Episode 12

25 10 1
                                    

Haneul membuka pintu rumahnya dan langsung melangkah kakinya untuk masuk ke rumah

" Haneul dah pulang "

Tiada sahutan dari orang lain selain orang yang paling dia sayangi iaitu ahjuma Kang yang hanyalah pembantu rumahnya yang biasa

" Haneul dah pulang ? Mari lah " ajak ahjuma Kang untuk bawa Haneul ke meja makan malam kerana orang lain sudah malam mendahuluinya

__________

Selepas saja dari menjamu selera Haneul mula membuat keputusan untuk ke biliknya

" Hwang Haneul " panggil Hyunjin dari belakangnya dengan suara garau

Haneul masih ragu-ragu untuk berpaling ke belakang kerana sepertinya dia sudah mengetahui apa yang Hyunjin ingin sampaikan

Namun agar keadaan tidak jadi lebih buruk dia hanya berpaling dan memendam perasaan takutnya

" N-nee "

Hyunjin mula datang mendekati Haneul yang berdiri di hadapannya

" Kau memang tak tahu malu "

" K-kalau oppa ada di sana oppa akan tahu sebabnya "

PLAK !

Satu tamparan keras dari Hyunjin membuatkan Haneul terjatuh dengan terduduk

" Aku dah bagitau kau yang kau jangan panggil aku 'oppa' !"

" Kalau ye pon kenapa ?! Kau abang aku ! Apa salah aku sampai kau benci sangat ha ?! HWANG HYUNJIN ! " Jerit Haneul mula kedengaran di ruang tamu

Untung saja tiada siapa yang berada di situ termasuklah pembantu rumah dan eomma mereka kerana terpaksa bekerja lebih waktu dan pulang esok hari

Tidak tahan dengan itu Hyunjin mula menarik kolar baju Haneul sehingga adiknya itu terangkat di hadapan

Mata Haneul mula berkaca dengan sedikit lebam pada pipi

" Kau tau tak semua yang terjadi ni disebabkan kau tak guna ! Kalau bukan sebab kau ajak appa pergi ke taman hiburan dulu, appa takkan... "

Ayat Hyunjin mula terpotong sebaik sahaja teringat akan kejadian tragis itu

Haneul mula melepaskan tangan Hyunjin dari kolar bajunya dan menahan sesak nafas yang berlaku

Tidak lama Hyunjin mula pergi dari situ meninggalkan Haneul sendirian

Tidak berdiri lama gadis itu juga membuat keputusan untuk ke biliknya dengan cepat dan langsung menelan beberapa pil yang ada

Haneul hanya mampu menaham sebak yang berlaku apabila dia merasai panik

Beberapa minit dia akhirnya kembali normal dan duduk di samping katilnya dengan keadaan yang menangis

" A-appa~ izinkan Haneul mengikuti appa"

Haneul hanya menangis apabila teringatkan kata-kata dari orang yang membencinya termasuklah abangnya sendiri

Akan tetapi entah kenapa hatinya mulai merasa berat apabila ingin melakukan tindakan yang tidak sepatutnya

" Walau apa pun masalah kita... Jangan sesekali buat keputusan macam tu... Dunia ni tak selalu bahagia "

Teringat dengan ayat yang disampaikan oleh seorang lelaki yang menyelamatkannya dari melakukan bunuh diri beberapa bulan lalu yang merupakan Sunoo mula membuatkan gadis itu berfikir panjang

Melihat di dalam memorinya dimana Sunoo yang tiba-tiba menciumnya di Sungai Han membuatkan dirinya sedikit tenang dan tanpa sedari dia sedang senyum sendiri

" Sejujurnya aku sangat sukakan Kim Sunoo... Tapi... Disebabkan ramai orang yang benci apabila aku rapat dengan Sunoo buatkan aku rasa agak takut " fikir Haneul

Dia mula melihat kearah rantai di lehernya dari pemberian Sunoo

Haneul mula merasa sedikit tenang apabila melihat ke arah rantai itu dan cuba membaringkan diri di atas katil lalu perlahan-lahan menutup matanya

___________

Keesokan harinya....

Haneul mula masuk ke kelasnya dan terlihat Sunoo sudah berada di tempat duduknya sambil menulis sesuatu tanpa memandang kearahnya

Tanpa Haneul sedari ada dua gadis yang lalu dibelakangnya dan melanggar bahu Haneul

" Argh "

" Ah mian " ucap Wonyoung dengan nada mengejek

Haneul hanya buat-buat tidak peduli dan pergi ke tempat duduknya

Sunoo menyedari kehadiran Haneul dan sekilas mencuri pandang

Haneul memandang Sunoo bingung kerana tindakannya

" A-awak buat apa ? " Soal Haneul saat melihat Sunoo masih lagi giat menulis sesuatu

" 'Awak' ? Biasanya 'aku' "

" Saya rasa kita makin rapat jadi saya akan panggil dengan panggilan itu sahaja "

" Saya tak nak awak panggil saya begitu " ucap Sunoo yang mula berpaling manja pada Haneul

" A-awak nak saya panggil apa ? " Ucap Haneul putus-putus

Sunoo tersengih

" Chagiya~ "

Mendengar panggilan itu membuatkan pipi Haneul kemerahan

" Macam mana ? " Soal Sunoo yang dari tadi menyedari Haneul hanya mendiam malu

" A-ahh ? Eoh~ t-tak boleh " jawab Haneul

Sunoo hanya senyum melihat wajah Haneul

" Tak mengapa kalau tak sekarang mungkin awak akan panggil saya dengan panggilan tu nanti "

Haneul mula memandang ke arah Sunoo dengan sedikit terkejutnya tidak menyangka

" Apa maksud dia mungkin ? Nanti ? Apa yang kau sedang rancangkan Sunoo " ucap isi hati Haneul

𝐙𝐞𝐫𝐨 𝐎'𝐜𝐥𝐨𝐜𝐤 || [Sunoo] ✓Where stories live. Discover now