Bab 12

39 1 0
                                    

"Iris, jom makan" Zairil mengetuk pintu bilik Iris dengan perlahan cuba untuk memujuknya. Laurea yang berdiri di sebelah Zairil turut berasa sedih dan risau dengan keadaan Iris.

"She's being like this for 3 days, locking herself without eating.." Kata Laurea ke arah Zairil.

Iris di dalam biliknya masih termenung sambil memeluk bantal nya dengan perasaan takut dan sedih. "Iris, Papa ni.. tolong lah buka pintu ni.." Kata Encik Norman yang baru sahaja sampai dengan seorang lelaki. Lelaki itu memakai kot putih dan mukanya kelihatan serius.

"Pa, who's this?" Tanya Zairil. Encik Norman hanya berdehem kecil dan lelaki itu terus menghulurkan tangannya ke arah Zairil.

"Saya Dr. Samuel, tugas saya hanya merawat Iris." Zairil menerima huluran tangan Dr. Samuel Itu.

"You guys can have a talk I will try to persuade her" jawab Laurea sepertinya faham dengan kehadiran Dr. Samuel itu.  Zairil mengangguk kecil dan terus bergerak membawa Encik Norman dan Dr. Samuel ke arah ruang tamu.

"Zairil do you still remember when I said Iris ada trauma?" Zairil mengangguk sebaik sahaja mendengar kata-kata encik Norman itu. "That's because Iris nampak mama dibunuh depan mata Iris sendiri" mata Zairil terbuka luas kerana terkejut dengan terangan Encik Norman.  Dr. Samuel hanya mengeluarkan komputer ribanya sebaik sahaja duduk di atas sofa.

"Who's the killer?" Mendengar soalan Zairil itu membuatkan encik Norman terkejut sedikit.

"Polis dah tangkap pembunuh tu.. so you don't have to worry" Sambung Encik Norman seperti ada yang disembunyikan nya.

"Zairil, take a look at this" Dr. Samuel melihatkan data kesihatan Iris yang terpapar di skrin komputer ribanya itu. Zairil melihat dan membacanya dengan sangat teliti. "As you can see.. trauma itu sebenarnya dah hilang, but I think this time-" belum sempat Dr. Samuel menghabiskan kata-katanya tiba-tiba kedengaran bunyi orang bermain violin dengan kasar dan tidak teratur datang dari bilik Iris.

Laurea yang diatas kini memanggil Zairil dengan muka penuh kerisauan. Zairil, encik Norman dan termasuk Dr. Samuel bergegas menuju ke pintu bilik Iris. Kedengaran suara mainan violin yang sangat kuat dan tajam seperti menyucuk ke telinga. Zairil cuba menolak pintu Iris dengan kuat dan akhirnya pintu bilik Iris pun terbuka.

Kelihatan Iris yang bermain violin nya dengan sangat kasar dan kuat. Satu demi satu tali violin itu terputus sehingga hanya tinggal seutas. Zairil menarik violin yang dipegang Iris itu dengan perasaan marah. "Iris!" Teriak Zairil ke arah Iris. Sebaik sahaja Zairil melihat muka Iris yang penuh dengan perasaan kesedihan, dia merasakan yang hatinya sedang koyak kerana dia tahu bahawa dia tidak sanggup melihat Iris yang sedang dalam keperitan.

"Iris.." Iris hanya melihat Zairil dengan perasaan sedih dan bercelaru. Iris cuba menarik semula Violin itu dari tangan Zairil tetapi Zairil tetap menghalangnya.

"Iris! Stop acting like a child!" tegur Zairil dengan perasaan marah dan sedih.

"What do you know?"

"You're just an extra in this family, a puppet!" Teriak Iris. Zairil hanya melihat Iris dengan muka yang serius.

"You weren't there at that time, you don't know a thing about me!"

Suara Iris kedengaran sangat kuat dan Zairil hanya mampu mendiamkan dirinya. "Why? Awak kahwin dengan saya just because papa yang suruh kan?" Sebaik sahaja mendengar kata-kata Iris itu, mata Laurea membulat terkejut mendengar  pengakuannya itu. "Iris.. I'm sorry.." Zairil cuba untuk memujuk Iris secara perlahan.

Iris tergelak kecil bukan kerana bangga atau gembira tetapi kerana perasaan marah. Perasaan marah dan kesedihannya telah  mengawal dirinya sehingga dia tidak sedar apa yang telah dicakapkan olehnya sama ada baik atau buruk. "Zairil you know what, you're just like an empty can" Laurea masuk ke bilik itu cuba untuk memberhentikan kejadian itu dan terus mengarahkan Zairil untuk meninggalkan mereka berdua buat sementara.

Iris AireenWhere stories live. Discover now