𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 22

151 10 0
                                    

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menghitung hari untuk pembukaan sekolah tidak lama lagi.Aku menyelak kalendar yang tergantung elok di dinding.Lebih kurang satu minggu lebih lagi sekolah akan dibuka setelah beberapa bulan ditutup akibat pandemik covid-19.

Dengar kata sebaik sahaja sekolah dibuka peperiksaan akhir tahun akan diadakan.Entah aku boleh jawab dengan baik atau tidak.Selama belajar secara online sangat susah untuk aku faham.Aku lebih suka belajar secara bersemuka.

Perasaan risau yang melanda hati aku abaikan buat seketika.Lantas kaki memgorak langkah ke luar pintu rumah.Cuaca pada waktu pagi sangat menyenangkan.Kaki aku sarung selipar yang berwarna merah jambu.

Kaki berjalan perlahan ke arah pintu pagar rumah.Aku sudah memberitahu ibu katanya pagi ini ingin ambil angin pagi untuk menghilangkan segala masalah yang berat di kepala ini.

Earphone yang dibawa bersama aku pakaikan di kedua belah telinga.Lagu one last time by Ariana Grande aku buka.

Sudah lama aku tidak jalan pada waktu pagi sebegini.Dulu selalu juga lah berjalan dengan ayah.Tapi sekarang ayah pun sudah mula bekerja.Nak ajak ibu katanya banyak benda nak diuruskan di rumah.Jadinya aku buat keputusan untuk berjalan seorang diri sahaja.

Mujur sahaja diberi izin oleh ibu untuk keluar ambil angin di sekitar bendang ini.Selalunya susah juga dia nak lepaskan aku berjalan keseorangan.Tapi sebelum keluar tadi pun sudah banyak yang dipesannya.

Nampaknya minggu ini aku akan sedikit sibuk kerana ingin mengulang kaji pelajaran.

Aku melihat jam di pergelangan tangan yang menunjukkan pukul 8:30 pagi.Aku keluar rumah tadi pukul 7.Sah ibu tengah risaukan aku.

" Allah fon habis bateri pulak. " aku cuma untuk membuka telefon.Namun hampa.Hanya pandangan gelap yang menyapa pandangan.

Aku bergegas lari pulang ke rumah.Dalam otak tengah fikirkan ibu.Mesti dia tak bagi aku keluar seorang dah lepasni.

Aku sampai di hadapan rumah dalam keadaan tercungap cungap mencari nafas.Betul sangkaan aku.Ibu tengah tunggu di hadapan pintu sambil tangan disilangkan di dada.Habis la aku.

" Pergi mana ni baru balik? Kenapa ibu call tak jawab? " belum apa apa aku sudah diserbu dengan soalan ibu.

" Err sorry ibu.Fon Lis habis bateri tadi. " aku hanya menayangkan senyuman tak bersalah.

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now