𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 5

244 13 2
                                    

'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai bersarapan bersama ibu dan ayahnya , Lisa terus masuk ke dalam bilik.Memandangkan masih awal lagi sebelum kelas online bermula , dia ingin mengemas biliknya yang kelihatan berhabuk sedikit.

Rambut panjangnya disanggul kemas.Vacum diambil dalam bilik stor lalu di bawa masuk ke dalam biliknya.Cadar katil yang bercorak bunga rose merah diambil dari dalam almari lalu dipasangkan pada katil.

Karpet yang kelihatan ada sampah kecil di vacum habis.Seterusnya buku yang kelihatan sedikit berterabur disusun kemas di rak.Sampah yang memenuhi tong sampah dituang masuk ke dalam plastik hitam.Peluh yang mengalir di lehernya dikesat menggunakan tangan.

Plastik hitam dipenuhi sampah di bawak keluar dari bilik.Selendang hitam dicapai lalu mengorak langkah ke luar rumah sambil mengheret plastik hitam itu untuk dimasukkan ke dalam tong sampah besar di luar rumah.

" Ni yang berpeluh dah kenapa? " Puan Hani daripada dapur menyoal anaknya.

" Baru lepas kemas bilik ibu.Itu yang berpeluh habis ni. " Lisa merebahkan badannya ke atas sofa di ruang tamu.

" Pergi mandi dulu.Nanti ada kelas pulak.Ibu nak pergi beli barang dapur. "

" Lis nak ikut.Bila ibu nak pergi ? " bersinar-sinar matanya apabila mendengar bahawa ibunya ingin keluar beli barang dapur.Kebetulan stock makanannya sudah habis.Dapatlah dia membeli semula.

" Kalau adik nak ikut terpaksa ibu tunggu adik habis kelas lah kalau macam tu. "

" Alah please lah ibu.Tunggu kejap je.Nanti kita pergi sama-sama la eh.Boleh lah eh. " mata dikerdipkan berulang kali.

" Yelah.Tak payah buat muka macam tu.Tak comel pun. "

" Ibu !!!!!! Sampai hati cakap anak ibu sorang ni tak comel. " tercebik bibir Lisa.

 " tercebik bibir Lisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now