Cermin

105 12 2
                                    

"Hey, wake up. I need you,"

Nafasku menderu kuat, cuba menstabilkan pernafasan dengan keadaan yang baru diadaptasi dengan sistem kawalan saraf tubuh dan otot miokardium. Tubuhku terasa sengal akibat dari jangka masa lenaku yang agak panjang. Rentak jantungku normal, masih berfungsi seperti biasa.

Kepalaku terasa berdenyut-denyut, mataku seakan-akan dicucuk oleh garfu. Deruan nafas menghela berat di telingaku, membisikkan sesuatu yang masih belum dapat aku tafsirkan dengan terperinci. Aku menggerakkan bebola mata, menarik nafas panjang dan mengerdip kelopak mata perlahan-lahan.

Retinaku cuba menangkap bayangan yang dibentuk oleh lensa mata agar dapat membiaskan cahaya yang mula jelas dipaparkan.

Sepasang anak mata berwarna merah memandang tepat ke anak mataku. Aku terkedu untuk beberapa saat sehingga aku lupa untuk bernafas. Farinks ku agak kelat. Bukan kerana matanya, tapi kerana dia hanya memiliki kepala sahaja. Badan dia melayang pergi mana?

Omg.

Tubuhku terlantar di satu katil magnetik yang terapung. Ruang persekitaran ini berbeza dari apa yang pernah aku lihat di duniaku. Ruang dalaman ini segalanya putih dan dipenuhi sistem-sitem mekanikal dan mesin yang berkuasa tinggi.

Kepala yang memiliki mata merah itu terbang ke arah mesinnya dan melakukan sesuatu. Ke kiri, ke bawah dan ke atas, ligat sahaja kepala bodoh itu fly.

Tiba-tiba sahaja satu skrin muncul di hadapanku. Paparan anatomi manusia menerpa di skrin itu. Ianya menunjukkan label kesihatan fizikal dan jenis darahku. Tanda check mark hijau terpampang di hadapan skrin dan automatik paparan itu turut hilang.

Mataku meliar ke arah wayar-wayar di lehernya menggelibas ke kiri dan kanan. Kepala otak dia, ingat seksi ke.

Aku mengerutkan dahi, agak mual jika melihatnya dari segi pemikiran yang waras. Mana mungkin kepala manusia boleh terbang seperti lipas, bukan?

Tiba-tiba sahaja sepasang kaki dan tangan berterbangan di ruang itu. Tubuhnya turut terkedek-kedek mengikuti rakan-rakan anggotanya. Kini, di hadapan mataku berlakunya aksi mual yang spontan. Tubuhnya dicantumkan, kepalanya berpusing-pusing untuk seketika dan kini berdirinya seorang manusia—em robot yang berwajah manusia dihadapanku lengkap dengan anggota tubuhnya.

Aku telah menyaksikan adegan lucah di abad ke-89. Mataku terasa ingin mengalirkan air mata asid.

Dia tersenyum kecil dan berdehem. "Hello Diana," Soalnya. Aku melongo seketika dan mengangguk kecil.

"Nama saya Oli dan saya akan bantu awak kalau ada apa-apa yang awak tak faham," Oli berkata dan duduk di hadapanku. Tangannya dihulurkan. Dan binatang ini duduk secara terapung. Ah, benak otak aku. Tangannya aku salam-salam ayam sahaja.

"Oh okay. Aku kat mana eh? Kau ni pulak siapa? Why is this place seems very pundek and so weird. Aku perlukan s—" Ayatku terhenti tatkala mata Oli berputar-putar.

Oli menggeleng kepalanya dan tersenyum kecil. "Let me check a few things first before I answer all your questions,"

Aku mengangguk dan menyilang tangan di dada.

"Hael Diana Wong, is that your name?" Aku mengangguk dan menepuk pehanya. "Panggil aku Dee je lepasni. Baru glemer sikit,"

Sapta ImajiWhere stories live. Discover now