12

1.6K 241 8
                                    

"Kapten, kami nak tanya sikit boleh?" Tanya seorang pramugara dengan ragu-ragu. Hazi mengangkat wajah. Pandangan mata diberi sebagai jawapan.

Mereka yang di sana berpandangan seketika sebelum lelaki itu menyoal, "Kapten...Tak pergi majlis nikah Audrey, ke?"

Terus terhenti tangan Hazi dari mengambil bagasi. Dikilas wajah mereka di sana yang masih memandang ke arahnya dengan senyuman janggal. Mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu bekerja. Tetapi, tidak sangka pula sahabat baik kepada wanita itu sendiri tidak dikecualikan. Bukankah hubungan antara Hazi dan Audrey terlalu akrab untuk tidak menghadiri majlis penting sebegitu?

"Ah," Hazi mendecik kasar. Disebabkan oleh salah faham antara mereka membuat Hazi terlupa tentang majlis pernikahan Audrey. Dia sepatutnya berada di sisi Audrey untuk menyalurkan sumber kekuatan. Tetapi sebaliknya, sekarang dia mendarat di lapangan terbang di Indonesia membuat perjalanannya semakin jauh jika ingin berangkat ke Malaysia sekarang.

Ting! Getaran di telefon menggamit perhatian Hazi. Dia toleh ke skrin telefon dalam pegangan itu.

Reminder:

Today is Audrey's big day.

Terpapar notifikasi dari aplikasi Reminder. Hazi menghela nafas berat. Lirikan beralih ke mereka yang masih tercegat di hadapannya.

"I akan request pilot pengganti dari HQ." Ringkas bicara dari Hazi tetapi serta merta difahami oleh mereka.

"Baik, Kapten." Lalu mereka bersama-sama menunduk kecil sebelum Hazi melangkah keluar dari kapal terbang. Mata-mata setia memerhatikan Hazi dari jauh.

Terasa pinggang dicuit. "Seriuslah? Majlis akad nikah kawan sendiri pun boleh lupa?" Bisik pramugari di sebelahnya.

"Nasib baik you ingatkan dia, Kamal. Kalau tak, memang putus kawanlah jawabnya." Mereka yang lain mengangguk setuju.

"Betul-betul workaholic hinggakan majlis penting macam tu pun boleh terlepas," Seorang lagi wanita menggeleng.

"Bukan kau tak kenal, Kapten Hazi tu macam mana. Dia kalau boleh, makan pun boleh lupa bila bekerja. Boleh kira berapa kali aku nampak dia makan walaupun penerbangan yang jauh. Paling-paling dia makan salad bowl dia je. Tak pernah lagi aku nampak dia makan makanan berat yang disediakan untuk pilot." Kamal sering menjadi anak kapal kepada Hazi sejak dua tahun lalu. Jadi, boleh dikatakan dia cukup kenal sifat kapten mereka itu.

"I rasa I kena ikut tips diet dari Kapten Hazi. Barulah ada body sexy macam dia," Wanita di hadapan Kamal bercekak pinggang. Tubuh ramping Hazi sememangnya idaman setiap wanita. Dia tidak tahu rahsia Hazi sehingga Kamal menyatakannya.

"Pergi kenduri pun melantak nasi dua pinggan. Ada hati nak ikut Kapten Hazi," Terus memuncung panjang dia jadinya apabila rakannya menyatakan kebenaran itu.

"With that personality, I refused to belived she's someone's girlfriend," Datang pula lagi seorang pramugari Cina mencelah perbualan mereka. Dari tadi dia memasang telinga.

"Kan?!" Sahut mereka serentak. Mereka juga enggan percaya apabila mendengar khabar berita yang mengatakan kapten mereka ada hubungan romantik dengan salah seorang pemain bola sepak ternama di Malaysia.

Televisyen pun kapten mereka tidak tengok, apatah lagi permainan bola sepak. Entah bagaimana pasangan itu bertemu. Sungguh diluar jangkaan.

"Kau orang rasa macam mana dia orang dating? Sudahlah dua-dua sibuk dengan kerja. Sorang duduk atas awan enam hari semingga, sorang lagi beratapkan padang bola. Silap hari bulan, nak jumpa seminggu sekali pun susah," Perbincangan semakin hangat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now