𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 24

129 8 0
                                    

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku duduk di taman sains keseorangan.Aria katanya ingin pergi ke kantin tadi.Aku biarkan sahaja dia pergi seorang.Tidak pulak dia tanya kenapa aku tidak makan harini.Selalunya hari hari boleh katakan waktu rehat sahaja soalan yang sama dia tanya.

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan.Lega sedikit hati aku.Dapat rehat kan otak buat sementara waktu.Oleh sebab sekarang berada di hujung tahun , sekolah akan mula bercuti minggu hadapan.

Al-Quran yang ada di hadapan mata aku tenung.Fikiran aku entah ke mana.Sampaikan Aria datang pun aku tidak sedar.

" Lisa Erica ! Kau termenung apa ni.Aku panggil banyak kali tak dengar. " Aria meletakkan air serta roti di hadapan aku.

" Sorry.Dah lama ke kau sampai? "

" Makan ni.Aku beli untuk kau. "

" Aku puasa lah Aria. " aku menolak air serta roti kepada Aria.

" Kau tak payah tipu aku Lis.Aku tahu kau rajin puasa sunat Isnin dengan Khamis.Tapi takkan sampai hari hari kau puasa.Kau sebenarnya kenapa Lis? Aku tanya kau taknak bagitau.Apa masalah yang ada dalam kepala otak kau sebenarnya ni? " desak Aria.

" Takda apa pun.Cuma penat study.Benda biasa ja. "

" Aku kenal kau bukan sehari dua.Kita kawan dah lama.Aku tak suka tengok kau macam ni.Tolong Lis , bagitau aku apa kau hadap sekarang ni.Kenapa kau perlu rahsia daripada aku? "

Aku hanya diam mendengar kata kata Aria.Aku tak tahu hendak mula daripada mana.Aku menarik nafas sedalam yang boleh.

" Aria kalau aku cakap dia hilang kau percaya? "

" Siapa hilang pulak ni? " soal Aria hairan.

" Rayyan. "

Aria seperti terkejut dengan jawapan aku.

" Hilang pergi mana? "

" Aku tak tahu Aria.Dia pergi macam tu je.Apa apa pesanan pun takda tinggal untuk aku.Dia dah delete bot tu.Aku dah tak boleh borak dengan dia. "

" Dah lama ke dia hilang? "

" Seminggu sebelum sekolah buka.Sekarang dah tiga minggu.Aku tak tahu dah nak buat apa Aria. "

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now