Jangan Buka Hijabku

By jeffhamz

23.3K 3.1K 894

𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙃𝙄𝙅𝘼𝘽𝙆𝙐 Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di at... More

PROLOG
Episod 1: HANTU DAPUR
Episod 2: HANTU BONCENG
Episod 3: HANTU TANGLONG
Episod 4: JALAN YANG HILANG
Episod 5: SPIRIT OF THE COIN 1
Episod 6: SPIRIT OF THE COIN 2
EPISOD 7: PUAKA JAM 3.00 PAGI
Episod 8: THANKS MR GHOST!
Episod 9: BANGLO PUAKA DI TEPI KUBUR
Episod 10: PEREMPUAN TANPA KEPALA
Episod 11: IBLIS DALAM ALMARI
Episod 12: OPS CANTAS KEPALA JIN
Episod 13: TILAM PUAKA 1
Episod 14: TILAM PUAKA 2
Episod 15: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 1
Episod 16: KEKASIHKU PUTERI BUNIAN 2
Episod 17: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 1
Episod 18: MAYAT TERBANG DI LEBUHRAYA 2
Episod 19: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON
Episod 20: TRAGEDI PANTAI PORT DICKSON 2
Episod 21: SUMPAHAN BAPA JIN
Episod 22: ALLAHU..JIRANKU CIK PONTI!!
Appendix Episod 22: MAAFKAN SAYA!
Episod 23: PUAKA AYER HITAM
Episod 24: GADIS AYU BERKEBAYA KUNING
Episod 25: KEKASIH GELAPKU CIK PONTI
さようなら..さようなら (SAYÕNARA..SAYÕNARA)

Episod 26: PENONTON TANPA JASAD

456 71 48
By jeffhamz

Seperti episod-episod sebelumnya, episod di bawah ini juga based on my real experience. Paranormal experience!

Teruskan membaca:

Kejadian ini berlaku ketika covid-19 belum melanda negara. Sektor pelancongan masih utuh ketika itu. Kita boleh bergerak ke mana-mana tanpa zon merah atau zon tidak merah. Hotel sentiasa penuh terutama di musim cuti sekolah.

Sempena cuti sekolah hujung tahun, aku dan isteri  membuat keputusan untuk bercuti bersama anak-anak ke selatan tanah air. Kebetulan aku ada sedikit urusan keluarga di Johor. Sambil-sambil melangsaikan urusan keluarga di Johor, bolehlah jalan-jalan sekali.

Maka pada hari yang ditetapkan bertolaklah aku bersama isteri dan lima orang anak ke selatan tanah air.

Mula-mula aku, isteri dan anak-anak ke Melaka. Banyak tempat  di bandaraya bersejarah itu kami lawati. Asam pedas pula menu wajib bila makan di Melaka.

Kemudian kami ke Johor. Hari terakhir di Johor, kami pergi ke bandar BP kerana aku ada sedikit urusan untuk dilangsaikan di bandar BP.

Selepas urusanku di bandar BP selesai aku mencari hotel untuk penginapan kami sekeluarga malam tersebut.

Malangnya puas google namun semua hotel dan homestay di BP sudah penuh. Rupanya semua hotel dan homestay penuh sebab sebuah universiti awam di BP mengadakan majlis konvokesyen selama tiga hari. Ramai ibu bapa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak bertumpu ke BP hadir  meraikan anak-anak mereka yang menerima ijazah atau diploma. Sebab itulah semua hotel dan homestay di BP penuh.

Aku menelefon seorang kawan yang kerja di JB. Manalah tahu dia ada idea bagi mengatasi masalah aku.

"Kau dah cuba tanya Rest House BP?," tanya kawan aku, Lann. "Mana le tau rest house ada bilik kosong"

"Rest house?."

"Ahaa..Rest house. Ngape?"

"Ada lagi ke rest house, Lann? Aku ingat rest house dah tak ada.."

Rest house ialah rumah persinggahan untuk pegawai kerajaan. Dulu kebanyakan bandar di Malaysia  ada rest house sebagai tempat rehat pegawai kerajaan. Tetapi sekarang setahu aku banyak  rest house yang tak wujud lagi. Jika ada pun sudah rebranding dengan nama lain dengan pengurusan baru.

Lann yang kerja di Majlis Bandaraya Johor Bahru memberi aku nombor telefon rest house BP. Mujur juga selepas menelefon, penjaga rest house BP memberitahu masih ada bilik kosong. Alhamdulillah..

Alhamdulillah...masalah pertama sudah selesai.

Kini masalah kedua adalah untuk mencari lokasi rest house BP.  Hendak cari rest house BP mengambil masa juga.  Aku hentikan kereta, tanya ramai orang di mana lokasi rest house. Tapi nampaknya orang BP sendiri pun tidak ramai yang tahu di mana letaknya rest house BP.  Puas tawaf keliling bandar tapi rest house masih tidak jumpa.

Nasib baik semasa isi minyak kereta di Petronas, seorang cashier di situ tahu di mana rest house BP.
Dia beritahu aku arah ke rest house.

Berpandukan signboard yang sudah pudar catnya akhirnya jumpa juga kami dengan rest house tersebut. Ketika itu hari semakin gelap.

"Di sini tempat kita nak tidur malam ni? Scarynya!!" kata isteriku, Im sambil jarinya menunjukkan ke arah satu bangunan dua tingkat yang kelihatan agak tua dan uzur. Bangunan tua tersebut di kelilingi pepohon rendang dan tompokan belukar kecil menampakkan rest house itu tidak diuruskan seperti sepatutnya.

Tingkat bawah rest house  merupakan tempat parkir kereta. Di tingkat atas terletak kaunter pendaftaran dan bilik penginapan.

Ketika menaiki tangga untuk ke tingkat atas, terlihat papan tanda dengan tulisan ejaan lama:

Nak tahu berapa lama usia bangunan rest house itu, boleh tengok ejaan yang digunakannya:

pintu masok: pintu masuk
di-tegah: ditegah
ke-dalam: ke dalam
perentah: perintah

Ia ejaan lama bahasa Melayu yang digunakan lebih 30 tahun lalu. Mungkin rest house itu sudah berusia 50, 60 atau 70 tahun.

Setibanya di meja pendaftaran, seorang lelaki Cina  berusia dalam lingkungan umur 70an  menyambut kedatangan kami. Lelaki tersebut cuma berbaju nipis berbutang di dada dan berseluar track. Tiada komputer atau pun laptop di depannya seperti kaunter pendaftaran hotel. Pendaftaran hanya menggunakan buku nota besar yang biasanya dipakai penuntut sekolah menengah ketika belajar.

"Rest house ni ada berapa bilik boss?" tanya aku selepas membayar wang tempahan bilik.

"14 bilik" jawab lelaki tua itu.

"Malam ni ramai ke orang  sewa rest house ni?". Aku tanyakan soalan itu kerana aku dapati cuma kereta aku dan sebuah van buruk berada di tempat parkir. Aku percaya van buruk tersebut kepunyaan lelaki itu sendiri.

"Ramai juga" jawab lelaki berkenaan acuh tak acuh. Aku tidak tahu hendak percaya atau tidak dengan kata-katanya.

Lelaki Cina tersebut kemudian memberi aku kunci bilik dan menunjukkan arah bilik penginapan.

Walaupun harga sewa bilik semalam baru RM80 lebih  saja tetapi rest house itu mempunyai keluasan yang boleh tahan juga besarnya. Keluasan bilik lebih kurang 9x7 meter. Bilik itu terbahagi kepada 3 ruang: bilik tidur, ruang tamu dan bilik air. Bilik tidur ada tiga katil saiz queen yang memadai untuk kami sekeluarga berkongsi tidur. Antara bilik tidur dan ruang tamu ada sekatan dibuat dari buluh.

Bilik tidur rest house BP


TV di bilik itu merupakan sebuah TV tua. Hanya dapat siaran TV1, TV2 dan TV3. Saluran TV lain tidak dapat, apa  lagi siaran astro seperti hotel-hotel biasa.

"Kita nak makan di mana malam ni?" tanya aku kepada isteri selepas solat isyak. Ketika itu perut sesekali sedang rancak menyanyikan lagu rock.

"Kita makan nasi beriyani gam nak?". Cadangan yang baik dari puan isteri. Sesiapa ke BP, lawatan tidak akan lengkap jika tidak menjamu nasi beriyani gam.

"Esok kita makan mee racun pula,". Puan isteri kalau pasal tempat makan menarik di sesuatu tempat semua dia tahu! Sebelum ini pun aku pernah dengar tentang mee racun BP yang terkenal itu. Esok bolehlah kami cuba sejauh mana keracunannya mampu membunuh kami, hahaha..

Lepas makan malam di sebuah kedai nasi beriyani gam yang paling popular di BP, kami pun balik ke rest house. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Di tempat parkir hanya ada dua kenderaan: kereta aku dan van buruk sama yang aku nampak masa mula sampai tadi.

"Apek tu kata tadi ramai orang sewa malam ni. Tapi hanya kereta kita dan van tu saja yang ada di sini. Di mana yang ramainya?" kata Im.

"Orang lain keluar kot. Nanti bila semua balik meriahlah rest house ni," kata aku untuk sedapkan hati puan isteri dan anak-anak. Tapi dalam hati aku sudah agak jawapannya: hanya kami sekeluarga penyewa tunggal rest house ini!

Kerana kekenyangan dan keletihan, masuk saja bilik, anak-anak terus melompat naik atas katil. Ada yang membelek henset, ada yang menonton TV.

"Dah pukul 12.00 ni. Jom semua orang tidur. Esok pagi-pagi kita dah nak balik Kedah," kata aku memberi arahan sambil tangan menutup TV.

Aku memang jenis susah tidur jika tidur di tempat yang aku tidak biasa tidur. Ketika Im dan anak-anak barangkali sedang bermimpi, mata aku masih terkebil-kebil untuk memaksa tidur.

Tapi baru sahaja aku hendak melelapkan mata, TV yang sudahpun ditutup tiba-tiba terbuka kembali. 

Masa mula aku ingatkan ia permainan anak-anakku yang memang nakal itu. Tapi bila aku perhatikan anak-anak dan isteri semuanya sedang tidur, aku tahu ia bukan permainan mereka.

"Aittt...macam mana TV terbuka balik? Tadi kan dah tutup?" kata aku sambil merenung remote control yang terletak atas meja di sebelah aku.

Aku mencapai remote control dan menutup semula TV. Tapi baru saja aku cuba hendak pejamkan mata, TV terbuka sekali lagi.

"TV terbuka balik ka?" tanya Im yang terjaga dari tidur.

"TV tua..macam ni lah. Dia dah nyanyuk kot.." kata aku sambil mengambil remote control dan menutupnya sekali lagi. 

Tapi sekali lagi, baru saja hendak tidur, TV terbuka kembali.

Banyak kali juga perkara itu berulang. Tujuh kali rasanya.

"Something wrong somewhere.." kata aku sambil memerhatikan wajah isteri yang kelihatan sudah mula cuak. Mujur anak-anak sedang nyenyak tidur ketika itu. Kalau tidak pasti riuh dengan pelbagai andaian.

Aku pergi melihat TV dan memeriksanya. Tetapi nampak TV macam tidak ada masalah. Semua okay!

Dalam hati aku membuat andaian jahat: mungkinkah ada 'orang kelapan' dalam bilik ini selain aku, isteri dan lima orang anak kami? Mungkinkah antara kami bertujuh ada seorang penonton tanpa jasad yang berkongsi bilik dengan kami?

Aku tarik plug yang menghubungkan arus elektrik dengan TV. Kalau arus  elektrik sudah terputus, TV tidak mungkin akan terbuka lagi, fikirku.

Selepas menarik plug TV keluar, aku menaiki katil untuk menyambung tidur.

Tetapi baru saja aku menaiki katil, tiba-tiba terdengar TV berbunyi dengan volume suara yang sangat kuat. Sangat kuat sehingga hampir memecahkan telinga!

"Plug dah ditarik keluar, macam mana TV boleh on balik?" tanya isteriku Im dengan suara ketakutan. Ketika itu semua anak-anak yang baru tidur terbangun kembali, terkejut dengan bunyi suara TV yang begitu kuat. Perasaan terkejut dan ketakutan jelas terpancar di wajah mereka.

Aku berdiri. Ketika itu aku teringat pesan aruah ayah: kalau berhadapan dengan entiti yang tidak dikenali, jangan menentang mereka. Ini kerana kita tidak nampak mereka. Mereka pula mungkin nampak kita. Kita juga tidak tahu kekuatan mereka, sedangkan mereka mungkin tahu kelemahan kita. Jadi cara terbaik berhadapan sesuatu yang tidak kita kenali ialah jangan menentang mereka, jangan provoke mereka. Sebaliknya cubalah pujuk mereka. Mana tahu ia berkesan.

"Siapa pun kamu di sini, tolong jangan ganggu kami. Tolonglah, tolonglah, tolonglah..." aku merayu dengan suara yang kuat, "Kami cuma datang untuk tidur. Esok kami janji akan tinggalkan tempat ni. Nak tengok TV, tengoklah malam esok. Tolonglah jangan ganggu tidur kami malam ni. Tolongkah.."

Serentak dengan kata-kata aku itu, tiba-tiba aliran elektrik terputus..blackout! Suara TV yang kuat tadi juga terhenti serta merta.

Aku, isteri dan anak-anak berkumpul rapat-rapat. Kami tidak bersuara. Hanya nafas kami yang berat terdengar memecahkan awal pagi yang begitu hening.

Mujurlah keadaan itu cuma berlangsung selama kira-kira dua minit. Kemudian aliran elektrik pulih kembali. Dan  TV tidak  terbuka lagi hinggalah ke pagi esoknya.

Semua kami meneruskan tidur. Tiga katil di bilik itu kami  satukan, kami tidur rapat-rapat. Semua  lampu termasuk lampu bilik air aku nyalakan bagi mengurangkan rasa takut isteri dan anak-anak. Cuma lampu berdekatan katil kami saja ditutup.

Esoknya selepas mandi kami semua meninggalkan rest house itu dengan rasa lega.

Masa hendak serahkan kunci kepada seorang wanita berusia lewat umur 60an yang menjaga kaunter, ringan sahaja mulut aku hendak bertanya tentang gangguan malam tadi kepada wanita itu. Mungkin wanita tersebut yang aku rasa isteri kepada lelaki tua malam tadi tahu sesuatu tentang misteri TV bilik kami.

Tetapi bila memikirkan soalan itu tidak akan mengubah apa-apa, aku tidak jadi menyoalnya. Apa yang penting aku, isteri dan anak-anak selamat.

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA KORANG SUKA 😃
ABAIKAN JIKA KORANG BENCI 😭

Episod seterusnya:
さようなら..さようなら (SAYÕNARA..SAYÕNARA)-------->

Continue Reading

You'll Also Like

8.5K 557 58
Ini cerita sekumpulan pelajar diploma tahun kedua yang mengikuti lawatan tapak yang sudah macam lawatan sambil belajar budak sekolah. Sepanjang lawat...
15.4K 541 24
Misteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.
328K 14.5K 200
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah se...
1.2K 209 30
Seorang hoobae yang menyukai sunbaenya sendiri tetapi tidak berani meluahkan secara berdepan. Dia hanya meluahkan melalu sticker note