya suara.Dia mengerut dahi bila perempuan yang dilihatnya di sekolah tadi berada di situ.Jadi…dialah pemandu berhemah tadi?
“Takde apa kak..sikit aja” jawab Anis.
“Sikit apanya Anis? silap-silap kaki tu terseliuh,jalan pun terjingkit-jingkit..kalau tak dapat pergi sekolah macamana?”
Anis diam bila Uwais sudah meninggikan suara.
“Okey macam ni la, cakap banyak pun tak guna..saya boleh bayar semua kerugian awak ni,kos perubatan adik awak dan kos baiki motosikal awak ni..berapa awak nak?”
Uwais mencekak pinggang.Sudahlah tak minta maaf..berlagak pulak tu! Apa ingat dengan duit semua perkara boleh selesai ke? dia tak puas hati..yang bersalah kakaknya tapi kenapa pulak Si Adik yang kena minta maaf?
“Cik,saya tahu cik banyak duit..simpan ajalah,Cuma saya nak ingatkan..ini jalan kampung,lain kali bawa kereta mahal cik tu hati-hati..”
“Saya turun dari kereta ni bukan nak dengar nasihat awak. Kalau tak sebab adik saya ni yang beriya sangat suruh patah balik..tak mahu saya buang masa kat sini..Awak yang bawa motor lembab mengalahkan kura-kura tu yang menyusahkan saya..okey,kalau awak rasa saya tak perlu bertanggungjawab dengan kecederaan adik awak ni..fine! Mastura,jom balik..kan Along dah cakap,bukan serius sangat pun…buang masa aja patah balik..”
“Tapi Along..”
“Lets go! “
“Sorry ya Anis,nanti kita jumpa kat sekolah..”
Uwais masih belum berpuas hati.Dia tak pernah jumpa manusia sombong dan berlagak seperti perempuan itu.Muka aja cantik …
Kereta mewah itu meluncur pergi.
“Tak payahlah marah bang,sikit aja…lagipun,motosikal abang pun tak rosak kan? Anis memujuk Uwais.
“Bukan apa Anis..patutnya dia minta maaf..”
“Kan diorang dah minta maaf..”
“Itu adik dia..kakak dia tu buat muka tak bersalah jek..sombong pulak tu.Anis kenal ke adik tadi tu?”
“Kenal..Hannah Mastura,kawan sekelas Anis bang…tadi tu,kakak dialah agaknya,setahu Anis kakak dia tu baru balik dari UK”
“Patutlah,dia ingat jalan kampung kita ni sama macam kat UK  tu…”
Uwais menggeleng.Mujurlah mereka tak cedera tadi.

SUAMI YANG KUBENCIWhere stories live. Discover now