06

2.5K 251 32
                                    

    Setiap kali mereka melintasi orang ramai, pasti ada yang menoleh arah ke mereka. Namun Hazi dan Zayn tidak endahkan mata-mata itu. Mereka berdua hanya kekal dengan raut wajah biasa. Tidak menunjukkan sebarang riak sama sekali.

Tidak dinafikan bahawa Hazi berasa kurang selesa apabila menjadi perhatian orang ramai. Sebelum ini, dia dapat pergi ke mana-mana sahaja tanpa diperhatikan. Sekarang, setelah Zayn muncul dalam hidupnya, setiap pergerakan seperti dikawal. Dia tidak bebas bergerak.

Hazi yang tampil dengan raut sombongnya berjalan bersama kedua-dua belah tangan memeluk dada. Dagu direntap sedikit ke atas. Tidak toleh ke kiri atau kanan. Mata fokus ke hadapan. Dapat dia rasakan jarak Zayn semakin rapat dengannya.

"Jangan dekat dengan aku," gumam Hazi dalam nada bisikan membuat Zayn seorang sahaja dapat mendengarinya.

Sedangkan Zayn membiarkan amaran Hazi seperti angin lalu. Kedua-dua belah tangan menyeluk poket seluar. Sebaliknya, dia semakin merapatkan jarak antara mereka. Bibir terangkat sinis. Sesekali Zayn kilas wajah merah menahan marah Hazi di sebelah.

"Too bad."  kata Zayn dengan tenang.

Hazi genggam buku lima. Sabar Hazi, Sabar... Ramai orang tengah tengok kau sekarang. Take care of your reputation.

"Now I regret my decision."  kemudian, Hazi bergerak lebih pantas. Ingin menjauhkan jarak mereka. Namun malang bagi Hazi, Zayn turut mengekori langkah pantasnya.

Apabila Hazi menghentikan langkah, Zayn turut melakukan perkara yang sama. Anak mata mereka bertembung. Masing-masing menayangkan wajah bosan. Seketika, Hazi memberi senyuman palsu.

Tapak tangan Zayn dicapai. Lalu dia beri beg tangan Birkin miliknya dan suruh lelaki itu genggam dengan kuat. Zayn tidak membantah. Biar pun dia sedikit bingung. Terangkat sebelah keningnya ke atas.

"Jaga baik-baik." pesan Hazi bersama senyuman misteri. Lalu mata beralih ke pengawal pusat beli belah yang memakai uniform putih. Lelaki itu berdiri tidak jauh dari mereka. Hazi sembunyi senyuman sinis.

"Help! ada orang ragut beg I !" bersama wajah cemas, Hazi berlari ke arah pengawal itu. Dia menyorok di belakang lelaki itu sambil menggigil ketakutan.

Buat seketika, Zayn tergamam. Lidah menolak dinding pipi. Lirikan turun pada beg milik Hazi dalam pegangannya. Dia menggeleng, kesal. Orang sekeliling mula memberi perhatian sepenuhnya pada Zayn.

"Crazy woman," Zayn mendecik geram. Pengawal itu datang ke arahnya. Sisi mata menangkap figura Hazi yang masih berdiri di sana.

"Sir, please hand out her bag." pengawal itu cuba ambil beg Hazi dari pegangan Zayn. Tetapi terlebih dahulu Zayn menjauhkan beg itu ke paras kepala.

Anak mata Zayn singgah ke arah Hazi seketika. Apabila mata mereka bertembung, Hazi melempar jelingan tajam.

Sebelah tangan menyeluk poket seluar. Oh wanita itu cuba mengenakannya...

"Sebelum saya buat tindakan--"

"Love! " tangan yang diseluk ke dalam poket tadi kini melambai ke arah Hazi. Serta merta membulat luas biji mata Hazi. Dia pandang sekeliling dan benar, orang ramai memandang ke arahnya sekarang.

Zayn menunduk hormat ke pengawal keselamatan itu. Bibir sembunyi senyuman sebelum berubah ke senyuman kecil.

"Forgive me. My wife still recovery from her coma. She barely know her own husband. Behalf of my wife, I'm sorry." tutur Zayn dengan ikhlas biar pun ia hanyalah sebuah penipuan semata-mata.

"Ouh really?! Oh my, I'm so sorry, please take your wife with you." pengawal itu sedikit terkejut dengan kenyataan sebenar. Lalu dia separa tunduk, menunjukkan rasa hormat. Zayn hanya angguk kecil kemudian mengorak langkah merapati Hazi. Wajah melempar senyuman puas hati.

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲Where stories live. Discover now