𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 21

150 10 3
                                    

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓶𝓻𝓼

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓶𝓻𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memasukkan beg baju serta sangkar Leo ke dalam bonet kereta.Kalau tak dibawa sangkar susah nanti.Sudah lah kena tinggal dia sekejap di rumah pakndak aku sementara aku dan keluarga ingin berjalan jalan di sekitar Pulau Pinang.

Aku masuk ke rumah kembali untuk memastikan segala barang tidak tertinggal.

" Lis semua barang dah ambil kan.Tak ada yang tertinggal kan sebelum ibu kunci pintu rumah. "

" Tak ada ibu.Semua Lis dah bawak. " aku melangkah masuk ke dalam kereta.

Dengan lafaz bismillah kereta meluncur laju di atas jalan raya.Headphone yang dibawa bersama aku keluarkan daripada beg.Lalu dicucukkan wayar ke telefon.

Leo memerhati sekeliling.Mungkin pelik ke mana aku ingin bawanya.Aku mengangkat Leo lalu diletakkan di atas riba.Aku membuang pandangan ke arah luar.Tenang.Sudah lama aku tidak berjalan jauh seperti ini.Semestinya rindu.

Mata aku terasa semakin memberat.Leo aku biarkan di atas riba.Mata aku pejam.Lambat lagi nak sampai.Sempat lagi aku tidur.

" Adik bangun.Kita dah nak sampai ni. " dengar suara ibu menyapa gegendang telinga aku.

Aku mencelikkan mata.Rupanya sudah berada di atas jambatan Pulau Pinang.Boleh tahan lama jugak aku tidur tadi.

Aku melihat pemandangan.Sangat cantik.Sudah lama aku tak jejak kaki di sini.Alhamdulillah hari ini dapat jugak.

" Orang ajak dia jalan jalan.Dia boleh pulak tidur. " suara ayah mematikan lamunan aku.

" Hehe.Lis mengantuk sangat tadi.Itu yang tertidur tu.Kita nak pergi mana ni ayah? "

" Kita pergi Batu Feringgi dulu.Lepastu baru kita pergi Ikea. "

Aku hanya menganggukkan kepala.

Setelah beberapa jam berada di dalam kereta , akhirnya kami tiba di destinasi pertama iaitu Batu Feringgi.Aku keluar daripada kereta lalu meregangkan badan bagi menghilangkan lenguh.

Telefon dikeluarkan daripada beg.App telegram aku buka.

Jimin
bot

awak dah makan ke?

belum

kenapa belum?

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now