Aku Yang Menanti [EBOOK]

_louvrees_ tarafından

232K 3.6K 752

*10 bab awal untuk sneak peak "Siapa budak tu?" "Dia anak aku." Bagaimanakah rasanya, bilamana kepulangan seo... Daha Fazla

↗ Bab 2 ↘
↗ Bab 3 ↘
↗ Bab 4 ↘
↗ Bab 5 ↘
↗ Bab 6 ↘
↗ Bab 7 ↘
↗ Bab 8 ↘
↗ Bab 9↘
↗ Bab 10 ↘
Love Letter from Aris-Faliq
READY EBOOK

↗ Bab 1 ↘

11.5K 393 55
_louvrees_ tarafından

I'm still here, waiting for him. Silly me, for loving someone who doesn't love me back.-Indah Qarissa

~~~

I know you're somewhere out there

Somewhere far away
I want you back, I want you back
My neighbors think I'm crazy
But they don't understand
You're all I have, you're all I have

At night, when the stars light up my room

I sit by myself
Talking to the moon
Trying to get to you
In hopes you're on the other side, talking to me too
Or am I a fool, who sits alone, talking to the moon? Oh

I'm feeling like I'm famous, the talk of the town

They say I've gone mad
Yeah, I've gone mad
But they don't know what I know'
Cause when the sun goes down, someone's talking back
Yeah, they're talking back, oh

Tanpa sedar, air mata aku meluncur laju menuruni pipi sejak dari awal suara nyanyian itu bergema.

Aku tutup komputer riba setelah beberapa kali mendengar lagu yang dinyanyikan semula oleh seorang penyanyi lelaki yang cukup misteri itu.

Setiap kali video nyanyiannya dimuat naik ke laman YouTube, tidak pernah sekali pun wajahnya ditunjukkan. Hanya sebuah gitar dan tangannya yang tersarung cincin mahal di jari manis ketika memetik gitar sahaja ditayangkan.

Namun, bukan gerangan sang penyanyi yang buatkan aku teruja. Nyanyian dengan suara serak basahnya yang selalu berjaya membuatkan aku rasa 'sesuatu'.

Terasa dekat, tapi tak pernah tahu kerana apa.

Aku lepaskan keluhan berat sebaik sahaja lampu bilik aku tutup dan mula merebahkan diri di atas katil.

Trying to get to you
In hopes you're on the other side talking to me too

Six years already since he left me.

Aku sendiri tak sangka, aku boleh bertahan sejauh ini.

Aku memejamkan mata apabila kelopak mata terasa berat. Menjemput lena dan hanya menanti untuk hari esok tiba.

Well, it seems like I need to wait for another six years...

Just for him.

~~~

Bunyi telefon bimbit yang berdering kuat menyebabkan fokus aku yang tadinya begitu khusyuk menyiapkan laporan untuk mesyuarat esok hari terganggu.

Pen di tangan aku lepaskan ke meja dan skrin telefon aku kerling seketika untuk melihat nama pemanggil.

Hafiy sengal is calling...

Serta merta, rasa ingin marah kerana diganggu tadi aku gantikan dengan senyuman lebar di bibir. Laju aku meleretkan jari di atas skrin pada butang hijau untuk mendengar suara pemanggil.

"Wei budak, jom lunch dengan aku harini!" Tanpa sebarang ucapan salam, pemanggil di sana sudah bersuara terlebih dahulu menyebabkan aku terpaksa menjauhkan telefon dari telinga gara gara suara sergahannya yang hampir berjaya memecahkan gegendang telinga aku.

"Bila masa kau balik sini? Ingatkan nak duduk sana terus, alang alang tackle awek mata sepet!" Aku menyindir Hafiy di talian sambil melihat kalendar kecil yang aku letakkan di atas meja kerja.

Hampir tiga bulan Hafiy menghilangkan diri ke Jepun atas urusan kerja. Tak sangka pulak aku, hari ini dia sudah pulang.

Tak macam yang seorang tu. Sudah enam tahun. Entah bagaimana khabarnya.

"Alololo...Aris rindu aku! Terharunya!"

"Ceit. Memang taklah!" Aku menafikan sambil buat muka meluat seolah Hafiy ada di depan mata.

"Dah, tak ada masa nak gaduh dengan kau. Jom la, lunch sekali. Aku send location, pandai pandai la kau cari nanti."

"Yelah, kau belanja kan?" Ujarku sebelum melihat sekilas jam di pergelangan tangan. Dah cantik dah masa kalau nak keluar sekarang. Lagi lima minit sebelum masuk waktu makan tengah hari. Mujur aku tengah 'bendera merah'. Tak perlu terkejar kejar untuk ke surau selepas makan nanti.

"Ye, aku belanja. Dah, bye!" Hafiy mematikan talian tanpa menunggu balasan aku.

Telefon bimbit aku letakkan di dalam tas tangan dan mula mengemas meja kerja yang agak berselerak. Sempat aku tandakan pada muka surat terakhir laporan di dalam fail supaya tidak terlupa.

"Aris, jom lunch dengan Iz?" Belum sempat aku ingin beredar, terasa pergelangan tangan aku dipegang oleh seseorang.

Cukup dengan hanya mendengar suara itu tanpa melihat wajahnya, cepat cepat aku tarik semula tangan aku dari genggamannya.

"Jom lunch sekali. Naik kereta Iz. Jimat sikit duit minyak, kan?" Izwan mengulang permintaannya berserta dengan tawaran untuk menumpangkan aku sekali.

Aku ketap bibir sambil memejam mata, cuba menahan rasa rimas tiap kali Izwan tanpa sembunyi mahu mendapatkan perhatian aku.

"Sorry, Iz. Aris dah janji nak lunch dengan orang lain." Aku cuba menolak pelawaannya secara sopan padahal dalam hati, memang aku tak mahu makan sekali dengan Izwan.

"Alah, tapi Iz dah booking tempat untuk kita. Jomlah..."

"Tak boleh, Iz. Kawan Aris dah tunggu." Kali ini suara aku naik setingkat cuba untuk memahamkan Izwan yang masih mendesak.

"Sampai hati Aris..."

"Aris dah lambat ni. Bye!" Cepat cepat aku memotong bicara Izwan dan terus melangkah ke arah lif untuk bergerak turun ke tingkat bawah.

Aku hembuskan nafas lega apabila sudah selamat masuk ke dalam kereta dan bayang Izwan tidak lagi kelihatan.

Brek tangan aku turunkan sebelum menekan pedal minyak memulakan pemanduan ke sebuah sebuah restoran yang sudah dihantar lokasinya oleh Hafiy.

Tak ada seorang pun di pejabat yang tahu aku sudah mendirikan rumah tangga hampir enam tahun lamanya kecuali Cik Medina, salah seorang ketua bahagian merangkap penyelia atasan aku di tempat kerja.

Bukan aku sengaja ingin menyembunyikan status aku sebagai isteri orang, atau lebih tepatnya isteri kepada seorang Faliq Adrean tapi...

Apa alasan yang aku ada sekiranya orang lain bertanya tentang keberadaan suami aku?

Suami saya ada, cuma dah enam tahun dia tak contact saya.

Mustahil aku nak buka pekung rumah tangga sendiri.

Atas alasan apa aku ditinggalkan tanpa khabar berita begini?

Jawapannya mudah.

Faliq tak pernah cintakan aku. Sanggup ambil keputusan untuk berkahwin dengan aku sekadar cukup syarat jika dia mahu menyambung pelajaran ke luar negara.

Just call me stupid for trusting him.

~~~

Aku melangkah masuk ke restoran mewah itu selepas mengunci pintu kereta. Kelibat Hafiy aku cari. Duduknya di suatu sudut yang agak tersembunyi dari pandangan membuatkan agak sukar untuk aku mencari pada awalnya.

Aku labuhkan duduk di hadapan Hafiy yang masih leka dengan telefon di tangannya.

"Dah order ke belum? Aku dah lapar ni."

"Dah, kejap lagi sampai la tu." Hafiy menjawab pertanyaan aku tanpa mengalihkan pandangan.

Seperti yang dikatakan Hafiy, tidak sampai beberapa minit menunggu seorang pelayan menghantar pesanan di atas meja.

Kecur liur aku dibuatnya apabila Hafiy menolak sepinggan spaghetti meatball bolognese di hadapan aku. Sudu dan garfu juga dihulurkan

"Makan la." Hafiy mempelawa.

"Tau pulak eh kau aku nak makan apa." Ujarku pada Hafiy sebelum melakukan suapan pertama.

Fuh, sedapnya!

"Tolonglah, ini Hafiy kot! Bukannya sehari dua je aku kenal kau." Hafiy menjawab sambil menepuk dadanya konon konon begitu bangga.

Tapi, memang betul pun. Dari zaman sekolah menengah aku berkawan dengan Hafiy sehinggakan rahsia aku turut menjadi rahsianya dan begitu juga sebaliknya.

Let's just say, aku kahwin dengan Faliq pun sebab dia juga sebenarnya.

"Kau okay tak aku tak ada tiga bulan ni?" Hafiy menyoal sekadar tidak mahu suasana makan tengah hari kami menjadi sunyi.

"Kenapa pulak aku tak okay? Aku kena tinggal dengan orang tu dekat enam tahun pun okay je." Selamba jawapan aku membuatkan perlakuan Hafiy yang baru ingin menyuap makanan itu terhenti.

Hafiy mengangkat wajahnya melihat aku yang masih beriak tenang.

Keluhan beratnya terlepas dari bibir.

Sudu dan garfu dilepaskan dari tangan dan dirinya makin dirapatkan ke meja tanda dia ingin berbicara serius.

"Aris, kau...tak nak tuntut fasakh ke?" Perlahan suara Hafiy seakan teragak agak untuk bertanya mungkin tidak mahu aku terasa hati dengan patah katanya.

Aku ambil nafas panjang.

"Kau tau kan jawapan aku? Aku nak tunggu dia. Aku nak tau apa dosa aku dengan dia sampai dua buat aku macam ni. Ka-kalau dia nak ce-ceraikan aku, aku nak dia lafaz depan mata aku sendiri." Suara aku sedikit tersekat pada ayat yang terakhir.

Aris menipu. Macam ni ke yang okay sangat tu kalau Hafiy baru tanya satu soalan pun kau dah lemah?

Tak berani aku mengangkat wajah untuk bertentang mata dengan Hafiy yang jelas jelas sedang menikam wajah aku dengan pandangannya.

"Kau tak cukup bijak untuk tipu aku, Aris." Ujar Hafiy berjaya membuatkan benteng pertahanan aku runtuh.

Air mata mula gugur setitis demi setitis.

"Bodoh ke aku sebab masih tunggu dia, untuk bagi dia peluang?"

Hafiy kekal diam menunggu aku menghabiskan bicara.

"Ka-kalau aku tak terlalu fikir kenapa dia tinggalkan aku, mesti an-anak aku dengan ada lagi kan? Mesti dia dah be-besar kan sekarang? Mesti dia dah pandai bercakap, hari hari panggil aku ibu." Suara aku makin tersekat ketika membayangkan anganan itu menjadi realiti.

"Salah aku ke anak aku pergi?"

Seketika kemudian, wajah aku angkat memandang ke arah Hafiy yang langsung tidak nampak terkejut melihat air mata yang mula mengalir laju menuruni pipi aku.

Sudah terlalu biasa baginya menghadap emosi aku yang tak pernah baik setiap kali soal Faliq dibangkitkan.

Keluhan beratnya terlepas.

"You're already tired with all of these. Yes, I know. But trust me, at the end of the day, you'll see that you really worth this fight." Serius bicara Hafiy sedikit sebanyak membantu aku kembali yakin untuk terus bertahan.

Mungkin bila sampai suatu saat, Faliq akan lepaskan aku pergi dari hidupnya secara sah melalui lafaz cerai.

Aku dan Hafiy sama sama diam selepas itu membuahkan suasana yang agak janggal.

"Aris lunch dekat sini jugak? Lah, kalau Aris bagitau tadi boleh je kita datang sekali." Suapan terakhir aku terbantut apabila terdengar satu suara menegur dari tepi.

Aku dan Hafiy serentak berpaling ke arah pemilik suara itu. Hafiy masih dengan riak tenangnya manakala aku sudah terkejut beruk melihat wajah lelaki itu.

Tak, sekarang ni masalahnya kenapa Izwan pun mesti makan tengah hari dekat sini?

Dia ikut aku ke?

"Ini ke kawan Aris tu? Iz ingatkan perempuan." Ujar Izwan lalu mengerling ke arah Hafiy.

Aku tak bodoh untuk nilai apa yang aku nampak di depan mata.

Riak wajah Izwan kelihatan tegang ketika Hafiy menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Sesiapa boleh beritahu aku, apa sebenarnya masalah si Izwan ni?

Melihat huluran tangannya tidak disambut Izwan, Hafiy bertindak menarik semula tangannya.

Hafiy pula sudah menyangkan senyum sinisnya.

"Sorry. Aku bukan setakat kawan, tapi aku boyfriend Aris. So please respect sikit bro. Tak payah nak tenung awek aku lebih lebih macam tu." Selamba bicara Hafiy bukan saja membuatkan Izwan malah aku juga turut merasa terkejut juga.

Dan lebih jelas, riak terkejut Izwan tak dapat aku kalahkan.

"Aris tak bagitau pun Aris dah ada boyfriend?" Izwan menyoal lagi tanpa mempedulikan Hafiy dan anak matanya terus terusan merenung aku tajam bagai mengharapkan aku berkata tidak atau menafikan bicara Hafiy.

"Sebenarnya..."

"Kau siapa dalam hidup Aris? Officemate je kan? Wajib ke dia bagitau kau? Sudah la bro, tak payah nak beria sangat." Hafiy memotong laju bicara aku dengan kata kata sindiran yang lebih dahsyat membuatkan Izwan mengetap rahangnya tanda bengang.

"Aris, Iz minta diri dulu. Dekat office nanti kita jumpa." Izwan berpamitan dan menghadiahkan senyuman manisnya pada aku sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan restoran.

"Psycho mamat tu."

"What was that?" Laju aku menyoal Hafiy tanpa mengendahkan ayat penyata yang keluar dari mulut Hafiy.

Hafiy yang sedari tadi menghantar kepergian Izwan dengan matanya mengalih pandang ke arah aku dengan dahi yang berkerut.

Matanya terkebil kebil memandang aku.

"Apa yang what was that?" Hafiy menyoal tanda tidak mengerti maksud soalan aku.

"Yang kau sesuka hati declare jadi boyfriend aku tu kenapa? Aku kahwin dah lama pun aku tak kecoh dekat budak ofis." Aku menjawab pertanyaan Hafiy dengan nada geram.

Dan, hanya disambut tawa sinisnya.

"Kau tu isteri orang, Aris. Kau tak nampak muka jealous dia tadi macam mana? Terang terang dia ada perasaan dekat kau. At least, aku tolong dia, apa? Karang tak pasal pasal berdosa sebab simpan perasaan dekat bini orang. Nak tunggu kau sendiri mengaku kau tu isteri orang? Lambat lagilah jawabnya."

Aku terkedu dengan bicara Hafiy lagu lagi bila dua ayat terakhirnya tadi jelas diselitkan nada sinis.

Aku dengan Hafiy bukan tak biasa sindir menyindir antara satu sama lain tapi entah mengapa, kali ini sindirannya seakan menusuk tepat pada sasaran.

Aku terus diam selepas itu. Mati akal untuk membalas bicara pedas Hafiy kerana semuanya benar belaka.

"Makan cepat. Aku ada meeting lepas ni."

Dan begitulah aktiviti makan tengah hari kami diakhiri dengan begitu janggal apabila Hafiy seakan berdingin.

~~~

Tepat jam 7.30 malam, aku tiba di rumah selepas terpaksa menghadap kesesakan jalan raya selepas tamat waktu kerja jam 6 petang tadi. Penat memang la penat, tapi apa boleh buat? Setiap hari itulah rutinnya. Nak merungut pun tak dapat apa.

Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib sekaligus Isyak, aku terus merebahkan diri ke katil apabila mata terasa semakin memberat.

Mujur dua tiga hari ini kerja aku tak terlalu banyak. Itupun kerana Cik Medina awal awal berpesan supaya aku bersiap sedia untuk menerima projek baru untuk minggu hadapan. Masa itulah, segala macam penat terpaksa aku letak tepi demi memberikan komitmen yang terbaik.

Sedang aku melayan kantuk menunggu lelap, pintu bilikku diketuk seseorang dari luar.

Tidak lama, pintu bilik terbuka dan wajah mama menyapa pandangan.

Mama melangkah mendekati aku dan melabuhkan duduk di birai katil. Rambut ikal mayang aku yang panjangnya sudah melepasi pinggang mama urai lembut membuatkan rasa mengantuk semakin mendorong aku untuk memejamkan mata.

Sudah bertahun aku biarkan rambut aku memanjang tanpa dipotong. Entah bila, mungkin sejak Faliq tinggalkan aku.

"Mama tengok, Aris dah lama tak pergi jenguk mama Aris lagi sorang tu kan?"

Spontan, mata yang memberat tadi terbuka luas.

'Mama Aris lagi sorang.'

Mama, merujuk kepada Puan Fatihah. Ibu mertua aku atau lebih tepatnya, mama Faliq.

Aku kekal membisu dan kembali memejamkan mata tanda tidak berminat untuk meneruskan perbualan.

Bukan kerana aku sakit hati dengan Faliq, marah aku terkena tempiasnya pada mama.

Tapi...

Setelah berapa lama aku tidak menjenguk mama dan abah, apakah masih ada ruang untuk aku sebagai seorang menantu dalam keluarga itu walhal anak mama dan abah yang seorang itu juga tidak ada untuk memberi kata putus tentang hubungan kami di sini?

"Aris..." Mama menegur apabila aku masih memilih untuk berdiam diri.

"Aris, dengar tak mama cakap apa ni?" Suara mama sudah naik seoktaf.

"Ye, Aris dengar." Lemah suara aku memberi jawapan.

"Esok, pergilah jenguk diaorang. Dari minggu lepas lagi, mama Faliq telefon mama, bagitau yang dia rindu Aris. Sampai bila Aris nak macam ni dengan keluarga mertua?"

Hati mula diselubungi serba salah.

"Mama pun tak tahu apa nak jadi dengan Aris. Kalau Faliq tau Aris buat macam ni dekat keluarga dia, mesti dia kecewa." Ujar mama begitu serius sebelum terus bangun dan keluar dari bilik seakan kecewa benar dengan aku.

Bibir aku ketap geram sebelum tanpa dapat ditahan lagi, air mata aku mengalir jatuh.

Kalau Faliq tahu, benarkah dia akan kecewa?

Kenapa, mama seolah cuba meletakkan kesalahan di bahu aku untuk aku pikul sendiri sedangkan selama ini, bukan aku yang pergi tinggalkan Faliq selama bertahun tahun tanpa sebarang khabar berita namun perkara itu sebaliknya.

Semuanya salah akukah Faliq pergi?

~~~

100721

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
482K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
873K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
276K 10.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...