Sinopsis

24.9K 792 11
                                    

DANIA

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

DANIA. atau lebih jelas dipanggil baby oleh keluarganya. Mempunyai lima orang abang yang sangat overprotective dan sanggup bertaruh nyawa demi Dania. Meski, nyawa mereka menjadi galang ganti.

Disebalik sisi kelima abangnya yang baik dan berperangai gila. mereka memiliki dua kepribadian yang sangat licik. Siapa sangka disebalik wajah abang-abangnya yang tampan dan sisi yang baik itu adalah seorang abang yang kejam dan licik diluar sana. Namun disebalik kekejaman kelima abang-abangnya. Mereka langsung tidak menunjukkan sisi kejamnya terhadap Dania.

Meningkat sahaja 20 usia Dania. pangkat ibunya Dahlia, sebagai keturunan "Celcevion" akan diturunkan kepada anaknya Dania. Dania yang cerdik mengetahui dia bakal menjadi pewaris nama tersebut berusaha keras menjauhi hal tersebut

Dia tahu. Jika dia memegang takhta sebagai "Celcevion" kemungkinan hidupnya bakal menjadi seperti ibunya, Dahlia. Akan dikawal 24 jam dan ditempatkan jauh dari sisi keluarganya.

Biarpun Dania sudah meningkat dewasa dan pandai menjaga diri, Abang-abangnya tetap sahaja mengekori dia kemana sahaja dia pergi.

"Boleh tak abang Niel berhenti ikut Nia. Nia boleh hidup berdikari la. Cukup-cukup lah selama ni kawal hidup Nia." -Dania Celcevion

"Ayahnda suruh baby kahwin kalau baby nak bebas." -Darniel Celvian

Dania sahut cabaran abang. Dia bertekad mahu mencari pasangan hidup demi mahu hidup bebas dari dikawal ketat oleh keluarganya.

Leo Hendry, atau lebih jelas seorang jejaka licik yang tidak sukakan hal remeh. Suka melakukan kerja sambilan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai musuh-musuhnya.

Dibalik senyuman sinis dan aura dinginnya. ada seseorang gadis yang dapat merubah sifat dia yang dulu kejam menjadi lebih baik dan lembut.

Sejak Dania hadir dalam hidup Leo Hendry sikap clingy Dania selalu membuatkan Leo Hendry tanpa sengaja mengukirkan senyuman mekar.

Ya dia adalah DANIA CELCEVION wanita yang sangat clingy buat LEO HENDRY.

"Kita kahwin main-main. Depan ayahnda dengan abang-abang Nia kita real pasangan. Belakang dorang kita jadi fake pasangan." -Dania

"No baby, We need to be lovers even behind their backs." -Leo Hendry

◆◇◆◇◆◇◆◇

Supaya para readers tidak keliru, disini saya akan beri nama lengkap keluarga CD

Puan Dahlia Celcevion -Bonda

Tuan Karlos Celvian -Ayahnda

~~~

• Darniel Celvian -Abang sulung
Nama panggilan -Abang Niel

• Darien Celvian -Abang kedua
Nama panggilan -Abang Ien

• Daryle Celvian -Abang ketiga
Nama panggilan -Abang Yle

• Daryen Celvian -Abang keempat
Nama panggilan -Abang Yen

• Dayyen Celvian -Abang kelima

Nama panggilan -Abang Day

• Dania Celcevion -Adik bongsu.
Nama panggilan -Baby

Daryle - Daryen - Dayyen [KEMBAR]

◆◇◆◇◆◇◆◇

Storyline 100℅ Hak milik Mrs_qib

[Awas! Penggunaan bahasa kasar!]

No Haters!

OG| REVENGE HUNTEROpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz