Websutera

Bangkit wahai pejuang, daripada mimpi-mimpi tuntunan syaitan!
          	
          	Mahukan sebuah nasihat demi kasih sayang? Hayatilah ini:
          	 
          	"Memperolok, mengejek dan memandang rendah orang lain sebenarnya disebabkan oleh hati yang busuk. Di dalamnya tertanam perasaan ego, sombong dan merasa diri sendiri lebih sempurna, tinggi dan serba cukup tanpa merasa sebarang kekurangan."
          	-- Prof. Dato' Paduka Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dalam buku Tafsir Ayat Ahkam

Websutera

Bangkit wahai pejuang, daripada mimpi-mimpi tuntunan syaitan!
          
          Mahukan sebuah nasihat demi kasih sayang? Hayatilah ini:
           
          "Memperolok, mengejek dan memandang rendah orang lain sebenarnya disebabkan oleh hati yang busuk. Di dalamnya tertanam perasaan ego, sombong dan merasa diri sendiri lebih sempurna, tinggi dan serba cukup tanpa merasa sebarang kekurangan."
          -- Prof. Dato' Paduka Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dalam buku Tafsir Ayat Ahkam

Websutera

Assalamualaikum, tuan dan cikpuan yang disayangi.
          
          Alhamdulillah, cetakan ke-3 novel DI SEBALIK HIJAB sudah ada dalam stok.
          
          Berminat? Hubungi saya.
          ----------+----------
          
          Setiap makhluk mukallaf yang berdialog dengan Allah melalui al-Quran, solat, zikir dan amalan ibadah wajib dan sunat yang lain akan menemui jalan pulang. Lalu Allah dengan segala kebesaran dan keagungan-Nya pasti menjawab.
          .
          
          Apa ada dengan gua yang mengajak cinta masuk ke dalamnya? Apakah ada di sebalik hijab gua dan pergunungan? Tujuh pemuda beriman mencari cinta Allah yang abadi, bukan melarikan diri lantaran takut. Dakwah dan jihad, itulah yang mereka dambakan. Gua nyaman menjadi titian merentas masa untuk menjadi iktibar di masa depan.
          .
          
          Dalam pada itu, di suatu masa hadapan... kumpulan pejuang berjihad harta benda dan jiwa raga demi meraih nilai syahid, bahkan redha Allah semata-mata. Perjuangan seringkali perlu strategi, bukan main belasah membuta tuli! Itulah nilai sebuah cinta, bersama hijab gua dan alam fauna yang senantiasa menunggu manusia-manusia yang soleh.
          .
          
          Pemuda jihad, Mujahiden dan alam buana... sama-sama mencari cinta! Demi cinta, sebuah gua dan banjaran gunung bersaksi akan keimanan para pemuda. Perang itu tipu muslihat, sabda Rasulullah SAW.
           #DiSebalikHijab, sebuah thriller-sejarah.

Websutera

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim. Dengan ini saya berbesar hati membuka pesanan pra-cetak untuk buku himpunan cerpen seram-mistik-paranormal, yang diusahakan secara swaterbit.
          
          Maklumat seperti tertera dalam poster. Selepas ia dicetak, kos pengeposan akan dikenakan.
          
          Tuan dan cikpuan boleh hubungi saya melalui saluran yang disukai; FB Messenger, Instagram, WhatsApp/Telegram atau Twitter.
           #JelmaPuaka- Jangan takut syaitan atau hantu, tetapi takutlah Allah yang mencipta mereka.
          
          Nak hubungi saya di sini? http://www.wasap.my/+601110561074/Jelma-Puaka

Websutera

Legenda sang Kelembai, antara lainnya, masih melambai-lambai menitip rasa ingin tahu. Tentu kau masih ingat, tatkala kita berjalan memasuki rangkaian Gua Kelam, kita menemui satu arca penyu gergasi yang kita menyakini adalah kesan sumpahan sang Kelembai. Kau ingat lagi tak, yang kita pernah dikejar segerembolan kelawar, sehingga kita terjatuh ke dalam longgokan tahi kelawar? Kita ketawa terbahak-bahak, sebelum kena sesah oleh kedua-dua ayah kita.
          
          Sungai itu, ada nilai sejarah. Kajian arkeologi pada dua belas tahun lalu menjumpai banyak tembikar buatan China di dalam gua. Pelik bukan? Tetapi andai kita merujuk catatan sejarah lama, pastinya ia tak pelik lagi. Bahawa sungai Salang dahulunya besar dan dalam. Justeru kapal-kapal sederhana besar boleh belayar sehingga ke pedalaman sini.
           #JelmaPuaka, himpunan cerpen Web Sutera, menjelajah ruang mistik yang mencatat seribu rasa. Insya-Allah akan terbit dalam masa terdekat.
          
          + Mana suku-sakat koi yang tinggal dan menetap di Jerantut, Maran, Kuantan, Jengka, Temerloh dan Lepih? Pastinya tahu Gua Kota Gelanggi.

Websutera

Bagi pembaca yang sudah memiliki buku antologi CLEAR yang ditulis oleh sebarisan penulis, dengan ketuanya Bonda Nor, pastinya telah membaca kisah 'Tadbir dan Takdir Ilahi'. Ia secebis kisah yang saya olah kembali.
          
          Mengapa diolah kembali?
          
          Ia berupa penceritaan watak utama ‘aku’ menjalani sebuah kehidupan jerih di kampung di tahun-tahun 60-an dan 70-an. Kemudian berhijrah ke tanah rancangan Felda. Di sana ‘aku’ dan suaminya membangunkan sebuah keluarga bahagia. Segala kesukaran dihadapi bersama dengan iringan usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
          
          Diceritakan juga pengalaman membesar anak-anaknya, di mana kesemua anak-anaknya berjaya menjadi insan berguna.
          
          'Aku' itu ialah almarhumah Mek (ibu) saya - Mek Yah binti Haji Mat Amin. Beliau penulis asal kisah ini.
          
          Sebelum ini saya kongsikan beberapa bab lain di grup-grup Facebook tertentu, dan majoriti pembaca sukakannya.
          
          Kisah ini saya berikan sentuhan baharu dan kontemporari, dengan penambahan beberapa kisah berkaitan.
          
          Saiz: 12.7 cm x 17.8 cm.
          Muka surat: 290.
          
          * Harga hanya RM10. Boleh dibeli dari Shopee - https://shopee.com.my/product/199580148/6438926450?smtt=0.0.9