Bab 9

8.1K 520 40
                                    

"Slowly princess, tak lari pun makanan you."  Darien menegur Dania yang sedang gelojoh melahap coconut shake. Dania angkat wajah dia. Wajah Darien dipandang sebelum bibir munggilnya naik mengukirkan senyuman kecil.

Darien senyum sebaris apabila melihat mulut Dania yang terdapat sisa makanan di bawah bibirnya. poket saku miliknya di seluk. Tisu yang berada didalam poket miliknya dikeluarkan sebelum disapu lembut pada tepi bibir Dania yang terdapat sisa coconut shake.

Merah muka Dania apabila Darien bertindak melayan dia seperti seorang pasangan kekasih. "Abang Ien ni, jangan lah layan Nia macam ni. Orang tengok la." Dania tutup muka dia dengan telapak tangan dia.

Darien cuit manja Hidung mancung Dania. "Apa nak malu. Kita kan family?"

"Memang la family. Tapi cara abang Ien treat Nia dah macam Nia ni kekasih abang Ien."

Darien sandar badannya pada kerusi. Anak mata Dania di tenung lama. Senyuman manis mula menghiasi bibirnya. "You kan My everything. My princess, My baby boo, My sweet Heart, My sweet gourgous. Kenapa pula tak boleh layan you macam kekasih I?"

Dania menjuih bibirnya. Perlahan bibir dia mula membentukkan senyuman. Kaki Darien dari bawah ditendang.

Terhembur besar ketawa Darien. Suka Darian melihat muka Dania yang merah akibat menahan malu.

"Abang nak tanya princess. " Darien mula memaparkan riak wajah serious. Dania hanya menjongketkan kening menunggu apa yang nak dikatakan Darian.

"Siapa lelaki dengan princess tadi? Dania kerut kening. Tak faham apa yang dikatakan Darien.

"Maksud abang Ien?"

"Sebelum Abang Ien datang jemput princess, lelaki tu ada sebelah princess. Siapa dia?" Dania menghabiskan sisa didalam mulutnya sebelum menjawap soalan Darien.

"Dia?" Dania binggung dengan soalan Darien. Darian mengangguk. Kemudian barulah Dania ingat. Oh lelaki pengemis itu.

"Oh, dia... Dia future husband Nia." kata Dania tanpa teragak-agak. bagaikan mahu terkeluar biji mata Darien apabila mendengar kenyataan Dania.

"Apa yang you merepek ni princess?" hampir meninggi nada Darien menyoal. Namun dia masih mengawal.

"Betul lah, dia future husband Nia."

"Ayahnda suruh baby cari future husband untuk bawa majlis malam ni. Nia pun bawa lah."

"You tahu tak latar belakang lelaki tu?"

Dania geleng kecil.

"Kahwin je, nak kena tahu latar belakang ke?"

Darien tepuk dahinya.

"Iya princess, perlu tahu. Mana boleh ikut suka pilih. Nanti tersalah pilih merana hidup. Kahwin ni seumur hidup. Bukan harini kahwin esok berpisah." Dania yang mendengar Darien berleter hanya menadah telinga sahaja. Sesekali coconut shake diambil disedut memasuki kerongkong dia yang kering itu

Dania yang bagaikan teringat sesuatu mula membulat besar mata dia.

"Abang Ien!" Dania tekup kedua belah tangan dia pada mulutnya. Gaya seperti sedang terkejut. Darien yang tadi sibuk berleter mula mendiam diri mendengar apa yang mahu dikatakan Dania.

"Nia lupa nak bagi kad jemputan kat future husband Nia."

"Huh." Darien toleh badannya memandang ke arah lain.

"Abang Ien." Dania mencebik bibirnya meminta belas kasihan Darien. Tangan menggapai-gapai Darien yang melarikan tangan dia dari dipegang Dania.

"I dah bagi dia kad jemputan tu."

"Betul ke?"  Dania senyum mekar di bibirnya

Darien angguk kecil.

"Cepat makan. Nak balik." Dania angguk laju.

"Mana kasut Nia?" mata Dania melilau mencari kasutnya dibawah meja makan. Darian bingkas bangun dari duduknya Darien Dania. Tubuh dia membelakangi Dania. Kedua belah tangan dikebelakangkan.

"I dukung you, kasut you tak ada. I suruh Daryen bawa balik." Dania sudah muncung bibirnya kedepan.

"Kenapa tak ada?"

"You tidur tadi princess, I suruh lah Daryen ambil bawa balik. Last-last you ajak makan coconut shake." terang Daryen.

"Cepat princess, I dukung you." kata Daryen. Wajah di toleh ke tepi melihat sisi wajah Dania.  Dania terlebih dahulu menoleh wajahnya kekiri kekanan melihat suasana sebelum dia naik ke atas tubuh Daryen.

Dania menundukkan wajah dia tatkala ada mata-mata yang melihat kearah dia.

"Abang Ien, Orang pandang. Nia malu." kata Dania berbisik di tepi cuping telinga Darien.

"Abang Ien." Dania sorok wajah dia pada celahan leher tegang Darien.

"Stay here princess." lembut Darien berkata.

Deska melihat dari jauh susuk tubuh Dayyen yang sedang duduk santai di tepi swimming pool. Senyuman manis terukis di wajah dia sebelum Deska membuka langkah menghampiri Dayyen.

"Hai Day, boleh I duduk sekali?" tanpa menunggu Dayyen menjawap soalan dia. Deska terlebih dahulu duduk di sebelah kerusi santai bersebelahan Dayyen.

"Hari tu I pergi shopping, I nampak satu baju ni. Lawa sangat. Sesuai dengan you. I beli untuk you sekali. Malam ni kita pakai warna tema sama boleh?" Dayyen hanya menghiraukan apa yang dikatakan Deska. Mata dipejam rapat. Ubat tahan sakit yang baru dimakan sebentar tadi mula efek memberi mengantuk kepada dia.

Deska bangun dari duduknya dan menghampiri swimming pool. Air jernih yang berada didalam kolam dimain lembut olehnya "Cantikkan kan air kolam ni?"

"Nama pun kolam, jernih la airnya. Lain la kalau longkang. Sapu je muka you terus terlolong minta tolong." sampuk Daryen laju. Dia baru sahaja pulang ke rumah beberapa minit yang lalu.

Deska mendengus kasar apabila Daryen bertindak memalukan dia didepan Dayyen.

"I tak tanya you." Deska jeling ke arah Daryen.

"I just tolong jawabkan." bidas Daryen laju.

Deska ketap giginya. Dia paling tak suka apabila dia mahu menggoda Dayyen, Daryen berada sekali di sisi Dayyen. Seolah tiada peluang bagi dia mahu mendekati Dayyen.

Deska menyelak skirt sehingga ke paras peha. Mata sesekali menoleh kearah Dayyen. Kemudian, Deska bertindak mencelup kakinya kedalam air kolam tersebut.

"Air kolam tu terbiar cahaya matahari. You kan perempuan yang paling jaga kulit? Tak takut gatal ke?" sengaja Daryen menaku-nakutkan Deska. Deska pantas menarik kakinya keluar dari kolam.  Tangan mengusap-ngusap kakinya menghilangkan basah.

"Day! Tengok ni."

Dayyen buka kelopak matanya. Tubuh bingkas bangun dari duduknya. Deska sudah tersenyum lebar. Nampak gaya Dayyen semacam hendak memarahi Daryen. Senyuman dia pudar tatkala Dayyen berlalu pergi meninggalkan dia bersama Daryen.

Daryen senyum mengekek tatkala melihat wajah Deska masam mencuka. Daryen buka langkah menghampiri Deska dengan senyuman jahat di bibir.

Daryen mendekatkan bibirnya pada tepi cuping telinga Deska. "Kesian you. Bermodalkan tubuh haram you untuk dapatkan Dayyen."

Kemudian, Daryen berlalu pergi meninggalkan Deska seorang diri.

Too be continued..

OG| REVENGE HUNTERWhere stories live. Discover now