03

2.5K 263 18
                                    

Kuala Lumpur International Airport, Malaysia

"Okay boys! get ready, the bus already waiting for us. Remember, you may greet your fans but don't take any presents. Got it?" pesan Coach Aaron yang bercekak pinggang di hadapan. Di kiri dan kanannya ada jurulatih yang lain.

"Yes, Coach!" sahut mereka beramai-ramai. Masing-masing sudah bersedia dengan bagasi dan beg galas. Kesemua pemain menggunakan beg berjenama Nike memandangkan mereka ditaja oleh syarikat tersebut. Namun, hanya ketua tim mereka sahaja enggan memakai beg itu. Katanya, nampak murah.

Menariknya, penaja tidak memarahi atau memberi amaran kepada Zayn kerana tidak menggunakan beg tajaan syarikat. Kerana apa? kerana mereka tidak mahu kehilangan Zayn Chester sebagai duta mereka. Asalkan wajah Zayn masih dapat dipapar di cawangan-cawangan mereka.

Harimau Malaya bakal turun ke lapangan terbang dan disambut dengan meriah oleh penyokong tegar mereka. Lima minit lalu, mereka mendapat tahu bahawa penyokong-penyokong mereka sudah menunggu ketibaan mereka sejak dua jam lalu. Ada yang membawa bendera Malaysia. Rata-rata juga memakai jersey pasukan mereka. Ada juga sepanduk yang tertulis "MALAYSIAN HERO" dan "CONGRATULATION MALAYA BOYS"

Mereka turun eskeletor. Dari sudut pandangan mereka, ada ramai orang memakai baju berwarna hitam dan kuning. Mereka menyorak sebaik saja melihat wajah mereka. Gabungan sorakan bergema di segenap ruang lapangan terbang. Pelancong yang lalu lalang turut berpaling arah ke arah mereka.

Zayn mendahului pasukan. Dia berdiri di hadapan sekali memandangkan dia kapten pasukan. Di sisinya ada para jurulatih yang terdiri kira-kira lima orang serta beberapa orang petugas. Mereka tiba di Malaysia tepat pada waktunya biarpun mereka perlu menaiki kapal terbang yang berasingan.

Sinaran lensa kamera datang dari pelbagai arah. Para wartawan turut menghadirkan diri. Mereka melaung kuat nama pemain kegemaran mereka. Jejaka-jejaka yang memakai jaket Harimau Malaya itu sungguh menarik perhatian.

Seperti biasa, apabila menghadap peminat, separuh dari mereka pergi menghampiri peminat-peminat tersebut dan ada yang bergambar serta menanda tangan mengikut keinginan peminat masing-masing. Namun mereka perlu melakukan semua itu dengan pantas kerana bus pribadi mereka sedang menunggu.

"Crazy bitches," gumam Hazi dari tingkat atas. Anak mata tunak memandang situasi di bawah sana yang berubah riuh rendah sebaik saja pasukan bola sepak kegemaran mereka tiba di lapangan terbang.

"Zee?" satu suara garau mencelah dari arah belakang. Serta merta terkatup kelopak mata Hazi. Nafas berat dihela.

"Right. Another bitch," Hazi ukir senyuman palsu. Terasa bahunya dicuit. Hazi toleh ke belakang. Tiada respon, hanya jelingan tajam.

"Alamak garangnya dia!" lelaki itu berpura-pura takut sebelum menghamburkan tawa besar.

"Kau buat apa di sini?" soal Hazi dengan nada yang menyampah. Seorang lagi manusia yang dibenci oleh Hazi. Hael Theron.

Percaya atau tidak, lelaki yang merupakan sepupunya itu adalah calon suaminya. Angkara siapa lagi jika bukan datuk tercinta. Lelaki berusia itu tidak henti-henti memintanya mencari bakal suami. Katanya, Hazi bakal meningkat 30 tahun tidak lama lagi. Risau jika cucu kesayangannya itu jadi anak dara tua.

"Pick you up," Hael turunkan kaca mata hitamnya lalu diselit ke kolar. Pandangan mereka berlaga.

Terlepas tawa sinis Hazi. "With that Porche?"

Tubuh menghadap Hael yang berdiri statik itu. Kedua-dua belah tangan dibawa silang ke dada. "You really think I'll follow you with that cheap car?" kening dikerut.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now