Chapter 00: Part 5

268 3 0
                                    

          Meskipun idola utama kegemaran peminat belum membuat kemunculan. Namun, kehangatannya dan sorakan para peminat benar-benar memberangsangkan! Tiket konsert tersebut turut laris dijual dalam tempoh hanya seminggu, dan majoriti peminat yang berada di bawah pentas tersebut merupakan pelajar Akedemi Saotome. Almaklumlah, lagu yang bakal didendangkan sebentar nanti merupakan hasil daripada penuntut di akedemi berprestij itu.

          " HA-YA-TO! HA-YA-TO! HA-YA-TO! ", antara sorakan yang boleh didengari. Sorakan itu semakin galak sebaik sahaja idola mereka muncul di atas pentas.

          " Apa khabar semua?" sapa Hayato. Suaranya bergema di seluruh kawasan konsert. Kedengaran sorakan "Baik" datang dari arah peminat.

          " Terima kasih kerana sudi menghadiri konsert mini saya hari ini...dan sekarang saya ingin menyampaikan single terbaru saya hasil oleh pelajar Akedemi Saotome...", usai kata-katanya. Sorakan pelajar-pelajar Saotome mengiringi. Sememangnya membingitkan!

          " Terimalah...Heart of Masquerade..." lampu pentas dimalapkan, sorakan peminat turut mula reda, seluruh kawasan pentas menjadi gelap, hanya lampu LED milik peminat dengan aneka warna yang masih menyala...

          Sebaik sahaja muzik dimainkan, seraya itu juga lampu sorot menumpu ke arah satu-satunya tubuh di atas pentas. Perlahan-lahan, Hayato mencelikkan matanya, dan menghulurkan tangannya...

          " Walking through the small dark strada...

           I can see the dim luce at the end...

          Try to crawl to reaches those the luce..."

          Sementara di belakang pentas, kelihatan dua orang gadis yang menonton Hayato menyanyi dari kaca televisyen di belakang pentas. Satu orang sangat teruja menonton persembahan itu, sementara seorang lagi tampak tenang.

          " Nanami, Ozawa", satu suara garau menyapa mereka dari belakang. Lantas mereka memaling.

          " Tu...Tuan Pengetua!" gugup Haruka melihat pengetua Akedemi Saotome itu mendekati mereka. Beliau melemparkan senyuman kepada mereka.

          " Tahniah kalian berdua because telah memenangi pertandingan ini...", ujar beliau penuh rasa bangga terhadap mereka. Mereka saling berpandangan apabila dipuji Tuan Pengetua.

          " Saya admit, lagu ini benar-benar fantastic! Idea kalian sangat bernas, dengan memasukkan beberapa words bahasa Italy dalam liriknya. Lagunya juga sungguh melodious dan rythymnya mengasyikkan!! " ulas Tuan Pengetua. Haruka dan Aiko tersenyum.

          " WALAUPUN! Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan niat kalian for work together hasilkan this song...saya nak lihat talent kamu yang sebenar dan hasil original dari kalian berdua...SENDIRIAN!", tegas beliau, nadanya naik turun. Air muka Haruka dan Aiko berubah suram.

          “ Tetapi, kali ini saya izinkan, ONLY FOR THIS TIME! Next time...tiada kompromi, faham?” tegas beliau. Kemudian, dia melemparkan senyuman.

          “ Good luck untuk debut graduasi nanti! Saya tak sabar ingin listen hasil kalian...”, ujarnya, sambil melangkah pergi, beliau sempat melambaikan tangan sebelum hilang dari pandangan mereka. Secara jujurnya, jarang pengetua mereka muncul secara ‘normal’ seperti itu; tegur dari belakang, dan berkata dengan normal. Walaupun bahasanya masih ‘rojak’, tetapi, nadanya kurang berlagu kali ini. Biasanya beliau penuh dengan kejutan. Mungkin kerana mereka bukan berada di akedemi?

Inilah irama kamiWhere stories live. Discover now