Bab 1

214 6 3
                                    

Seperti seorang puteri berada di atas pentas, Mainan violin yang dimainkan oleh Iris Aireen kedengaran sangat indah. Gaunnya yang berwarna merah kelihatan sangat sesuai dengannya. Rambutnya yang panjang berwarna coklet gelap menyapu wajahnya yang putih seperti bercahaya, matanya juga kelihatan cantik yang terlihat seperti kaca.

Suasana di majlis perkahwinan itu sangat indah seperti dalam syurga disebabkan mainan violin nya. Dia menggerakkan tangannya dengan lembut tetapi kedengaran tegas. Kakinya bergerak mengikut rentak mainan violin nya, semua pandangan penonton beralih kepada nya.

"Siapa perempuan ni?" Tanya salah seorang penonton di situ.

"Ish kau tak kenal ke? Inilah Iris Aireen pemain violin yang terkenal di England" Jawab rakan salah seorang penonton itu. Semua penonton berdiri dan memberi tepukan sebaik sahaja Iris Aireen menamatkan persembahannya.

Iris Aireen membongkokkan sedikit badannya dan meletakkan tangan kanannya ke dada sebagai tanda hormat. Mukanya kelihatan serius dan dingin, tiada sebuah senyuman pun yang terukir dibibirnya.

Dia berjalan menuju ke pengantin perempuan iaitu Sofia Rihanna untuk menyambut pengantin itu.

"Iris, terima kasih sangat atas persembahan awak ni" kata Sofia Rihanna yang jelas kelihatan sangat bangga dengan persembahan Iris Aireen.

"It's my pleasure, as long as you're happy" suaranya langsung tidak kedengaran ikhlas yang membuatkan Sofia Rihanna berasa tidak selesa.

Mata Iris beralih ke arah pengantin lelaki, Daniel Haziq iaitu bekas tunangnya. Daniel mengalihkan pandangannya daripada bertembung dengan tantangan mata Iris.

"Congratulation Daniel, I hope love makes you blind."

sebuah senyuman sinis diukir di bibir Iris. Mata Daniel membulat setelah mendengar kata-kata Iris sehingga membuatkan Daniel menggenggam tangannya sendiri dengan erat.

Iris meminta diri dan terus keluar ke pintu utama dewan itu. Terasa puas hatinya melihat Daniel yang gementar dengan kehadirannya di majlis perkahwinannya itu.

"Saya harap awak dapat rasa perasaan dikhianati oleh cinta" bisik Iris pada hatinya.

Tiba-tiba Iris terlanggar dengan seorang lelaki yang tinggi. Lelaki itu kelihatan sangat kemas dengan kemeja putih berserta seluar hitam.

"Sorry" lelaki itu berkata tanpa menoleh kebelakang dan terus bergegas masuk menuju ke dalam dewan sambil memegang sebuah kamera.

"Seriously? Just like that?" Iris mengomel sendiri kerana kesal dengan perbuatan lelaki itu.

"Iris let's go, papa dah tunggu dekat rumah" terlihat lelaki tampan yang memang sangat tidak asing, Zairil Hairi.

"Zairil? How did you know I was here?" Zairil hanya menjelingkan matanya dan terus berjalan manakala Iris hanya mengikuti langkah Zairil menuju ke tempat letak kereta. Orang tanya dia buat tak dengar pulak.

Kelihatan kereta SUV mewah yang berwarna hitam terletak di hujung tempat letak kereta. Zairil membukakan pintu kereta penumpang depan agar Iris masuk ke dalamnya.

"Zairil, did papa tell you about this?" Zairil hanya mendiamkan dirinya dan terus memandu kereta itu.

"Zairil!" Jerit Iris memanggil namanya.

"Stop acting Like a baby Iris!" tegas Zairil kepada Iris.

"Then stop acting macam awak tu uncle saya, you're just 3 years older than me!" Zairil kembali mendiamkan diri kerana marah.

"Saya harap sangat that one day you will understand me" bisik hati Zairil sambil melihat Iris yang hanya menutup matanya untuk menenangkan dirinya.

Tiba di rumah sebesar tiga tingkat, yang kelihatan seperti sebuah istana sang puteri.

Iris memasuki rumah itu dengan membuka pintu dengan perlahan. Di dalamnya sangat luas dan terdapat dua tangga yang berada di tengah-tengah ruang seperti adegan tempat majlis tari menari royalti.

"Papa, I'm home" suara Iris kedengaran sangat jelas. Zairil yang berada disebelah nya hanya mengikuti jejak langkah Iris menuju ke ruang tidur Encik Norman iaitu papa Iris.

"My sweet daughter" kelihatan papanya yang tengah berehat di katilnya.

"Disgusting" Jawab Iris dengan sikap dinginnya. Zairil berdehem ke arah Iris menegur sikapnya yang dingin terhadap papanya.

"Iris, ikut papa balik England ye?"
Kedengaran suara Encik Norman yang sangat lemah.

"For what? Lagipun mama kan dah mati" Zairil mengalihkan wajahnya ke arah Iris dan memberikan pandangan yang tajam ke arahnya. "What? Betul kan. Bukannya ada yang menarik pun dekat situ" sambung Iris lagi.

"Papa need a treatment there, and you need to make concerts there" Tegur Zairil.

"Apa kata awak je yang buat concerts, then teman papa sekali buat treatment" Iris menjawab dengan nada yang kasar.

"Oh ya lupa, awak dah berhenti main violin" sambung Iris secara sarkastik.

Iris keluar daripada bilik itu dengan perasaan marah dan Zairil hanya membekukan dirinya kerana teringatkan kisah yang lalu.

"Zairil, come here.." panggil Encik Norman ke arahnya. Zairil berjalan mendekati dirinya ke arah katil Encik Norman.

"Since you two have been friends for a long time, apa kata Zairil kahwin dengan Iris?" Cadangan Encik Norman itu membuatkan Zairil semakin membeku kerana terkejut.

"But I don't love her" Jawab Zairil.

Iris AireenWhere stories live. Discover now