Bab 9

45 2 0
                                    

"It's the day.." Iris melihat dirinya ke arah cermin dengan gaun yang telah dipilihnya. Sudah seminggu telah berlalu dan hari perkahwinannya akhirnya tiba juga.

"Cik.. saya pakaikan tudung ye?" Tanya salah seorang juru kecantikan itu. Iris hanya menganggukkan kepalanya kerana dia berasa sangat gementar untuk membuka mulutnya.

Dihatinya kedengaran degupan jantung yang sangat laju. "Oh my! Cantiknya Cik" tegur juru kecantikan itu. Iris hanya melihat ke arah cermin dengan mukanya yang risau.

"Cik memang padan dengan pengantin lelaki tu" kata juru kecantikan itu seolah-olah faham dengan apa yang Iris rasakan.

"I like the way you styled my tudung, thanks" Iris menjawab dengan senyuman. Tiba-tiba pintu dibuka dan kelihatan kepala Laurea yang menyelinap masuk di pintu itu sambil menghulurkan senyuman.

"Iris everyone is waiting" Iris berdiri dan berjalan menuju ke pintu sambil gaunnya yang dibelakang di pegang oleh Laurea.

Iris menuju masuk ke dewan besar yang terlihat sangat indah. Dewan itu kelihatan sangat mewah dengan dindingnya yang dihiasi dengan bunga yang berwarna-warni dan juga chandelier yang besar tergantung di tengah-tengah. Iris berjalan secara perlahan diatas karpet merah yang disediakan khas untuknya. Dia duduk di atas pelamin yang berhadapan dengan Zairil yang terang-terang tengah duduk di atas karpet untuk bersedia melafazkan ikatan mereka yang khas iaitu pernikahan.

Zairil yang duduk di depan Encik Norman pun menoleh ke arahnya. Mata Zairil terbuka luas seolah-olah terpukau dengan kecantikan Iris. Gaunnya yang menyapu lantai dengan maniknya yang berkilauan kelihatan sangat indah. Dia cuba untuk melihat ke arah lain tetapi matanya terasa berat untuk melihat ke arah lain. Jujur, gadis itu kelihatan sangat cantik bila memakai tudung.

"She's pretty" bisik hati Zairil sambil tersenyum kecil.

Iris kembali menoleh ke arah Zairil dengan perasaan gementar. Dia melihat ke bawah kerana malu melihat Zairil yang kelihatan kemas dan sangat tampan dari sebelumnya. Zairil memakai baju cara Melayu putih yang kelihatan sangat sesuai dengannya.

"He's going to be my husband.." bisiknya secara perlahan.

"Zairil dah bersedia?" Tanya Encik Norman. Zairil mengangguk dan kemudian menghulurkan tangannya. Encik Norman mencapai tangannya dan memulakan ucapannya

"Muhammad Zairil Hairi bin Zulkifli, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku iaitu Iris Aireen binti Dato' Norman dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ribu ringgit tunai"

Zairil menghembuskan nafasnya kemudian dia membuka mulutnya dengan perlahan dan menoleh ke arah Iris buat seketika.

"Aku terima nikahnya, Iris Aireen binti Dato' Norman dengan mas kahwinnya sebanyak Tiga ribu ringgit tunai" Zairil mengakhiri ucapannya dengan senyuman lega.

Semua saksi mengangguk tanda setuju dengan perkahwinan itu.

Selepas membaca doa, Iris dan Zairil diarahkan untuk menyarungkan cincin ke arah masing-masing. Zairil mencapai tangan Iris yang ketara kelihatan sangat gementar. Dia menggenggam tangan Iris dengan erat cuba untuk menenangkannya. perbuatannya itu membuatkan Iris sedikit terkejut tetapi dia berasa tenang sebaik sahaja tangannya digenggam dengan tangan yang sangat hangat.

"Trust me Iris" bisik Zairil secara perlahan sambil menyarungkan cincin itu.

Iris kemudiannya menyarungkan cincin ke arah tangan Zairil.

"So you're my husband now?" Iris melihat tangannya yang digenggam oleh Zairil.

"Yeah, even though it's not a true love" Zairil berkata dengan perlahan.

Iris AireenWhere stories live. Discover now