Hadif Emilyn

By ivyluvh

11.5K 405 75

Tengku Aisar Hadif & Puteri Emilyn Natalia 2022 More

bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15

bab 1

1.7K 33 1
By ivyluvh


PUTERI Emilyn Natalia terus merebahkan tubuh langsingnya di atas katil. Selimut ditarik sehingga ke dada dan dia menyelesakan kedudukkan kepalanya di atas bantal.

Dia mulai memikirkan statusnya yang sudah bertukar kepada isteri beberapa jam yang lepas. Isteri kepada lelaki yang cukup dibencinya. Dia terima lelaki itu pun sekadar mahu membalas dendam atas apa yang telah dilakukan lelaki itu di zaman sekolah dahulu.

Masih terbayang bagaimana dia dihina, dimalukan lelaki itu di hadapan semua orang. Ya, dulu dia hanyalah seorang gadis hodoh sehingga ramai yang membencikannya dan kini dia bangkit menjadi wanita cantik yang digilai ramai jejaka di luar sana.

Setelah cintanya ditolak lelaki itu, dia tekad akan bencikan lelaki itu sampai mati dan dia tidak akan pernah lupa hatta sekecil kuman sekali pun apa yang pernah lelaki itu buat padanya. Segalanya masih tersemat di fikirannya. Dan kini, dia akan langsaikan dendamnya dengan mudah kerana lelaki itu sudah menjadi sebahagiaan dari hidupnya.

Emilyn tidak tahu mengapa Tengku Aisar Hadif beria mahu memperisterikan dirinya sedangkan lelaki itu telah tolak mentah-mentah cintanya seketika dahulu. Sudah banyak kali Emilyn menolak lamaran lelaki itu dan Hadif tidak pernah putus asa. Sudah hilangkah rasa benci Hadif pada Emilyn yang kotor dan jijik di mata lelaki itu?

Atau Hadif sudah jatuh cinta padanya disebabkan dia sudah cantik dan berjaya? Jika benar, Emilyn akan buat Hadif sepenuh mati cintakan dirinya hingga hanya dia sahaja yang berada di fikiran lelaki itu. Dan jangan harap, dia akan mudah mencintai lelaki yang sudah memijak maruahnya.

Perkahwinan ini dia akan hiasi dengan penuh kebahagiaan bersama Hadif dan apabila tiba masanya nanti, dia akan tinggalkan Hadif. Dia tidak perlukan lelaki itu dalam hidupnya. Biar Hadif tahu, dia bukanlah perempuan yang lemah.

Cintanya sudah mati buat Hadif dan tidak mungkin dia akan kembali mencintai lelaki itu lagi Cukup hanya sekali, dia sudah serik. Lelaki seperti Hadif itu tidak layak mendapat cinta seorang Emilyn!

Selepas majlis tadi pun, dia sudah tidak nampak kelibat Hadif lagi. Dia malas mahu ambil tahu. Cukuplah yang dia tahu, dia berpura-pura di hadapan semua orang yang dia bahagia di samping Hadif. Hakikatnya, tidak. Dia tidak bahagia.

Dia benci lihat senyuman yang terpancar pada wajah Hadif seolah-olah apa yang terjadi di zaman sekolah dahulu, mudah untuk lelaki itu lupakan. Dia jijik apabila Hadif menyentuhnya di hadapan khalayak ramai. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan lagi rasa bencinya pada Hadif.

Sepatutnya malam ini dia akan ikut lelaki itu pulang, namun dia berkeras untuk tinggal di rumah mama dan papanya. Dia sendiri sudah meminta izin dengan papanya, Tuan Habib. Hadif fikir, dengan gelaran suami yang disanjung lelaki itu, dia mahu ambil kisah?

Emilyn sudah tidak mahu fikirkan lelaki itu lagi. Dia mahu tidur. Penat majlis petang tadi pun masih belum hilang lagi. Belum sempat dia memejamkan mata sepenuhnya, pintu biliknya dikuak dari luar.

Terjengul wajah serius suaminya. Pun begitu, Emilyn tidak mengendahkan malah dia mengukirkan senyuman sinis. Mata kembali dipejam, malas mahu melayan kehadiran Hadif di bilik tidurnya.

" Ikut I balik, Emilyn. " serius sahaja nada yang dilontarkan Hadif seraya menapak menghampiri isterinya.

" I tak nak. " balas Emilyn dengan mata yang masih terpejam.

" Jangan degil. " Hadif cuba menahan kesabarannya. Emilyn yang dia kenal dahulu, bukan keras kepala seperti ini.

Emilyn terus membuka matanya. Tajam dia membalas renungan Hadif yang sudah berdiri di tepi katilnya.

" Apa masalah you ni? I dah minta izin papa lah nak tidur sini. " balas Emilyn. Inilah sikap yang dia tidak suka dengan Hadif. Suka memaksa.

" You isteri papa ke? You patutnya kena minta izin dengan I. Maybe I patut ingatkan you. You adalah isteri Tengku Aisar Hadif. " balas Hadif.

" Kalau you nak balik, you pergilah balik. Jangan nak ajak I. " Emilyn kembali memejamkan matanya. Sakit betul hatinya.

" You tahu apa yang I boleh buat dekat you. " ujar Hadif. Dia mengetap rahangnya apabila tiada respon yang diberikan Emilyn. Malah dia lihat gadis itu terus membelakangkannya.

Tidak dapat menahan sabarnya lagi, Hadif terus merentap selimut yang membaluti tubuh Emilyn. Matanya terus tertumpu pada tubuh isterinya yang hanya mengenakan jubah tidur separas paha. Cukup menggetarkan naluri lelakinya.

Jika tidak mengenangkan hubungan mereka yang tidak berapa baik, jangan harap dia akan biarkan malam pertama mereka begitu sahaja. Hadif cuba menahan diri dari menerkam Emilyn apabila melihat jubah tidur yang dipakai isterinya sudah terselak menyerlahkan paha putih itu begitu juga dengan dada Emilyn yang hampir terdedah. Dia tidak pasti jika Emilyn ada niat mahu menggodanya.

" Hadif! Bagi balik selimut I! " Emilyn sudah bangkit dari pembaringan. Dia sudah tidak peduli dengan pemakaiannya saat ini. Dia perasan mata Hadif yang meliar pada batang tubuhnya seketika tadi.

Tidak mempedulikan amarah Emilyn, tubuh Emily terus dicempungnya. Makin kuat jeritan gadis itu.

" Hadif! Turunkan I lah! You ni kenapa? " Emilyn sudah memukul-mukul tubuh tegap Hadif namun sebelah tangannya terus naik memaut leher Hadif, memikirkan kemungkinan yang dia akan jatuh.

Hadif terus membawa Emilyn ke ruangan wardrobe milik gadis itu sebelum dia meletakkan tubuh Emilyn di atas meja solek. Dia mencapai mana-mana sahaja pakaian milik Emilyn. Tidak sesuai rasanya jika Emilyn memakai jubah tidur di hadapan keluarga gadis itu sendiri.

" Pakai cepat. I tak ada masa nak tunggu you. " Hadif menghulurkan pijama kepada Emilyn.

" Jangan paksa I lah, Hadif! " Emilyn sudah memeluk tubuhnya. Dia tidak menyambut huluran suaminya. Wajah dipalingkan dari terus menatap lelaki itu.

" Fikir sikit apa yang family you akan kata. " ujar Hadif.

" So? " Emilyn memberi jelingan buat lelaki itu.

" Fine. You yang minta, sayang. " tidak menunggu lama, Hadif terus mendekati Emilyn lalu melurutkan kedua tali halus jubah tidur yang dipakai isterinya.

" Apa you ni, Hadif? Gila ke apa? " Emilyn terus menahan jubah tidur yang dipakai pada dadanya. Jika dia biarkan, sudah tentu jubah tidur itu akan terlurut jatuh dan sedap sahaja mata Hadif memandang.

" Tukar baju atau I yang akan tukarkan sendiri. I tak main-main Emilyn. " ujar Hadif. Nadanya kini bertukar tegas.

Emilyn merengus kasar lalu menarik kembali tali halus jubah tidur yang dipakainya. Dia menepis pijama pada pegangan Hadif sebelum cardigan yang tergantung  di dalam wardrobe disarung pada tubuh. Dalam hati, tidak puas dia mengutuk Hadif.

Emilyn terus turun dari meja solek. Tanpa menghiraukan Hadif di situ, dia terus keluar dari ruangan wardrobe. Belum beberapa langkah dia melangkah, kakinya sudah tidak berpijak pada lantai. Hadif kembali mencempungnya lalu dibawa keluar dari bilik tidurnya.

Dia menghela nafas.

" I boleh jalan sendiri. Turunkan I. " Emilyn tidak berkasar lagi. Bukan apa, dia risau jika ahli keluarganya tahu tentang hubungan mereka yang kononnya sedang bahagia. Itu sahaja.

" No. You tak behave, sayang. " balas Hadif. Mereka kini sedang menuruni satu persatu anak tangga untuk ke tingkat bawah.

Dah kenapa asyik nak panggil sayang ni? Hendak tidak hendak, Emilyn melingkarkan kedua tangannya pada leher Hadif. Jarak mereka terlalu dekat hingga Emilyn dapat menghidu minyak wangi yang dipakai Hadif. Terpejam erat matanya sebelum dia kembali memandang sisi wajah milik suaminya.

Tidak dia nafikan, Hadif sangat kacak. Disebabkan itu dia tergila-gilakan lelaki itu. Jika Hadif menerimanya dahulu, pasti sekarang ini dia adalah wanita yang terbahagia. Dia tidak akan layan Hadif begini.

Cepat-cepat Emilyn tersedar. Dia patut balas dendam pada Hadif, bukan kembali menanam cinta pada Hadif.

Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah, terus mereka berdua disapa abang Emilyn, Putera Emir Nadhir. Yang lain turut membuang pandang pada Emilyn dan Hadif.

" Amboi, mengada betul sampai Hadif kena dukung. Adik tak ada kaki ke? " perli Emir membuatkan yang ada di ruang tamu itu tersenyum mengusik pada pengantin baru itu.

" Biarlah. Adik kan dah ada suami. Jeleslah tu. " balas Emilyn. Dia semakin mengeratkan lingkarannya pada leher Hadif. Sekali lagi, sekadar mahu membutakan mata mereka bahawa mereka saling mencintai.

" Berat tak tu, Hadif? " kakak Emilyn, Puteri Elina Natasya turut sama mengusik.

" Ringan je ni, kak Lina. Kalau Hadif campak dalam sungai pun boleh lagi ni. " ujar Hadif dengan sengihan. Emilyn di dalam dukungannya sudah mengetap bibir dengan kata-kata Hadif.

" Tak habis-habis nak mengusik adik kamu berdua ni kan? Bukan adik kata nak tidur sini ke tadi? Nak ikut Hadif baliklah ni? " Tuan Habib memandang anak sulung dan anak keduanya dengan gelengan kepala sebelum memandang anak bongsunya. Dah besar pun perangai masih tidak berubah.

" Ha ah, papa. Boleh kan? " Emilyn menggerakkan sedikit tubuhnya memberi isyarat pada Hadif agar menurunkannya. Bukan apa, Hadif seolah-olah mahu mendukungnya sampai tahun depan.

" Lah, apa yang tak bolehnya? Adik kan dah jadi isteri Hadif. Memang wajib pun ikut Hadif balik. " Puan Danila turut bersuara. Dia tersenyum. Tidak sangka, kesemua anak-anaknya sudah mendirikan rumahtangga. Lega hati tuanya serta suami.

" Kalau macam tu adik balik dululah. Nanti adik datang jenguk papa dengan mama. " ujar Emilyn dengan senyuman seraya menghampiri Tuan Habib dan Puan Danila. Kedua orang tuanya itu disalam dan dipeluk erat. Dia hanya mendengar pesanan itu dan ini dari papa dan mama.

Emilyn akan pastikan Hadif akan membenarkannya tinggal bersama Tuan Habib dan Puan Danila selepas ini. Dia akan paksa lelaki itu sepertimana Hadif selalu memaksanya. Tidak mungkin dia mahu tinggal berdua dengan lelaki itu.

Kemudian, dia bergerak merapati abang Emir dan kak Elina.

" Dah lah, adik pergi dulu. " Emilyn menghulurkan tangan pada abang Emir begitu juga dengan kak Elina.

" Goodluck malam pertama. " usik abang Emir dengan sengihan nakal. Dia mengaduh sakit apabila Emilyn menepuk kuat bahunya.

" Hah, kan dah kena. Nak lagi? " balas Emilyn dengan geram. Apalah malang sangat dapat abang macam Emir ni?

" Apa lagi tu, Emir? " tegur Tuan Habib.

" Tak ada apa, papa. Bergurau dengan adik je ni hah. " sengih abang Emir. Dia mengusap bahunya dek tepukan kuat adiknya itu. Dah jadi isteri, ganas betul!

" Kak Lina ada nak pesan apa-apa tak? " Emilyn menyoal seraya mengangkat kedua keningnya. Bersedia untuk menepuk kak Elina juga jika bicara kakaknya itu sama seperti abang Emir.

" Jaga Hadif baik-baik. Jangan sampai dia cari lain. Perangai tu elok sikit, Emilyn. " pesan kak Elina.

Emilyn yang mendengar hanya mencebik. Cari lain pun tak apalah. Apa dia peduli?

" Tengok tu, akak baru pesan. " kak Elina menggelengkan kepalanya.

" Iya, adik dengarlah. " ujar Emilyn. Dia memberi ruang pada Hadif yang mahu bersalam dengan abang Emir dan kak Elina. Dia hanya memerhati sahaja tingkah laku lelaki itu. Konon baik!

Sebaik sahaja Hadif berdiri di sebelahnya, pinggangnya terus ditarik merapat pada lelaki itu. Emilyn menahan sabar. Dia hanya tersenyum pada ahli keluarganya yang memandang mereka.

" Hadif, jaga anak mama ni baik-baik. Kalau Emi ada buat salah, Hadif tegur je. Kalau ada masalah juga, bincang elok-elok. Jangan nak gaduh pula. Yang penting, bagi mama dengan papa cucu cepat-cepat. Mama dah merasa cucu dari abang Emir dengan Kak Lina. " ujar Puan Danila dengan senyuman. Dia berpandangan seketika dengan Tuan Habib yang turut tersenyum.

" InsyaAllah, mama. Hadif akan jaga Emilyn ni baik-baik. " Hadif mengusap lembut bahu isterinya.

" Soal cucu tu mama dengan papa jangan risau. Kami akan usaha sampai dapat. " ujar Hadif dengan tawa di hujung bicara lalu memaut dagu Emilyn untuk memandangnya. Kesemua di situ turut tertawa kecuali Emilyn. Cuma seketika sebelum Emilyn mengalihkan pandangan.

" Uish, jangan gelojoh sangat, Hadif. " gelak Emir. Melihatkan wajah adiknya itu, makinlah dia mahu gelak.

" Stop it, abang Emir! " Emilyn menjenggil biji matanya memandang abang Emir.

" Cepatlah, Hadif. I dah mengantuk ni. " ujar Emilyn lalu dia melangkah terlebih dahulu. Tidak suka dibahan di hadapan keluarganya. Hadif segera mengikut langkah Emilyn selepas berpamitan dengan keluarga mertuanya.

Emilyn tidak menunggu Hadif, dia segera masuk ke dalam perut kereta milik lelaki itu. Di dalam kereta, Emilyn hanya membuang pandangannya ke luar tingkap. Hadif yang mahu berbual dengannya dibuat tidak endah sahaja. Masih geram dengan tindakan lelaki itu yang menganggu lenanya dan dipaksa untuk tinggal berdua dengan lelaki itu.

Can you guys imagine? Argh! I hate you, Hadif!

Continue Reading

You'll Also Like

160K 3K 28
When Chef Margot loses her beloved restaurant to her cheating ex-fiance, her best friend, single dad Nathan, steps in with an unexpected offer to hel...
Wattpad App - Unlock exclusive features