Ruang

26 3 3
                                    

Nafasku memberat, hembusan demi hembusan aku lepaskan. Badanku mula terasa bahang akibat adrenalin ku menderu laju bak belangkas. Aku cuba berkali-kali untuk menggerakkan tubuhku namun gagal. Aku cuba untuk membuka mata, tetapi aku tidak nampak sedikit cahaya langsung, gelap segalanya.

Di manakah aku ?

Bunyi deruan angin menangkap masuk ke halwa pendengaranku. Kejang tubuhku seketika, naik segala urat di tubuhku, dingin meresapi nadi-nadi yang berdenyut di saat angin halus itu menerpa.

Aku masih lagi tidak mampu bergerak.

Dan kelu.

Aku terdengar lagi bunyi hembusan angin yang agak dekat dengan mukaku. Kali ini aku mula terasa bagai oksigen ditarik-tarik, sehinggakan aku tidak dapat bernafas dengan sempurna.

Aku di mana ! Adalah aku sudah mati ? Tidak mungkin, ini semua mimpi. Aku mencuba untuk membuka mata, tetapi gagal lagi. Ah, aku letih.

Aku seolah-olah berada di ruang yang tidak berpenjuru, tiada jalan keluar, tiada hala masuk.

Apa yang aku cuba sampaikan ini ? Oh, nanti. Aku rasa aku sudah berjaya membuka mataku sedikit. Cahaya terang membuatkan mataku sedikit silau.

Ada sepasang mata sedang merenungku, aku melihat wajah manusia, yang merenungku. Matanya besar, merenungku. Aku mula resah. Wajahnya tiada senyuman. Tiada ekspresi. Sekali lagi aku terasa hembusan dingin di sini.

Oh, ternyata dari tadi manusia ini yang menghembuskan nafasnya ke arahku. Dia masih lagi memandangku. Hmm, jadi dia mampu melihatku jugakah ?

Hello ? 5, 4, 3, 2, 1...

Hello ?

Manusia ?

Hmmmm.

Aku tidak sendirian, bukan ? Aku ada peneman. Manusia inilah penemanku. Manusia yang sedang merenungku ini.

Hey nanti, dia sedang membaca fikiranku bukan.

Hello ? Manusia ?

Kenapa kau tidak sahut ?

Engkau, yang sedang merenungku ini, adalah penemanku. Kan ?

Ya, engkaulah. Engkau yang sedang membaca luahan kepalaku. Yang sedang menggerakkan anak matamu ke kanan dan ke kiri. Yang sedang menarik nafas dengan selesa. Yang sedang memegang phone, berada di sebuah ruang yang selesa, di sebelah sana.

Kau baca dalam diam kan luahanku ini ? Jadi kau tahu apa yang terjadi, bukan ? Ternyata aku tersekat di ruang ini. Kau ada di sana kan ? Hehe.

Boleh bantu aku ? Keluar dari ruang ini ? Aku merasa tidak seronok andai aku tersekat di sini. Aku juga mahu keluar, berseronok seperti kau.

Selesa.

Hey, jangan tinggalkan aku. Okay ? Dan aku harap kau jauhkan sedikit wajah kau. Aku sejuk akibat hembusan nafas kau. Oh ya, di belakang kau itu kawan kau ya ?

Hello.

Oh, dia senyum. Kenapa engkau tidak mahu senyum kepadaku ? Sombong. Dasar sombong. Aku mampu melihat ruang-ruang persekitan kau dengan jelas. Ah, nasib baik aku dapat melihat. Andai aku tidak dapat melihat, sudah pasti aku bosan.

Kawan kau mahu ke mana ? Wah.

Hello kawan, macam mana engkau boleh naik di atas dinding ?

Sapta ImajiWhere stories live. Discover now