Bab 14

38 1 0
                                    

"Iris should we go now..?" Muka Zairil kelihatan merah sedikit dan suaranya kedengaran lebih lembut. Iris mengangguk dan mengambil beg tangannya lalu mengikut jejak langkah Zairil keluar dari bilik pejabat itu.

Tapi belum lagi Zairil membuka pintu, dahinya terlanggar dengan belakang badan Zairil.

"Zairil?" Iris bertanya hairan kerana Zairil berhenti berjalan.

"Let's hold hand" mata Iris membulat terkejut dengan kata-kata Zairil. Zairil mengambil tangan kanan Iris dan menggenggamnya dengan erat. Mereka berjalan keluar dari bilik pejabat itu sambil dipandang oleh pekerja-pekerja lain. Mereka tersenyum melihat perbuatan Zairil dan Iris itu.

"Oh my.. sweet betul Encik Zairil dan Cik Iris" kata salah seorang pekerja perempuan di situ kedengaran cemburu.

"Kau pegang tangan aku je" lawak salah seorang pekerja lelaki itu sambil tertawa tawa.

"Kau? Lambat lagi aku nak pegang tangan kau" tolak pekerja perempuan itu sambil memaparkan muka geli.



"How's the food?" Tanya Zairil yang duduk berhadapan Iris di sebuah restoran mewah.

"It's good." jawab Iris sambil tersenyum dan memasukkan makanan satu per satu ke dalam mulutnya.

"Iris, apa maksud awak pagi tadi?" Iris terhenti apabila mendengar pertanyaan Zairil itu.

Dia meletakkan sudu nya ke arah pinggan.

"That night, I was alone in my room playing violin"

"I don't quite remember but baru saja Iris nak tidur ada seorang lelaki ni dia.."

Zairil melihat ke arah tangan Iris yang bergetar ketakutan. Dia menggenggam tangan Iris dan berkata

"you don't need to tell me if you don't want" Iris menggelengkan kepalanya.

"I want to tell you.. tapi Iris tak berapa ingat"   Jawab Iris dengan nada yang serius.

"Well.. takpe, nanti mungkin Iris ingat" Zairil cuba memujuk Iris.

"Tapi Iris tahu yang patut mati malam tu Iris.. bukan mama" muka Zairil berubah menjadi hairan apabila mendengar suara Iris yang sangat yakin dan rasa bersalah.

"That man.. dia kata Iris perampas kebahagiaan orang" Zairil semakin membeku kerana berasa semakin keliru dengan lelaki itu.

"Iris, that's not true" Zairil berkata dengan perlahan.

"Then.. kenapa awak berhenti main violin?" Zairil menjadi beku apabila mendengar pertanyaan Iris itu.

"Awak berhenti sebab awak nak saya menang pertandingan tu kan?" Zairil hanya mendiamkan dirinya buat seketika

"I lost interest in violin" Zairil menghulurkan senyuman tawar.

"Iris, apa yang berlaku pada saya.. it's only a good thing for me" muka Iris berubah menjadi tidak setuju dengan kata-kata Zairil.

"Are you really happy? I know you still love violin" Zairil melepaskan tangannya yang menggenggam tangan Zairil.

"Let's stop here Iris" Suara Zairil kedengaran tegas dan Iris hanya menjeling tajam ke arah Zairil dan sambung semula memakan makanannya.

Sebaik sahaja selesai makan, mereka berdua keluar dari restoran itu dan tiba-tiba kedengaran suara bunyi violin dimainkan dari jauh. Iris melihat Zairil dengan muka yang berseri dan gembira. Zairil hanya menganggukkan kepalanya faham dengan kerenah Iris. Dia tahu bahawa Iris memang suka melihat orang memainkan violin di tempat awam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Iris AireenWhere stories live. Discover now