Bab 3

68 4 0
                                    

Matahari kelihatan sungguh terang sehingga membuatkan Iris Aireen terbangun dari tidurnya.

Iris mencapaikan telefonnya yang terletak di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katilnya. Iris menoleh ke arah telefonnya untuk melihat jam yang terpapar di skrin itu. Jam telah pun menunjukkan 10 pagi jadi dia terus bergegas untuk mandi.

Selesai mandi, dia terus turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Di ruang makan, ternampak Encik Norman yang duduk di meja makan yang tengah berbual-bual mesra dengan Zairil. Iris mengambil tempat duduknya yang menghadap ke arah Zairil.

Sebaik sahaja dia mengambil tempat duduknya, perbualan diantara Encik Norman dengan Zairil terhenti.

"What?" Tanya Iris heran apabila direnung oleh kedua orang itu.

"Papa akan balik London untuk lawat kubur mama" jelas Encik Norman ke arahnya.

"So?" Zairil mencapai segelas air kerana tersedak mendengar jawapan Iris.

"Iris, manner please." tegur Zairil dengan nada yang tegas.

Iris menjeling tajam ke arah Zairil kerana marah. Eii sibuk laa pakcik ni.  Iris kemudian meletakkan sudu dan garfu nya kembali ke pinggan.

"Takde selera, excuse me" Iris berdiri untuk masuk semula ke biliknya tetapi belum sempat dia melangkahkan kakinya, tiba-tiba,

"Iris will you marry me?"

Dia terkaku mendengar ayat yang sama seperti semalam. "Papa rasa Zairil is the right person for you" Jawab Encik Norman.

Iris tertawa mendengar jawapan Encik Norman itu dan terus mengambil duduknya semula ke arah tempatnya tadi.

"Interesting..." Iris mengatakan perkataan itu sambil tersenyum sinis melihat Zairil yang hanya merenungnya dengan serius.

"I almost thought that you like me. Now I think I know how loyal you are to papa" Zairil hanya mendiamkan dirinya kerana malas melayan kerenahnya.

"As I told you yesterday, I don't want to get married with you" Zairil berhenti untuk seketika.

"you have no choice Darling," Encik Norman terkejut apabila mendengar perkataan 'Darling' daripada Zairil itu. Iris juga turut terkejut dengan sifat Zairil yang sangat berbeza dari sebelumnya.

"What's wrong with you!?" Marah Iris. Zairil sekali lagi hanya mengendahkan soalannya.

Iris melihat ke arah Encik Norman seolah-olah meminta jawapan tetapi Encik Norman hanya mengangkat bahunya kerana tidak tahu.

Iris kemudian terus meninggalkan meja makan itu dan bergegas menuju ke bilik studio nya. Kedengaran bunyi hentakan yang kuat dari kakinya satu persatu.

Iris memainkan lagu 'Masquerade' dari pemain violin yang sangat diminati nya iaitu Lindsey Stirling. Kedengaran bunyi piano yang memulakan lagu itu dan apabila bunyi violin kedengaran, Iris bersedia memainkan violin nya. Setiap mainannya diikuti dengan tariannya yang sangat indah.

Kakinya bergerak dengan laju tetapi kelihatan menakjubkan. Iris tahu bahawa dia mempunyai bakat yang sangat istimewa tetapi sejak mamanya Zarelle Asle meninggalkannya, permainannya dan konsertnya dihentikan.

Dia menari dan terus menari sambil memainkan violin nya. Kerana di sudut hatinya terasa sangat sedih dan marah dengan semua apa yang pernah terjadi kepadanya.

"Iris, promise me that you won't stop playing violin" suara mamanya masih segar dalam ingatannya. Itulah ayat terakhir yang dikatakan oleh mamanya, sebelum konsert nya yang terakhir yang berlangsung pada 5 tahun lepas.

Setiap kali mengingatkan kata-kata mamanya itu dia akan terus memainkan violin nya tanpa henti walaupun terasa sangat penat. Dan disaat itu jugalah akan ada air mata yang mengalir ke pipinya dengan lebat.

Mungkin tiada siapa yang akan faham dengan perasaannya tetapi di sebalik matanya yang kelihatan seperti kaca, ada sebuah kesedihan yang tidak akan kelihatan dengan jelas.

Dan setiap kali dia memainkan violin nya itu, dia akan sentiasa melihat bayangan mamanya yang gembira melihatnya bermain violin nya itu.

Zairil membuka pintu studio itu sedikit dan memerhatikan langkah-langkah mainan Iris dan juga tariannya.

"You look a bit stiff" tegurnya.

Iris memberhentikan tariannya dan menurunkan violin nya.

"Really? Daniel always told me that my dance was beautiful enough"

Zairil menghampiri ke arah Iris dan bercekak pinggang.

"He's not for you" jawab Zairil.

"I know. I was too perfect for him" Iris dengan yakin nya mengatakan ayat itu. Konfiden kena ada ya makhluk-makhluk sekalian.

"Saya dah cancel perjanjian saya dengan dia" jelas Zairil kepadanya.

"Didn't you said he was your very good friend?" Zairil tersenyum apabila mendengar kata-kata itu.

"Saya tak pernah anggap siapa-siapa pun jadi kawan saya" Zairil bertukar menjadi serius dan Iris hanya mendiamkan dirinya seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Then, who am I to you?" Soalan Iris itu
membuatkan Zairil terkejut.

Zairil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluarnya,

"you're just simply a lost puppy to me"

"I think you understand what I'm saying" sambung Zairil lagi. Zairil bergerak menuju ke arah pintu dengan perlahan.

"What!? Apa maksud awak?" Iris bertanya dengan nada marah.

"But actually... you're my future wife now" Zairil menyatakannya tanpa menoleh ke arah Iris dan hanya memberikan lambaian ke arahnya.

Iris AireenWhere stories live. Discover now