Bab 4

6.9K 449 20
                                    

Daryen keluar dari perut kereta menuju ke bonet belakang. Beg bagasi hitam didalam bonet dibawa keluar. Kaki menapak kembali memasuki perut kereta bersama beg bagasi.

"Kita gegerkan markas diorang, macam mana diorang gegarkan bisnes kita dekat Jepun." Beg bagasi hitam dibuka. Glock M16A1 diambil lalu diselitkan pada sisi pinggang.
Carboon Fiber M1A diambil lalu dicampak pada seat sebelahnya.

"Pilih mana kauorang nak." Beg bagasi tersebut dihulurkan ke belakang. Daryle mengambil beg bagasi yang berada didalam gengaman Daryen. Nagant M1897 diambil, lalu diselitkan pada sisi pinggang. Manakala G3k-A4 dipegang.

"Kau tak nak pilih?" soal Daryle tatkala Dayyen masih lagi sibuk bermain gajet miliknya. Dayyen tutup gajet miliknya. Lalu disimpan kedalam poket seluar.

Dayyen mengambil Glock 17 serta revolver.

"Day, aku perlukan kau untuk jarak jauh." Kata Daryen. Matanya melihat kearah Dayyen yang sedang membelek Glock 17 serta revolver dibalik cermin pemandu drive.

Dayyen meletakkan kembali Glock 17 beserta revolver tersebut kedalam beg bagasi. 556 Sniper diambil. Daryen senyum sinis dibalik cermin drive tatkala melihat Daryen pandai memilih senjata api.

Daryen mengambil jalan pintas untuk sampai ke markas musuh. Sampai sahaja didepan markas musuh. Daryen melangkah keluar dari perut kereta. 556 Sniper diselitkan pada celah ketiaknya. Berlari mencari kedudukan yang sesuai untuk melancarkan tembakan.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Daryle menembak tepat mengenai sasaran.

"Markas kita diserang Swans X Vi--" belum sempat Salah seorang anak buah Snake menghabiskan ayatnya. Kepalanya tertembus peluru dari jarak jauh.

DBUSHH!

Daryen mengambil jalan pintas dari arah belakang menuju kearah ketua musuh Snake.

BANG! BANG!

"Shit!" Marah Daryle tatkala melihat Daryen bertindak seorang diri berlari kearah kubu pertahanan musuh.. Daryle mencampak boom kearah musuhnya menarik perhatian mereka supaya tidak melihat kearah Daryen.

BOMMM!

Tubuhnya disorokkan pada belakang kereta ronga roger milik Daryen. Sebelum boom dicampak buat kali kedua.

BANG! BANG! BANG! BANG!

Pemetik api didalam kocek seluarnya diambil. Lalu dinyalakan sebelum di campakkan kearah musuh.

Dalam 2 saat sahaja. Mereka semua ditelan api.
Meraung kesakitan mereka tatkala tubuh mereka dimakan oleh api yang besar itu.

DBUSH!

Daryle toleh wajahnya ke tepi tatkala mendengar tembakan yang hampir dengan dia. Dia senyum sinis. Melihat seorang musuh yang tumbang tidak bernyawa itu. Tangan diangkat berterima kasih kepada Dayyen cover dia dari arah jauh.

BAM!

Daryen tendang kuat pintu. Dia melihat ke arah Chong yang sedang berpelukan bersama tiga orang wanita tidak cukup pakaian.

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now