04

2.7K 271 27
                                    

Lipatan selimut dikemaskan. Kemudian tilamnya pula ditepuk-tepuk. Biar agar kelihatan kemas dan bersih. Lalu langkah diorak merapati pintu lut sinar yang menampakkan tempat rehat dari dalam bilik.

Jam tangan dikilas. Pemandangan matahari terbit menjadi tarikan. Pohon tinggi di bawah sana ditiup oleh angin pagi. Seusai solat subuh, Zayn tidak dapat tidur. Sedangkan tubuhnya sangat lelah selepas pulang dari lapangan terbang. Bagaikan orang kehilangan roh. Dia sepatutnya mendapatkan rehat yang cukup sebelum pulang ke Johor dan kembali ke sesi latihan.

Bosan. Jadi Zayn terfikir ada bagusnya juga jika dia membaca buku pada jam sebegini. Kata orang, waktu yang paling bagus untuk fokus adalah waktu pagi. Ditemani tuala mandi yang masih melingkar di leher, punggung melabuh duduk. Sesekali dia bergerak ingin mendapatkan posisi yang bagus untuk membaca. Lalu, kaki disilang. Tunak mata meliar pada muka surat yang terdapat di buku motivasi.

Telefon yang sedia ada di dalam poket itu dikeluarkan lalu diletakkan pada tepi sofa. Kira-kira sepuluh minit Zayn fokus membaca. Namun hanya mata saja ke arah buku. Otaknya berada di tempat lain.

Zayn yang pegang buku dengan sebelah tangannya itu langsung letak bukunya ke tepi. Digantikan dengan telefon. Dia buka App Store dan mencari satu aplikasi. Seketika, dia menanti sehingga aplikasi itu dimuat turun.

Apabila ikon berwarna unggu itu selesai dimuat turun, pantas jari Zayn membuka aplikasi tersebut. Percaya atau tidak, hati Zayn tiba-tiba terdetik untuk memuat turun Instagram. Buat pertama kali dia masuk ke dunia yang sebenar. Selama ini seakan-akan berada di bawah tempurung.

Jari memilih butang "create account". Seusai itu, dia perlu meletakkan nama pengguna dan kata laluan jika ingin teruskan proses membuka akaun.

Dengan sekali cubaan, nama pengguna "zaynchester_" berjaya dimiliki. Zayn teruskan dengan mengisi kata laluan.

Dahi sedikit berkerut. Ada beberapa halaman yang dia perlu teruskan sebelum dapat menggunakan aplikasi tersebut. Sekarang faham mengapa Zayn tidak mahu memiliki akaun di sosial media?

Bukan saja menyusahkan, tetapi melalaikan.

Butang "search" dicari. Jari menari, menulis seorang pengguna akaun.

Hazimarilyn.

Tidak dijumpai. Sekali lagi zayn cuba mencari akaun milik Hazi. Mengapa? dia sendiri tidak pasti.

CaptainHazi.

Salah. Bukan itu juga. Zayn keluh kecil. Bagaimana dia ingin mencari akaun milik Hazi?

Kepala menyandar ke sofa.Pada masa yang sama, mata pandang ke atas. Mencari jalan penyelesaian.

Tidak lama merenungkan nasib, Tiba-tiba telefon Zayn bergetar. Satu panggilan masuk. Nama tertera "Athan" di skrin. Telefon dibawa rapat ke telinga.

"Hm," hanya deheman keluar dari Zayn.

"Bro, kau free sekarang?" soal Athan di hujung talian. Seketika, Zayn kilas jam tangan.

"Not sure, why?" soal Zayn dengan dahi yang berkerut. Macam tahu-tahu saja dia masih ada di Kuala Lumpur.

"Aku nak minta tolong kau pick up baju kahwin aku," Athan meleretkan nada. Bersungguh-sungguh inginkan pertolongan rakannya.

"No—"

"Please Zayn, aku ada di Thailand ni. Lusa baru aku balik." kehidupan seorang juruterbang. Jadual penerbangannya tidak menentu. Jika tadi dia di Malaysia, dalam sekelip mata dia sudah berada di awangan.

"Then pick up after you back," apa susah? perkara mudah, mengapa perlu dirumitkan?

"Tak boleh, Zayn. Nanti Audrey bising. Kau tau dia macam mana, kan?" Zayn mengeluh panjang.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now