Chapter 00: Part 2

305 8 0
                                    

          " Baiklah! Memandangkan semua peserta sudah berada di sini, bolehlah cikgu berikan taklimat..." ujar Cikgu Ringo sambil menepuk tangannya. Haruka memandang sekeliling, dia sangkakan ramai yang akan menyertainya, tetapi, sangkaannya meleset. Hanya dia dan Aiko mewakili kelas A, manakala yang bakinya pelajar dari kelas lain. 

          " Sensei!" suara Aiko mencelah ditengah taklimat itu, seraya seluruh peserta memandang dia. Tak terkecuali Haruka yang berdiri di hadapannya. Aiko seorang gadis kecil molek, berkaca mata bujur dan berambut hitam berkilat yang pendek. Dalam tangannya terdapat fail merah berpelekat tulisan 'Akko' di belakang failnya. Dia sendiri tak pasti apa yang dimaksudkan dengan tulisan tersebut.

          " Ya, Ozawa-chan?" tanya Cikgu Ringo, menanti soalan dari Aiko.

          " Dalam poster di Dewan Makan ada nyatakan yang lagu ini dicipta untuk seorang penyanyi popular...siapa penyanyi popular tu?" tatkala itu, baru peserta-peserta teringat tentang poster itu. Ya, seperti apa yang dikatakan Aiko, mereka perlu menulis lagu untuk siapa sebenarnya?

           Senyuman mekar terukir pada wajah Cikgu Ringo; manis dan comel. Kadang kala terdetik juga dalam jiwa Aiko alangkah bagusnya kalau Cikgu Ringo itu seorang 'gadis sejati'. Tetapi, dengan berkat wajahnya yang comel itu, mesti dia popular dalam kalangan lelaki dan perempuan tak kira dia pakai baju lelaki atau perempuan.

            " Itulah yang akan saya jelaskan, sebenarnya kamu bukan perlu cipta untuk penyanyi ini, tapi, ini merupakan hadiah bagi pemenang, tapi, kamu boleh juga anggap sebegitu..." ujar Cikgu Ringo. "...dan kalian pasti kenal penyanyi ini!"

          Pelbagai anggapan bermain di minda setiap peserta. Membayangkan siapa agaknya gerangan penyanyi yang dimaksudkan cikgu. Kalau hendak disenaraikan penyanyi popular, ramai penyanyi popular sekarang ini.

          " Siapalah sensei?" , Aiko penat menunggu jawapan Cikgu Ringo. Cikgu Ringo berdekit-dekit melihat muka tak sabar-sabar Aiko.

          " Penyanyi yang saya maksudkan ialah...."

          " HA-YA-TO!" ujarnya, sambil mengenyitkan matanya. Aiko terbeliak mendengar nama tersebut. Hayato? Betulkah? Atau telinganya salah dengar? Hayato...abang kembar Ichinose Tokiya dari Kelas S itu? Sebentar! Bukan dia merupakan idola Haruka? Pasti Haruka terkejut beruk! 

          " Dengar tu Haruka? Awak kena tulis untuk Haya...erk!" terperanjat Aiko melihat reaksi Haruka, matanya bersinar-sinar. Dengan wajahya yang berseri-seri, pipinya kemerah-merahan dan senyuman lebar yang terukir di wajah gadis itu. Terbatal niat dia ingin menyindirnya. Teruja betul nampak! Bisiknya dalam hati.

           Aiko menghela nafas. Secara jujurnya, dia pun sebenarnya salah seorang peminat Hayato secara rahsia; tapi tidaklah se-obses Haruka. Tiba-tiba, bait korus lagu Hayato kegemarannya bermain dalam mindanya.

          Kimi ga negau koto no zenbu ga hoshi ni naranai kamoshirenai

          Dakedo shinjiru yume de areba

          Ikusen aru 「yozora no ichiban kirameku hazu no houseki」 saa

          Ya, lagu yang hangat dan sentiasa meremangkan bulu romanya setiap kali dia mendengarnya. Dia akui, dia tewas kepada lagu itu. Tidak kira dari segi muziknya, liriknya...mahupun suara lunak Hayato itu sendiri...selama ini dia tak pernah membayangkan untuk menulis sebarang lagu kepada lelaki itu...tetapi...jika ada peluang, dia ingin mencubanya.

          " Mesti hebat dengar Hayato nyanyikan lagu ciptaan saya!" ujar Aiko, lantang. Haruka tersentak mendengar kata-kata Aiko, dia memandang gadis itu. Dia dapat rasakan dirinya tergugat apabila melihat kesungguhan dalam mata Aiko.

          " Kenapa, Haruka? Takut? Masih sempat kalau nak undur diri...", provok Aiko apabila menyedari Haruka memandangnya. Haruka tersentap mendengar sindiran Aiko.

          " Ten...tentulah tidak! Saya akan pastikan Hayato nyanyikan lagu saya!" tekad Haruka. Aiko tersenyum sinis; jadi ada juga 'tamak' dalam diri Haruka ini...bisik hati kecil Aiko.

          " Tak sabar nak tunggu hasilnya..." dia menyahut cabaran Haruka. Cikgu Ringo yang tadi hanya memerhatikan mereka berasa kagum melihat semangat membara mereka. Dia turut tidak sabar melihat siapa bakal menang antara persaingan mereka berdua!

Inilah irama kamiWhere stories live. Discover now