Chapter 00: Part 4

262 4 0
                                    

          "Eh? Awak nak ke mana Haruka?" tegur Tomochika sebaik melihat Haruka tergesa-gesa. Gadis itu baru sahaja tiba ke kelas, sudah hendak keluar balik?

          " Ah, Tomo-chan...saya nak jumpa Ringo-sensei, nak tanya pendapat tentang lirik saya...", ujar Haruka, usai dia berkata, langsung dia hilang dari pandangan Tomochika. Tomochika tersenyum, dia gembira melihat Haruka yang bersemangat seperti itu. Ternyata dia benar-benar memegang impiannya mencipta lagu untuk Hayato.

          Selepas hampir lima minit berjalan, akhirnya dia tiba di bilik guru. Matanya melilau mencari guru kelasnya itu. Dia ternampak kelibat gurunya di sebuah ruangan khas untuk pelajar bertemu guru, dia tertanya dengan siapakah gurunya berbincang. Lantas, langkahnya dibuka mendapatkan guru kelasnya itu.

          " Ah! Nanami-chan!" tegur Cikgu Ringo sebaik sahaja ternampak gadis itu berjalan mendekatinya. Tatkala itu, persoalannya terjawab sebaik sahaja dia ternampak rakan sekelasnya dan juga pesaingnya; Ozawa Aiko, berdiri menghadap guru kelas mereka.

          "  Um...Sensei...boleh tolong tengokkan lirik saya?" tanya Haruka, dengan lembut. Cikgu Ringo tersenyum lebar.

          " Wah! Awak pun sudah siapkan? Memang kalian berdua ni hebat! Baru semalam saya berikan tugasan dan taklimat, pagi ni dah kamu siapkan! " puji Cikgu Ringo sambil memandang kedua-dua anak didik kesayangannya itu. Haruka tergamam...

          Jadi...Aiko pun sudah siapkan lagu? Dan, sensei sedang periksa lagu dialah sekarang? Bisik hati kecilnya. 

          Aiko benar-benar maksudkan bila dia kata yang dia ingin mendengar Hayato menyanyikan lagunya. Lihat saja, dalam satu malam, gadis itu telah siapkan lagunya. Dia sedar, Aiko bukan calang-calang pesaing, dia tak boleh sambil lewa jika sudah tekad bersaing dengannya. Tampaknya, impiannya untuk mencipta lagu untuk Hayato bukan mudah seperti disangkakannya.

          Haruka memandang Cikgu Ringo bila beliau beralih dari lirik Aiko kepada liriknya setelah selesai memeriksa lirik Aiko. Mereka berdua sabar menanti ulasan cikgu mereka.

          " Eh?" Mereka tergamam, kehairanan melihat reaksi Cikgu Ringo. Cikgu Ringo menatap lirik Aiko, bersilih ganti pandangannya dari lirik Aiko dan lirik Haruka. Dahinya berkerut.

          " Ke...kenapa sensei?" tanya Aiko, dia kehairanan. Dia memandang Haruka, Haruka sendiri tidak jelas dengan situasi itu hanya mampu mengangkat bahu.

          " Kenapa lirik kalian lebih kurang? Dua-dua tema sama, dua-dua guna 'topeng' sebagai fokus...hmm? Kamu menirukah?" tersirap darah mereka mendengar komen mendadak Cikgu Ringo. Berkerut seribu dahi mereka dibuatnya. MENIRU?!

          " Mustahil!!" bidas Aiko, tak percaya.

          " Betul, tengok dalam lirik kamu ni...", Cikgu Ringo menyerahkan lirik mereka masing-masing. " Benarkah ini idea asal kalian masing-masing..?" soalan itu tajam menusuk ke lubuk jantung Aiko.

          " MESTILAH! Buat apa saya tiru dia..." bentak Aiko. Ya! Buat apa profesional macam dia sibuk nak tiru amatur macam Haruka? Lagipun, malam tadi dia dan Haruka langsung tidak bertemu, malahan bilik mereka jelas berlainan aras. Masakan? Tak tahulah kalau Haruka ada ilmu gelap? Ada ke?

          " Tentulah...ini hasil asal..." jawab Haruka; lemah. Dia tak terkecuali tersinggung dengan kata-kata Cikgu Ringo. Ada pula dituduhnya meniru? Semalaman dia cari bahan dari perpustakaan hingga bilik, dari selepas sekolah hingga lepas tengah malam. Bila masa pula dia hendak meniru Aiko? Dan dia pasti Aiko sependapat dengannya!

          " Jika begitu, kiranya kebetulanlah ni? Hebat kamu ni...ada telepatikah? Tapi...kalau kamu berdua nak pertandingkan dengan lirik yang punyai tema dan idea yang sama, ianya sukar. Saya pasti kamu sependapat dengan saya, kan? Tidak apalah, Ozawa, Nanami, ada masa lagi kalian nak buat baru. Saya rasa baik kamu buat semula...bila dah siap nanti berikan pada saya ya? Takut bertembung lagi...", usai kata-kata itu, Cikgu Ringo berlalu meninggalkan mereka. Mereka hanya kaku membisu sambil refleksi diri masing-masing.

Inilah irama kamiWhere stories live. Discover now