Episode 3

45 13 7
                                    

Saat pulang ke sekolah tepat pada jam 22:00 p.m Haneul hanya berjalan seorang diri melalui lorong yang sering dia lalui untuk ke rumah kerana itu merupakan jalan pintas ke rumahnya

Sedang saja asik Haneul berjalan sendirian dia terhenti apabila seseorang baru sahaja membaling satu puting rokok di  pada kaki Haneul

Haneul mula mengangkat kepalanya yang tadi menunduk untuk melihat siapa yang membuang puting rokok itu

" H- Hyunjin-aah "

" Hahh~~ tak boleh ke kau tak kacau aku "

" Kenapa kau merokok ? "

" Aishh shibal! "

Hyunjin mula membuang puting rokok yang tadi dia masih menghisapnya lalu datang mendekat pada Haneul

" Yah Hwang Haneul ! Kenapa kau perlu jadi adik aku ha ?! Kau tau tak semua kebencian ni bermula dari kau tak guna !"

Ucap Hyunjin kasar sambil menunjal-nunjal bahu Haneul membuatkan Haneul hanya diam tak terkata dengan wajah yang luka kerana dibuli tadi

" Oppa, oppa tak rasa yang oppa sedang  mabuk "

"HAIH SHIBAL ! Yah " Hyunjin mula menarik kolar baju Haneul dengan kasar mendekati mukanya

" Aku dah cakap jangan panggil aku oppa kau !! Dasar perempuan murahan "

PLAK !

Haneul melepaskan pegangan Hyunjin dan langsung menamparnya dengan keras

" Yah ! Hwang Hyunjin ! Sedar lah !! "

" Hahh~ tak guna " keluh Hyunjin perlahan-lahan

" Hyunjin-aah kau masih bawah umur... Macam mana kau- "

" Itu hal aku lah tak guna ! Tak boleh ke kau jangan masuk campur " jeritnya membuatkan Haneul terkejut

Haneul hanya menangis tidak mampu berbuat apa-apa di dalam fikirannya hanya bertanya apa salahnya sehingga abangnya begitu membencinya dan macam mana Hyunjin boleh merokok dan mabuk begini

Akhirnya Haneul membuatkan keputusan untuk pergi dari situ meninggalkan Hwang Hyunjin sendirian

Namun langkah Haneul terhenti apabila dia terdengar sesuatu yang baru sahaja jatuh dari belakangnya

Haneul perlahan-lahan berpaling ke belakang semua

" Hyunjin ! "

Haneul mendekati abangnya yang sudah pingsan akibat mabuk dan berusaha membangunkannya

" Hyunjin-aah sedarlah " Haneul menepuk-nepuk pipi Hyunjin yang sudah mamai dan berusaha mengangkat lengan Hyunjin dan bawa pulang

______

" Ahh~ ahjuma " panggil Haneul yang sedang letih membawa Hyunjin di sampingnya

" Aigoo~~ Haneul-yaa k-kenapa Hyunjin ?"

" D-dia pengsan "

Ahjuma segera menyingkirkan Hyunjin dari pegangan Haneul dan membawa Hyunjin ke biliknya

Selepas sahaja dia melihat seorang abang yang sedang berbaring di bilik dengan lemahnya dia langsung melangkah kaki ke bilik

" Ahjuma " panggil Haneul apabila ahjuma ingin keluar dari bilik

" Nee ? "

" Eomma sudah tidur ? "

" Nee Haneul-yaa k-kenapa?"

" Boleh pastikan eomma tak tahu tentang Hyunjin?"

" Baiklah Haneul "

" Haneul-yaa " panggil ahjuma sebaik sahaja Haneul ingin melangkah pergi

Haneul berpaling ke belakang dan mengangkat keningnya untuk menjawab ahjuma

" Kenapa muka kamu ada lebam ? "

Haneul yang menyedarinya segera menyembunyikan bekas lebam yang ada pada mulut dan dahinya

" Ahh~ tiada apa-apa ahjuma cuma terlanggar tiang saja "

" Apa yang terkena tiangnya macam tu haihh... Tunggu di bilik ahjuma bawa ubat untuk kamu "

" A-aniyo ahjuma saya tak apa-apa "

"Betul ke ?"

Haneul hanya mengangguk dan tersenyum lebar agar tidak disyaki lebih oleh ahjuma

" Saya pergi dulu ye " ucap Haneul yang langsung membalikkan badannya menuju ke bilik

Skip 30 minit...

Haneul duduk di samping katil dengan posisi berpeluk badan

Dengan biliknya dalam keadaan yang gelap gadis itu hanya menangis seorang diri di dalam bilik sendirian

" Apa salah aku ? Adakah aku pernah buat salah ?"

Soalan sama muncul di kepalanya setiap kali bersendirian memikirkan masalahnya

" Kau tau tak semua kebencian ni bermula dari kau tak guna !"

Masih terngiang-ngiang di kepala Haneul ayat Hyunjin tadi membuatkan kepala Haneul menjadi sakit

" B-berhenti " ucap Haneul sambil menekup kedua belah telinganya

Haneul langsung mengambil botol yang berisikan pil di mejanya dan langsung menelan beberapa pil

Keadaan kembali tenang dan Haneul melihat kearah jamnya yang sudah menunjukkan jam 00:00 tengah malam dan mula memandang kearah tingkap yang ada dihadapannya

" Apakah sesuatu akan berubah selepas jam 12 ??" Ucapnya sambil melihat kearah bulan yang menerangi langit malam

Haneul mendakap badannya dan menundukkan kepalanya ke dalam lengan yang sedang mendakap

𝐙𝐞𝐫𝐨 𝐎'𝐜𝐥𝐨𝐜𝐤 || [Sunoo] ✓Where stories live. Discover now