Bab 19

1.3K 71 3
                                    

Dania merenung lama tangan halusnya yang bersulam kemas dengan tangan besar milik Leo Hendry.  Sedari tadi, Tangannya masih lagi tidak dilepaskan oleh Leo Hendry. Cincin permata yang tersarung cantik pada jari manis miliknya di kerling sekilas sebelum tepi wajah Leo Hendry ditatap. Kini dia dan Leo Hendry berada di ruang tamu bersama kerabat Leo Hendry yang lain. Timbul rasa cemburu tatkala hampir kesemua kerabat Leo Hendry hanya lah para wanita.

"Menantu nenek." Leo Henny yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu menghampiri Dania sebelum melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Dania. Tangan halus Dania yang berada di atas ribanya diambil dibawa ke dalam genggamannya. Dania menatap wajah Leo Henny sebelum bibir menguntumkan senyum nipis

Datang seorang maid menghampiri Leo Henny membawa kotak empat segi berwarna emas kebiruan. Leo Henny mengambil kotak tersebut. Bibir menguntumkan senyuman manis. Kotak tersebut dibuka. Gelang giok di dalam kotak tersebut di keluarkan. Terkedu Dania tatkala dia sedar batu giok tersebut bagaikan hendak di sarungkan padanya.

"S-Saya tak berhak terima..." Dania tolak sopan pemberian Leo Henny. Jika gelang giok sudah diturunkan pada wanita sebelum menikahi anak lelaki keluarga tersebut, Maka kepercayaan keluarga lelaki tersebut kepada wanita itu, membahagiakan anak lelakinya sudah seratus peratus dipercayai oleh keluarga lelaki tersebut.

Leo Henny menggeleng kecil. Tangan halus Dania di usap lembut sebelum gelang giok tersebut di sarungkan pada lengan kecil Dania.

"Jika Hen sudah memilih kamu, Bermakna kamu lah yang terbaik sehidup semati dengan dia." Leo Henny mengusap lembut lengan Dania.

"T-Tapi..."

Leo Henny menepuk lembut tangan halus Dania menyebabkan Dania terdiam memandang wajah Leo Henny.

"Jom, Kita ke butik."

Leo Henny senyum mekar di bibir tatkala bebola matanya menangkap ke arah design baju pengantin di dalam butik dipenuhi dengan bermacam jenis pakaian design pengantin tersusun rapi di dalam butik tersebut. Leo Henny menarik tangan halus Dania yang merangkul kemas dengan lengan tua Leo Henny di bawa Dania memasuki butik tersebut.

"Look?" Leo Henny mengambil baju pengantin separas lutut sebelum dilekatkan baju tersebut pada tubuh kecil Dania.

"You want to try?" Lembut  Leo Henny menyoal. Anak mata Dania di renung. Dania geleng kecil. Belakang leher mulusnya di gosok perlahan. Sememangnya dia tidak selesa dengan pakaian yang di tunjukkan Leo Henny kepadanya kerana pakaian tersebut sangat lah terbuka.

Leo Henny mengambil pakaian yang lain  sebelum di lekatkan pada tubuh kecil Dania.

"How about this one?"

"Try it." Belum sempat Dania menolak, Leo Henny terlebih dahulu menolak tubuh kecil Dania ke dalam bilik persalinan pakaian.

Darien serta Daryen hanya melihat dari jauh. Mereka berdua mengenakan kostum teddy bear bagi menyamar dari dikenali Dania. Sekejap menjongket, sekejap menonggeng bagi melihat Dania di dalam butik itu.

"Mama, Mama. Bear!" Jerit kanak-kanak kecil lingkungan umur 7 tahun itu. Berlari terkedek-kedek anak kecil itu bagi mendapatkan teddy bear yang sedang memanjat tiang besar Mall itu. Sistem pendengaran Darien yang mendengar suara kanak-kanak menghampiri dia, Pantas menoleh ke arah suara tersebut sebelum dia menarik Daryen menggantikan tempatnya di peluk oleh kanak-kanak tersebut

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now